ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pra-tonton Ducati Scrambler, bakal dilancar 2015!

Views

0001

Lagenda Scrambler bakal kembali tahun hadapan! Baru-baru ini sesi pra-tonton Ducati Scrambler telah diadakan sempena Asia Ducati Week 2014 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia) telah membuat media dan ahli Ducati Club Malaysia begitu teruja dengan sesi pra-tonton ekslusif yang telah berlangsung di Beach Club, Kuala Lumpur.

“Sempena dengan perlumbaan MotoGP Malaysia, kami mengalu-alukan kedatangan tetamu dari seluruh dunia untuk meraikan Asia Ducati Week 2014. Acara tahun ini juga turut menampilkan Scrambler yang sebelum ini telah diperkenalkan di Intermot, Jerman pada Oktober lalu.  Scrambler bakal diperkenalkan secara rasmi pada suku pertama tahun 2015,” ujar Datuk Wira HJ SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA.

Dengan bertemakan ‘bebas meluahkan ekspresi diri’, Scrambler bakal didatangkan dengan empat varian; Icon, Urban Enduro, Classic dan Full Throttle. Setiap varian mempunyai  identiti unik tersendiri dengan kelengkapan yang berbeza terutama sekali pada bahagian seperti tangki, tempat duduk, penghadang lumpur belakang, rim dan lampu hadapan.

Scrambler merupakan interpretasi kontemporari ikon asalnya pada 1970an. Untuk versi 2015, Scrambler adalah sebuah motosikal sport yang mudah dikendalikan dan selesa, bukan sekadar penampilan gaya retronya untuk mengembalikan nostalgianya supaya masih segar dalam ingatan. Harga untuk Ducati Scrambler masih belum diumumkan, namun Ducati Malaysia memberi bayangan ia bakal menjadi motosikal dengan harga mampu milik yang mungkin sekitar harga Monster 796 ataupun lebih murah. Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

84-02 DUCATI SCRAMBLER ICON 77-09 DUCATI SCRAMBLER ICON 81-05 DUCATI SCRAMBLER ICON 83-03 DUCATI SCRAMBLER ICON 0002

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply