ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pininfarina bakal jadi milik Mahindra!

Views

Satu persatu firma rekabentuk dari Itali jatuh kepada pemilik asing. Setelah ItalDesign Giugiaro menjadi milik kumpulan Volkswagen, kini Pininfarina bakal dijual kepada Mahindra & Mahindra dalam masa beberapa minggu lagi. Rundingan bagi penjualan tersbut kini sedang dimuktamadkan.

Sebenarnya desas-desus mengenai penjualan ini telah digembar-gemburkan sejak Mac lalu. Pemegang saham utama Pininfarina, Pincar berkata Mahindra & Mahindra sangat berminat untuk mengambil-alih firma rekabentuk yang bermasalah itu. Kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat beberapa bulan lalu, namun pihak bank tidak bersetuju kerana ia bakal menghapuskan separuh daripada hutang Pininfarina yang berjumlah 87 juta Euro.

Salah satu faktor yang menyebabkan Pininfarina semakin merosot kerana kebanyakan pengeluar kereta lebih cenderung menggunakan kepakaran dalaman dalam merekabentuk kereta daripada mengupah pihak luar. Model terakhir yang menggunakan khidmat Pininfarina ialah South East Motor (SEM) DX7, yang merupakan sebuah SUV yang telah dilancarkan awal tahun ini di Auto Shanghai.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply