ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua tambah ABS untuk Axia G mulai Januari 2016

Views

Bermula dari Januari 2016 Perodua akan menambah Sistem Brek Anti-lock atau ABS untuk varian Axia G sebagai sebahagian daripada komitmen untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan produk keluarannya. Dengan penambahan itu juga, harga bagi Perodua Axia G naik RM1,500 bermula 11 Disember 2015.

“Baucar RM500 akan diberikan kepada pelangggan kami yang telah menempah Axia G mereka antara 1 Oktober dan 10 Disember tetapi masih belum menerima kenderaan mereka, ” kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

“Bagi pelanggan yang menempah Axia G bermula dari 11 Disember dan seterusnya akan tertakluk kepada harga baharu dengan penghantaran bermula dari Januari 2016. Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan kami mengucapkan terima kasih kerana menyokong Perodua ” tambah Aminar lagi.

Berikut adalah senarai harga baharu Perodua Axia G :

Axia G (manual)
RM 32,127.16 (warna solid)
RM 32,527.15 (warna metalik)

Axia G (auto)
RM 35,127.15 (warna solid)
RM 35,527.15 (warna metalik)

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments


  • finally..good news from Perodua,,good effort..
    nampaknya semakin untung kepada pengguna..Proton dan Perodua semakin mengutamakan sistem keselamatan kenderaan mereka..


  • Inilah taktik berkesan menaikkan harga Kereta kerana kejatuhan ringgit.. Apapun peningkatan ciri keselamatan sememangnya penting.. ABS+EBD, BA+TCS+ESC juga boleh dipertimbangkan untuk model Axia..

Leave a Reply