ARKIB

KATEGORI

Buletin

Promosi ‘The Great Nissan Buy 1 Win 1’ ETCM telah bermula!

Views

nissan

Sempena meraikan ulang tahun Tan Chong dan kemerdekaan negara yang ke-57, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menganjurkan kempen promosi ‘The Great Nissan Buy 1 Win 1’. Kempen tersebut memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi beberapa model terlaris Nissan. Kempen itu bermula pada 1 September 2014 hingga 31 Oktober 2014.

Mana-mana pelanggan yang membeli sebuah kenderaan Nissan sepanjang tempoh kempen promosi ini layak untuk menyertainya. Seramai enam (6) pelanggang bertuah akan membawa pulang sebuah lagi model Nissan apabila membeli sebuah kenderaan Nissan. Dengan keseluruhan hadiah bernilai lebih RM888,888 model-model Nissan seperti Teana dan Sylphy serba baharu, Serena S-Hybrid, serta banyak lagi sedia untuk dimenangi.

ETCM sentiasa mengutamakan keperluan dan ekspektasi para pelanggan. Maka, tujuan kempen promosi ini adalah untuk memberi peluang yang lebih berganjaran buat para pelanggan. Pengalaman pemilikan sepenuhnya pelanggan adalah amat penting buat ETCM. Justeru, kempen promosi ini merupakan satu cara untuk menzahirkan rasa penghargaan buat para pelanggan yang telah menyokong ETCM dan Nissan selama ini.

Perincian kempen adalah seperti berikut:

nissan 1

Orang ramai yang berminat untuk pandu uji dari Nissan adalah dijemput ke karnival pandu uji istimewa yang akan diadakan di Dewan Konsep – Auto City, Prai, Pulau Pinang pada 20 dan 21 September 2014 dari 10 pagi hingga 10 malam. Acara Pandu Uji ini membolehkan orang ramai memandu uji model-model Nissan seperti Sylphy, Teana, Juke, Leaf, Elgrand, 370Z dan Murano.

Aktiviti tambahan termasuk pemeriksaan kesihatan kenderaan 34 mata percuma dan ‘Teana Car Theatre’ (Teater Kereta Teana) bagi para pengunjung merasai sendiri pengalaman sistem bunyi keliling Teana serba baharu dengan Sistem Audio Premium BOSE. Terdapat juga hadiah-hadiah cabutan bertuah seperti sistem musik BOSE SoundTouch™ Portable Wi-Fi® (bernilai RM2,290) dan produk kosmetik Shiseido Global Suncare (bernilai RM375) yang disediakan.

Selepas Pulau Pinang, ETCM juga akan mengadakan satu lagi karnival pandu uji di Wilayah Selatan tidak lama lagi. Selain daripada kempen ini, para pelanggan juga boleh menikmati tawaran tambahan menarik yang lain menerusi Kempen Merdeka ETCM yang sedang berlangsung hingga akhir September 2014.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply