Debaran untuk peserta Pertandingan Rekabentuk Proton 2014 kini kian memuncak kerana telah memasuki fasa terakhir senarai pendek. Pertandingan yang disasarkan kepada bakat-bakat muda berumur antara 13 hingga 25 tahun itu telah ditutup secara rasmi pada 18 Ogos 2014 setelah berlangsung hampir 8 minggu.
Dibahagikan kepada dua kategori, umur antara 13 hingga 17 tahun (Kategori 1) dan pelajar kolej dan belia berumur antara 18 hingga 25 tahun (Kategori 2), ia adalah platform bagi mengetengahkan belia Malaysia kepada dunia rekaan otomotif pada usia muda.
“Ini adalah julung kalinya Proton mengadakan pertandingsan sebegini dan kami telah menerima sambutan yang begitu menggalakkan walaupun tempoh pertandingan agak singkat. Sejumlah 337 penyertaan telah diterima, 158 penyertaan untuk peringkat sekolah menengah manakala 179 penyertaan dari pelajar kolej dan belia,” ujar Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.
Keaslian, inovasi, estetika dan persembahan untuk konsep rekaan tersebut alah kriteria utama untuk dipilih sebagai pemenang. Dua sesi senarai pendek telah diadakan pada 12 dan 15 September 2014 untuk memilih 10 karya terbaik bagi setiap kategori sebelum memilih pemenang.
“Juri yang terlibat adalah ahli pengurusan senior dari Komunikasi Korporat, Pemasaran, Penjenamaan & Sukan Permotoran, Strategi Produk, wakil dari Paultan.org selaku rakan media, Dr Shahriman Zainal Abidin, Pensyarah Kanan di Jabatan Rekabentuk Industri, Fakulti Seni Lukis dan Senireka UiTM dan Ketua Jabatan Rekabentuk Proton, Azlan Othman, sebagai ketua juri. Audit dalaman turut dilakukan bagi memastikan penyertaan tersebut benar-benr layak selain memantau proses penghakiman,” tambah Dato’ Harith.
Pemenang bakal diumumkan pada bulan November 2014 dan antara hadiah yang bakal dimenangi adalah komputer riba MacBook dan wang tunai bagi setiap kategori. Pemenang bagi Kategori 2 turut berpeluang untuk menjalani latihan bersama Pasukan Rekabentuk Proton. Berkemungkinan pertandingan sebegini akan diteruskan pada masa depan dan mungkin satu lagi kategori bakal diperkenalkan nanti.
entry ader tunjuk kat tech day ker..
Kamal juga sedang dalam proses menilai rekaan2 yang dihantar untuk Perodua. Eh..kejap…ada ke Perodua buat? Owh…Perodua design salin Daihatsu Indonesia la..
perodua hanya anjurkan eco challenge je setiap tahun. Tahun lepas PUO juara.
jgn lupa design tempat bukak boot sbb axia xder tpt bukak boot dari dalam kne kluar bukak pakai kunci
sirius ke xd bro??… bapak r..benda simple mcm tu pon xd..bukan makan ruang pon.. hayya..hampeh axia ni..da la belakag flat..seat nipis mcm papan..
Ni gebang ke apa? Semalam aku tengok orang bukak boot dari dalam, boleh je.
fitnah bodoh… nak buat fitnah tu cari la modal yg bernas skit.. tak boleh ka?
terimalah hakikat..axia huduh hhahaha