ARKIB

KATEGORI

Buletin

PHP bakal pasang kereta Proton di Bangladesh!

Views

preve-launch-9

* Foto hiasan

Memetik laporan dari laman sesawang thedailystar.net, sebuah syarikat gergasi yang berpangkalan di Chittagong dikatakan bakal memasang kereta Proton di Bangladesh dengan perancangan untuk mengeluarkan alat ganti dan komponen pada masa depan. Buat permulaan, 1,200 unit sedan akan dipasang setiap tahun di kilangnya yang kini sedang dibina di atas 30 ekar tanah di Chittagong Anwara upazila dengan nilai pelaburan berjumlah Tk 400 crore.

Bakal dikenali dengan nama ‘Proton PHP’, model pertamanya akan dilancarkan secara komersil pada akhir tahun ini. Perjanjian tersebut telah pun ditandatangani pada 12hb Mac di Malaysia oleh Abdul Harith Abdullah, Ketua Eksekutif Proton dan Muhammad Iqbal Hossain Chowdhury, Pengarah PHP. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pengerusi Proton dan bekas Perdana Menteri Malaysia, dan Sufi Mohammed Mizanur Rahman, Pengerusi Kumpulan PHP.

Model sedan berkapasiti 1,600cc Proton PHP akan dijual pada berharga yang sama dengan kereta terpakai dari Jepun. Model ini dijangka akan menarik minat pembeli dari golongan kelas pertengahan. Kilang pemasangan usaha sama PHP itu akan menggunakan lebih daripada 200 orang tenaga kerja termasuk 50 jurutera automotif.

“Lebih banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan apabila kita mula membuat bahagian-bahagian dan komponen seperti tayar, roda aloi, papan pemuka, radiator penyaman udara dan lain-lain,” kata Mohammed Mohsin Chowdhury, Naib Pengerusi PHP. Sekitar 15,000 unit kereta yang diimport dari Jepun dan beberapa negara lain melalui pelabuhan Chittagong setahun, menurut sumber perkapalan dan kastam Chittagong. Daripada jumlah tersebut, 65-70 peratus yang diimport adalah kereta terpakai.

* Majibur bakal pasang kereta Proton di negara tumpah darahnya tak lama lagi. Mungkin model Preve bakal menjadi model pertama keluaran syarikat usaha sama ini. 😀

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

15 Comments


  • sepi je post ni dari proton fans semua. maklumla pasang kat bangladesh. kalau pasang kat europe baru diorang semua datang post komen terasa bangga.


  • alhamdulillah.. sekurangnya proton menerokai pasaran luar walaupun di bangladesh.. disampaing membantu rakyat di negara yang antara termundur dan miskin itu..


  • Bagus membantu negara OIC lain…. ini harus diteruskan dan JV pastikan ikut lunas undang-undang kedua-dua negara terlibat. Mesti berjaya.


  • Mmm… ini satu permulaan yg baik utk pengeluaran protn di negara 3rd world seperti Bangladesh. Utk first step nie proton mmberi tumpuan model sedan yg menyasarkan golongan sederhana n compete dgn kereta2 terpakai dri jepun. Diharap ini menjadi asas branding jenama protn yg baik utk bertapak di sana. Diharapkn juga, selepas itu, protn tumpukan kpd model2 low cost seperti saga flx/saga3 yg tentunya merupakan tmpuan pasaran besar di negara itu:)

    Cheers!


  • please make this proton towards perfection,
    1 give telescopic adjustable steering
    2 torque converter for CVT
    3 make 6MT available optionally.

    having these 3 done, proton’s mission to make a good car completed.


  • Agak-agaklah, tahun ni preve facelift keluar tak? Saya bercadang nak ambil preve..tapi masih ternanti2 kalau proton keluarkan versi facelift yang telah ditambah baik.

    Setakat ni, masalah lampu terbakar, jerking cvt masih berlaku ..tu yang saya masih berkira2 nak ambil preve.


    • yes nizam this is what happened when things are shy from near perfection. this will lead to doubtfulness towards the the product.

      here i would like to advise proton to rectify the common unsatisfactory issue first most than anything else because to CURE is batter than to HIDE the prolonged pain.
      more dangerously if more and more people know this hiding technique.

      1–if the steering need 20mm closer. do it or very easily change to telescopic feature
      2–un welcomed rubbery effect to the cvt is the most disliked, find other with quieter and more linear with torque converter.
      3–some dream the cfe engine for their dream sport car (cfe in car)
      and 6MT.

      just to name a few.,,,,

      proton need practical solution, in order to fulfill practical people.


    • yes proton can tembor, but tembor it right.
      tembor with correction with improvement, not tembor with ignorance blatantly, persistence with mistakes.
      .
      please produce product that people would not complaint on it.
      only then proton’s reputation to be gain gradually.


    • I dont know whether raising our concern/ suggestion or criticism on Proton products here will bear any fruits. I remember DSZ’ time, Proton’s new model rocked the social media and created excitement. Those days, they kind of listen to what’s written here and any other blogs but now, I dont know. Seem very quiet and flat. ‘Awak’ I’m just pushing my luck, just to put in positive vibes. Back-end/ behind the scene works are totally’s Proton – we’ll never know.


  • iriz bila nak pasang kat negara bangla? baru boleh dpt murah skit ..nanti murah skit senang la nak nampak kat jalan raya….

Leave a Reply