ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Axia dilancarkan!

Views
Launch of p2 axia. Price announcement

Video : Sedutan pelancaran Perodua Axia

10431206_850453878306830_1634351087318870627_o

Sebentar tadi Perodua telah melancarkan, model kesepuluhnya Axia yang telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin di KLCC Convention Centre, Kuala Lumpur. Axia adalah Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang pertama di Malaysia mampu memberi penjimatan petrol 21.6km per liter untuk transmisi manual dan 20.1km per liter untuk transmisi automatik. Empat varian ditawarkan sebagai pilihan iaitu Standard E (MT), Standard G (MT/AT), Special Edition (MT/AT) dan Advance (AT).

Empat teras utama Axia iaitu mesra alam, ruang yang lebih luas, pemanduan mudah dan lebih ekonomikal. Kesemua elemen ini juga akan menjadi penanda aras model Perodua pada masa akan datang. Berkongsi platform bersama Daihatsu Ayla/Toyota Agya di Indonesia, rekabentuk luaran atau upper body Axia adalah hasil idea pereka tempatan termasuk rekaan dalamannya.

Axia buat pertama kalinya menggunakan enjin generasi baharu, 1KR-DE2 1.0 liter tiga-silinder 12-injap DOHC yang mampu menghasilkan 66 hp pada 6,000 rpm dan daya kilasan 90 Nm pada 3,600 rpm. Axia juga menggunakan transmisi automatik empat-kelajuan baharu, yang pertama seumpanya bagi model Perodua generasi baharu. Perodua menyarankan penggunaan minyak enjin sintetik-penuh (0W-20 API SN) untuk mendapat kecekapan penggunaan bahan api selain mengoptimumkan prestasinya.

10685169_10152281162297105_316466359_n

Ditawarkan dengan beberapa pilihan warna yang menarik termasuk dua warna baharu untuk varian Standard E dan G iaitu Lemongrass Green dan Cherry Blossom. Untuk varian SE dan Advance pula dua warna baharunya ialah Lava Red dan Sunflower Yellow, selain Midnight Blue, Ebony Black, Glittering Silver dan Ivory White.

Paling mengejutkan Perodua telah mengurangkan lagi harga Axia dari harga tentatif sebelum ini dengan perbezaan antara RM300 hingga RM2,7701. Pastinya pengurangan harga tersebut bakal merancakkan lagi jualannya. Kini harga rasmi bagi Axia ialah seperti berikut :- Standard E (Manual) : RM24,600 (Solid)/RM25,000 (Metalik), Standard G (Manual) : RM29,800 (Solid)/RM30,200 (Metalik), Standard G (Auto) : RM32,800 (Solid)/RM33,200 (Metalik), SE (Manual) : RM36,800 (Solid)/RM37,200 (Metalik), SE (Auto) : RM30,800 (Solid)/RM40,200 (Metalik), Advance (Auto) : RM42,130 (Solid)/RM42,530 (Metalik).

Sempena pelancarannya juga, Perodua turut mengumumkan tempoh jaminan baharu bagi Axia iaitu lima tahun dan ia juga terpakai untuk model Myvi dan Alza. Pakej servis percuma selama tiga tahun sebelum ini bagaimanapun telah ditamatkan berkuatkuasa serta-merta. Jom kita ke bilik pameran Perodua untuk melihat model ini dengan lebih dekat serta memandu ujinya, esok kan cuti Hari Malaysia. 😉

* Perodua memberitahu jumlah tempahan kini mencecah 13,500 unit dan tempoh untuk menunggu adalah satu setengah bulan atau dua bulan maksimum. Syabas Perodua!

Brosur Perodua AXIA

Iklan TV Perodua AXIA

The Perodua Axia: Transformation

The Perodua Axia: Factory

The Perodua Axia: Roadtrip

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

134 Comments


    • beng**g ko la xbnyk masalah…rasanya ko ni xpki perodua pun..aq pki kenari mcm hampeh jer..lg satu aq slalu drive myvi 1.5 kwn skeja..xbest pun,sakit bdan la wei..yer2 jer kau xbnyk masalah…buthut ko tu yg bmasalah


      • kenari tu kereta sezaman waja kan? ke lama lagi.. aku pun dah lupa.
        sakit badan? xbest drive myvi? itu kau yg byk masalah bukan kereta yg byk masalah.


    • Abg hrp kereta kebanggaan Cik Ayu ni dieksport ke Indon. Abg nak lihat sambutan org Indon terhdp kereta hebat ‘buatan Malaysia’ ini..

      Juga Abg setia menanti model P2 yg bukan versi celup, sebab Abg cinta ketulenan bukan kecelupan berbau Jepang….

      Hrp Cik Ayu pun tulen bukan botox-botox tau..Syg Ayu, muaahhh.


  • kt video tu ad bg tau “Quiet Cabin”..betul ke?.. maybe pd kelajuan rendah…
    overall okey la model ni..xd la lawa sangat.. wow factor hanya pd boot..design agak hambar..even advance pun tp nmpak pelik..mungkin x sesuai dengan overall design..tepi nampak mcm premium..belakang pun x sesuai dengan bumper tu,.sbb lampu xnmpak sporty..design depan agak terlebih sudah.. mungkin kecilkan sedikit grill tu lg lawa..ni langkah selamat Perodua selepas diorag tau Myvi akan kalah ditangan PCC..jd hasilnya lancarkan Axia yg advance sikit dari viva harga murah dari Myvi…


  • Kamal.
    nak tanya sikit ni.
    kenapa letak cermin kat pelindung matahari kat belah pemandu.
    kenapa tak letak kat belah penumpang,
    susahlah nak makeup..
    Nak suruh bini bawa yaaaa..
    laki tidur kat tempat penumpang.
    Bestlah Axia nih… memang perihatin kat laki laki .


    • fokus jualan axia ini lebih tertumpu kepada individu bujang, golongan muda yg baru bekerja, dan student2 U.
      jadi sebab itulah cermin diletakkan di belah pemandu.

      kalau diletak di sebelah penumpang siapa yg nak guna?


  • Mmm… axia dilancarkan akhirnya. So far best A segment kat m’sia? Harap2 gitu la. Ruang kabin n bagasi rasanya antara yg trluas dlm segmentnya. Model nie tarikn utama adalah kerana harga. Mgkin antara trmurah dlm segmentnya.

    Cheers!


  • Kamal Oo Kamal
    front sensor tu canggih sungguh
    proton pun tak ada
    senang sikit kalau parking tak langgar tiang garaj
    tapi ada butang ke kawal sensor tu.
    tak jumpa lak..
    almaklumlah bertolak tolak nak rasa duduk kat kereta best nih.
    ke.. sensor tu sentiasa on aje..
    kalau berhenti kat lampu merah.. mamat naik motor ni selamba badak dia je berhenti rapat kat tepi bumper depan, tak berbunyi ke ?
    Soalan saya, berapa milimiter kah jarak sensor hadapan tersebut akan berbunyi jika ada objek lalu?

    sebab tadi ada salesman kata anjing lalu depan kereta pun akan berbunyi..

    memang best kereta nih


  • Axia ni mengalahkan myvi dr segi dimension panjand.. lebar dan kapasiti bonet.. tetapi harga 20ribu lbh murah dr myvi… bkn ini sebenarnya telah menutup market myvi?


  • Cuba bandingkan spec dalam Saga paling murah (Saga SV, manual) berbanding variant seterusnya (Saga Standard, manual)… kebanyakkan benda yang dibuang adalah yang tak penting atau sekadar hiasan. contohnya safety triangle, tinted windows, tray dan visor. Tetapi, radio, speakers, remote key, central lock, rpm meter, dan reverse sensor masih ada dalam versi paling murah tu. beza harga saga SV dengan standard ialah kira-kira RM4,700
    Axia paling murah pula buang segala benda, no radio, no speakers, no remote key, no reverse sensor, and even no RPM meter!!??.. beza Axia E dangan G pula RM5,200….
    memang berbaloi beli Saga paling murah sebab nak tambah aksesori mudah sahaja, banyak di kedai Abang. Tapi kalau beli Axia paling murah pula, nak tambah aksesori hingga puas hati memerlukan belanja yang lebih banyak.


    • Saga dah nak sampai EOL. kalau tengok kat showroom, beratur stok saga.

      cuma yg sedihnya, saga 3 nanti dah tak dapat macam harga saga sekarang. Saga model yang diminati ramai kerana tiada kereta sedan berharga sedemikian. Proton patut ambil peluang terhadap model ini semasa mengeluarkan saga 3 nanti.


      • SAGA adalah manifestasi dr platform Savy kalo aku xsilap. So mmg EOL pd masanya.

        Jd perkongsian byk parts dr Savy blh mengurangkan kos SAGA, tp pd harga mcm tu.. dgn ia bukan target utk global spec car, revenue tk tinggi la utk Proton.. untung nipis.

        so SAGA 3 xboleh lah mcm SAGA skrg..nk tk nak mesti boost export market.

        Persona tu dh EOL jgk.. bile nk replace agknya.


  • soalan utk p2 salesman
    1. kenapa aziah ni tak pakai CVT macam daihatsu dijepuuun?? ( kata bau jepunnnn)
    2. fitting n material utk interior nampak plastic n murah
    3. special hook kat tepi seat tu utk letak apa?
    4. tempat tissue tu leh selamatkan nyawa?? atau sesuai utk bung hingus?


    • Eh.. bukan model asal axion ni lahir kt indon ke.. eh… mls nk google2… ni kira downgrade dr versi jepun ke versi indon kan…


          • Siap ade bau2 lagi hehee.

            Penah aku ‘dikencing’ oleh salesman P2 suatu mase dlu..dgn ayat ni..

            “abg cube bau interior keta ni..pun dh lain dr keta Proton..kualiti die lain bang….”

            hehehee…. geli perot aku dgn ayat tu dr seorng salesman P2…. xde modal dh gamaknyer..


  • Tahniah perodua.br balik dr tgk axia kat showroom.harga ok.although basic, at least perodua lebih mementingkan golongan berpendapatan rendah dgn menawarkan kereta mampu milik.p1sudah lupakan diri imo.aku pasti axia will be selling like hot goreng pisang. Byk beza spec 9 tahun lepas, dgn harga yg ditawarkan sekarang.tahniah p2.


      • Kilang baru maaa, kurangkan cost production per unit.nie baru katakan improvement.benefit mengurangkan harga ke pembeli.kurang harga kurang loan,kurang riba’.lebih berkat hidup anda.yg satu lg kompeni tu cbuk naik harga, apa kes?


        • cost kena rendah bro.
          sbb Alya Indon dh x sehot yg dijangka
          maklumlah kejuruteraan kelas ke3 utk negara ASEAN
          yg baik2 hantar ke omputeh.

          dh le 3rd world pastu ade satu company tu berbangga salin bumper dier.. adoii.. murah2..


          • Pilihlah Islamic financing.
            Murabahah pembelian kenderaan
            Insurance pulak skim Takaful (mcm2 company ada)

            skrg kn ada pilihan. atas kita. xde susah lah.
            nk jauhi debu2 riba.
            kalau xpuas hati/ ragu2 sila contact Dr Zaharuddin.net

            Note : Mase aku buat loan dgn Bank Muamalat, brother pegawai bank tu nk mntk sign agreement, bkn dtg nk mintak sign semata2.. tp dia luangkan masa utk jelaskan kpd aku.. konsep Islam.. jual beli patuh syariah. apa beza dgn konvensional.. apa itu Murabahah.. dn diakhiri dengan akad lafaz jual beli. penuh tatacara Islam. Alhamdulillah bagus usaha pegawai tu demi martabat sistem jual beli Islam.


    • basic without RPM meter and radio + Steel Rim (mcm kereta 90-an)..no ABS,EBD and BA..OMG !!!!.. overprice axia ni.. 24K lak tu..sepatutnya dengan spesifiaksi mcm tu patut dalam 20K je.. Perodua cuba menipu orang berpendapatan rendah dengan menawarkan kereta yg ringan..kosong..xd keselamatan..semurah nyawa manusia.. hebat Perodua..syabas !!!..


    • kerja keras bro? lantak la orang nak beli apa pun. yang hang macam sakit hati kat sini kenapa? duit masing-masing. tak yah nak kutuk bagai.


      • rilek la en hehe (hantu?)
        nape emo sgt.. butthurt sgt ke dgn komen bro peyno.
        maybe suam2 je kot selling tu.. tu terase sgt ekk?
        vios maybe x sehot yg dijngka sbb tuan duit masing2 tu dh cerdik
        stkt salin bumper, ubah lekuk sket kt pintu2, bende sama .. spec 3rd world punye keta..
        so mmg tuan punye duit masing2 tu xnk jahanamkan duit lg pd Viosiam.. ye tak?
        🙂


    • Booking dah 18k.kira ok la tu.ko dah pegi showroom dah ke?.don’t live in denial la, kete nie akan terjual at least 5 kali ganda iriz psl ini kereta utk mass, kpg ke bandar ke.yg cbuk nak beli iriz nanti semua fresh grad gaji cukup2 buat loan nak bergaya punya psl.p1 dah ada jawapan dah dulu SAGA.knapa perlu buat iriz?segment mana p1 target nie. By luck iriz dpt jual lebih dr neo,savvy tapi aku ragu dpt lebih dr preve,persona n saga


      • Bro.. yakin nampak.5 kali ganda..amboi.. statistik ke lebihan propaganda?
        Rezeki Iriz belum tau lg seteruk tu atau lbh baik dr jangkaan.

        Insya Allah Iriz lbh bagus prospek jualannya dgn apa ditawarkan pd harga.
        Bg org yg celik kereta, dgn abaikan dendam pd Proton, sudah pasti akan membeli Iriz.

        Kenapa takut dgn Proton masuk segmen compact?
        Takut cerita dongeng salesman company keta salin bumper tu tak boleh jalan lg?
        Nk jd pengeluar kereta sbnr (bukan rebadge kete org) kena berani masuks emua segmen. Saga segmen lain bro.

        Then, harga murah? utk org Kg ulang alik?
        so projek salin bumper ni nak hina org kg lah ye..
        tarikan pancingan org yg xtahu menahu mcm pakcik2 di kg?

        dgn tawarkan moving coffin (keranda bergerak). janji ada tayar, brek ala kadar..harga murah sgt la.. tp spec? (pdhal bila jd loan. installment xbeza mana.. main dgn interest manipulation pd Proton).

        ajal maut kecelakaan di tangan Allah, tp usaha kita tetap wajib utk elak kecelakaan termasuk lah sistem keselamatan yg terbaik bg sebuah kereta.

        🙂 🙂 🙂


  • Axion ka aziah?????

    Bertambah jam lah highway….kerajaan patut sekat pembuatan kereta murah dengan spec minimum….kereta setiap hari bertambah, jalan raya buatla besar mana pun tak akan muat punya, eksiden pun meningkat maklumla budak-budak baru nak up dapat kereta…perlu ada mekanisme terbaik untuk mengurangkan bilangan kenderaan…


    • kalau nak kurangkan bilangan kenderaan, mudah je..kenalah pastikan pengangkutan awam kita cekap dan menyeluruh. Aku pun lebih suka naik bas mcm dulu2. La ni, tambang dah lah makin mahal…perkhidmatan taraf tu juga.


      • Perkhidmatan apa yg taraf tu je? Tambang mahal? tak tepat kot. kelemahan ada tp xde la seteruk dulu. zaman bas mini chow kit dlu kp dh rase ke bro?
        SJ kenderaan atau Foong Tong?
        Kalau xpenah rase baik study dlu sblm komen.

        habis tu gaji naik tiap tahun, sepadanlah dgn harga dulu dan gaji. Dlu intrakota 90sen pusinglah satu KL. Tp gaji gred ijazah wktu itu hanyalah Rm 1500-1700.
        Skg brapa bro? busuk2 pun dh RM 2100 bg kontrak govt.
        Bg aku bandar2 yg jem disbbkan keta byk ada Rapid KL, Penang, Kuantan pakai bas lower deck Scania bro. 12meter ada, 8 meter ada..ko nk panjang mana?
        trip bas ni mahal kos operasi. kalau bas tu byk butang loceng dr penumpang.so?
        org Malaysia ni berlagak, nk feeder bus sampa depan pintu rumah, timing plak bkn ikut jadual bas.. bas yg kena ikut jadual dia..sbb tu bangla yg penuh.

        Kalau suatu tempat tu ada sambutan tinggi, Rapid akan kembangkan laluan, kekerapan.

        So lambakan keta2 murahan ini kelihatan mcm convenient, tp akhirnya siapa pun tk senang.. sbb masing2 nk bwk keta.. akhirnya semua sangkut jem. so pembaziran bahan api dan masa berlaku.

        Kalau keta murahan ni nk pakai balik kg jauh2.. mmg xberbaloilah..


        • saya cakap berdasarkan realiti..kalau tak…takkan kerajaan sdg sibuk buat MRT berbilion ringgit….sistem kat lembah klang mngkin baik..tp kat tempat lain masih teruk perkhidmatannya.

          kalau tak caya, pi buat survey…mcm aku nk balik kampung..dulu bas ada..skrg bas dh tak masuk kmpung ..naik teksi dorang caj 100..

          kau jgn pikir sistem kt lembah klang je sdgkan org ramai duduk kat merata tempat.

          kau ingat org suka ke berhutang utk beli kereta? tak semua org beli kereta mahal..yg murah pun mahal pd mereka yg pendapatannya sederhana..kau mngkin mampu beli kereta rm60k..tp ada org hanya mampu beli kereta rm25k. naik motor lg bahaya..jd terpaksa beli kereta.


          • Itu lah pasal kenapa harga tambang teksi naik dan bas tak masuk kampung? sbb tak UNTUNG.. sbb xde org dh nak naik mcm dlu. Kalau laku xkn la bas company tu nk stop.

            Cerita jem teruk ni bknnya kita ambil contoh dikg2.. tp di bandar besar. Georgetown, KL, Selangor.. JB.. so senario di bandar ini menunjukkan sikap penduduk bandar. Kenapa penuh bangla dlm indon dlm bas kalau betul org tempatan perlukan bas? Lrt?

            Sbb org skrg nk senang. Aku dh naik bas berpuluh tahun dulu dro…urban bus or sub urb semua aku dh naik.

            Perkhidmatan bas dan awam lain jauh lbh bagus dr dulu, Xkire di lembah Klang or kg2.. Red Omnibus ke.. SJ Kenderaan ke.. Penang Yellow ke.. zaman tu org boleh sabar tunggu bas wpun penuh dh lmbt sbb taraf hidup rendah..

            mau tkmau mana ada nk beli keta.. bas je. Tp skrg org ada pilihan dn berduit.. ramai blh beli cash je keta mcm Axion ni.

            so itu isu sbnrnya. Aku xnampk sgt isu ini krn perkhidmatan awam yg teruk.. kelemahan tu ada tp bukan teruk. tp lebih pd sikap org kita.

            note : kawasan aku bas Rapid pernah buat ujian feeder bus/ coaster selama 3 BULAN..setiap trip aku tgk abg driver tu bawk bas kosong.. lepas tu dia stop tunggu kt stesen.. angkat kaki kt steering.. TIDO>. tunggu next trip pula..jalan lg bas kosong.. cukup 3 bulan laluan tu ditutup

            kwsn perumahan tu semua pakai keta.. so what? 🙂


          • kereta ni kemudahan..kau tak boleh menidakkannya. begitu juga motorsikal, bas, lrt dll. aku tgk ramai je yg naik lrt pergi balik keje. kereta park dkt2 stesen lrt.

            cuma masih ada kawasan yg bas/lrt tak cover..terutamanya bandar2 kecil…dari satu bandar ke bandar lain mmg rugi masa dan tenaga kalau naik bas. majikan lebih rela minta pekerja drive sendiri luar daerah.

            kalau nak kurangkan sesak..kena amalkan kongsi kenderaan. tp kempen ni tak berapa berjaya kalau takde kesefahaman.

            ramai yg nk cari kereta murah/2nd hanya utk pergi balik keje,pasar, hantar ank sekolah.


          • Then drawback nya ialah JEM/SESAK.. dn pebaziran bahan api + tension.
            🙂
            dlm dunia ni Tuhan buat seimbang
            nk dpt satu kelebihan ni kena kurang sikit kelebihan lain.

            selain dr sorng sebiji gi keje, trend hantar ank2 gi sekolah.
            dulu pergi sekolah budak2 naik bas sekolah.. tp skrg nk convenient.. mak bapak hantar.. so network bas sekolah pun dh jd kurang.

            🙂


          • Eloklah ibubapa hantar anak sendiri pergi balik sekolah..Sekurang2nya tahu anak tu ke mana. Ni naik bas, belum tentu keselamatan anak2 yg menunggu pergi dan balik sekolah.

            Nak kemudahan sendiri, tahanlah sikit jem…Nanti kalau semua pakat2 naik pengangkutan awam, sape nak beli kereta. proton dengan perodua bungkus pulak.


  • Syabas Perodua Axiah dilancarkan n dpt status EEV.
    ok tak sambutan kt showroom?
    Indon cmpur Japang pasti bangga produk mereka dicopy cat oleh Malaysia.

    Tp buat salesman Perodua/ Kamal P2. korang puji bagus mcm mana pun sorrylah, itu bkn saingan di padang yg rata dgn Proton.
    Selagi Perodua tak bina sendiri paltform, enjin, erti kata lain built from scratch.
    kita nk tgk kualiti bagus ke tak, compared dgn Proton.

    Skrg ni bapak org Jepun, mak org Indon.. so DNA ‘cerdik’ kualiti tu still org asing punya.. not yours. 🙂

    next 5 years harap Perotdua sudah boleh berdikari.
    enjin 3 silinder ke 2 silinder ke janji kita nk tgk buat enjin sendiri dlu. 🙂

    Cheers.


    • Sush kot diorg nak berdikari selagi umw n company jepun pemegang saham terbesar perodua.

      Pd saya, axia ni nnt rmi mak ayah akan belikn untuk ank mereka di universiti. Sebab kecik dan murah. Plancrnnya x berapa wow sangat mgkin disebabkan mereka keluarkan kereta yg sama iaitu dr jenis compact car. Kalau dia lancarkan sedan, mgkin akan ada wownya.

      Berbanding dgn proton, ia akan menjadi wow sebb proton menghasilkan modal dr jenis compact berbanding sedan sebelum ni.


  • Axia akan menjadi saingan utama kepada PCC, walaupun dikatakan berada dalam segmen berbeza. Bukan itu sahaja, Axia juga akan bersaing dengan Myvi (kanibalisme). Sebab utamanya adalah walaupun berada pada segmen A, namun dimensi dalamannya menghampiri segmen B. Harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan dan penggunaan enjin baru juga menggalakkan penjuallannya. Selling point axia adalah lebih kepada penjimatan minyak dan “no-frills car”, macam AirAsia. Sebaliknya, selling point PCC adalah lebih kepada keselamatan dan pemanduan. Ia amat bergantung kepada keperluan pembeli.


    • Dengan pendedahan ilmu dan kesedaran yang betul tentang aspek keselamatan dan ciri-ciri sebuah kereta bertaraf global, pengguna akan faham dan sedar dan akan menolak kereta murah ‘tin kosong’.
      Walaupun MyVi dikatakan popular berbanding SAGA, disebabkan persepsi, tp bila memandu kedua2 kereta ini, jelas SAGA lebih tegap dan secure dr segi feeling memandu.

      Kereta rebadge yg kos RnD nya sudh dikoskan pada varian asal, pun Myvi masih ‘cekau’ harga mahal. Syg.. persepsi mengatasi realiti.

      Investment lebih sikit tp untuk kebaikan seisi keluarga/ penumpang,Iriz belian terbaik pada pdngan saya.


      • persepsi mengatasi realiti.- aku suka ungkapan ni. sebab tu proton masih sukar nak menarik pembeli. sebab tu juga org beli perodua. Kereta korea pun mengalami masalah persepsi.


  • Aku dh test drive axia paling mahal pg td….hmmmm….cmne nk komen ha? Hmmmm….bila drive sedap skit je dr viva.hmmmmm….bila tutup pntu x pyh kuat sgt mcm tutup pntu viva.hmmmmm….ruang kaki penumpang blkg luas skit dr viva & myvi.hmmmm…..ape lg…stereng cntik skit dr viva & myvi. Hmmmm….dashboard lawo skit dr viva.ms drive td pndg dash board rs cam bwk vios lama.hmmm…ape lg haaaa????
    salesman td cam bengang je gua asyik compare axia dgn viva.dia tnya knp compare dgn viva?aku ckp iriz x kluar lg.trus suruh aku u turn balik ke showroom.aik?x smpai 500m kna pusing?oooo….patut la.dia cuma nk tnjuk kt aku indicator eev ‘eco’ tu mnyala sbb aku mntain bwk 50kmj.klu x menyala td mknanya aku bwk 130kmj.hmmmm….lampu indicator tu akn x mnyala….bila drive kt highway.silap2 klu ada emblem eev kt boot axia ni mau t’cabut….laju…dan jimat mnyak?


    • Syabas2 bro.
      jd org terawal test drive Axion.
      de jumpe Kamal x.. die org besar marketing P2 kot.?
      ko kongsi2 citer tu. dh bole agak dh wpun aku lum gi test drive.

      hmmm.. pegalaman aku drive viva melayang dn ‘kedengungan’ tin kosong mase tutup pintu tu smcm dh stigma dlm kepala aku.. Axion ni pn lbh kurang ekk?

      Aku nk tggu Iriz dlu.. then bru nk gi tgk Axion.

      mmg ECO sungguh le 50km.j
      rase aku SAGA Megavalve 1.3 lama aku lg ‘ECO drive’ kalo buh gear 5@2000rpm. (60-70kmj)

      hehee..


  • Dh tgok kt showroom td,its a good a-segment car,nothing to shout for the interior tp amenities mcm teh tarik n handbag hood is quite a nice touch walaupun not sure about its ergonomic. Cume saya sgt impress dgn laci smarttag kt sblah driver. Buka tutup die lembut. Better sgt then preve. So skrg kte tnggu iriz plak. N its contender is myvi not the axia. Personally this is the best car from perodua so far. Cubby space really outshine its sibling,myvi. Cume blom dpt merasa eng 3cyl ni. Keen to test drive the car…


  • sejak kamal peredua meninggalkan komen2 kurang bernas nampak aja kereta peredua mesti teringatkn komen2 kurang bijak dia tu..sesungguhnya kamal mmg kelakar


  • Bodoh betul perodua compare 1.0 engine dengan 1.6 cc engine in terms of fuel efficient..
    Memangla 1.0cc menang tipis sikit, 21.6km/L vs 18km/l, tapi engine 1.6cc dpt 18km/L tu lg jimat dari segi pickup dll.
    Memang betul la komen diatas dan oleh commentor sblm ni, perodua jual produknya dengan buruk-burukkan proton..
    Ingatkan nak keluarkan perodua Bezita ke hape yg kat KLIMS dulu, rupanya mampu tukar bumper Ayla je.. Hampeh tul…


  • Baru lepas balik dari showroom perodua, design ok dan fit n finish pun ok, terbaik setakat ini dari perodua, real lagi besar dari gambar, interior kecik je sikit dari myvi.

    Yg x berapa nak ok adalah position seat belakang yg terlalu menegak, mungkin sbb nak dapatkn space boot yg lebih besar, kalau perjalanan jauh confirm x selesa, seat belakang x berasa selesa untuk org mempunyai ketinggian lebih 180cm seperti saya, kedudukan kepala hampir mengenai siling kereta, kalau jalan x ok atau ada lubang confirm terhantuk…. dan juga kualiti cat x berapa sempurna terutamanya pada spoiler…

    Saya rasa ini model yg terbaik dihasilkan oleh perodua setakat ini, model ini akan mempengaruhi jualan model perodua sendiri iaitu myvi sbb dengan saiz yg hampir sama dan lebih modendan murah rasanya jualan myvi akn terjejas bukan iriz

    * x sabar nak tunggu iriz pulak, diharapkan x mengecewakan jugak.


  • Bagaimana salesman p1.dah mengigil?pasni pi lah masjid time smayang jumaat tu promote keter anda. Jgn dok kat kedai kopi tepi showroom harap sales turun dr langit jer


    • Mmm… patutnya pihak perodua yg menggigil sebab selain segment sedan, proton dah serius dlm segment hatchback compact dgn penghasilan Iriz yg menawan nie:P. Sedikit sebanyak dah makan pasaran utama domestik perodua yg sebelum nie tiada saingannya:)

      No wonder Aminar Rasyid (CEO Perodua) membuat jangkaan jualan disasarkan tahun depan lebih rendah dari tahun sebelumnya kerana dia pun dlm dilema nk letak harapan yg tinggi bila dia sendiri menjangkakan proton akan strike back dgn model yg agak baik seperti Iriz dan tahun depan kemunculan saga 3 pula yg merupakan model sedan B segmen low cos sedan yg paling popular di M’sia:) Game changer bro… 😛

      Nk xnk perodua kena gak tingkatkan kt pasaran export. Hanya harapkan kt Alza n myvi (itu pun guna jenama Daihatsu Sirion utk pasaran eksport) baru tu jer la.. Axia nie x pasti ada utk dieksport atau x. x langsung dihuraikan masa pelancarannya. Mcm x jer… daihatsu x bagi kot sebb ada Daihatsu Ayla utk pasaran luar sperti indonesia. Apa2 pun selamat maju jaya gak la kat perodua… harap x menggigil yer. Try cari strategi baru ye:)

      Cheers!.


  • Sekali lagi tahniah perodua kerana berjaya membuatkan salesman p1 umpama cacing kepanasan hr nie.cybertroopers working at full force.hangpa jgn lupa jual kete nooo, slalu sgt nak menidakkan komen2 positive axia


    • Mmm… Axia sebuah kereta A segment hatchback yg baik dlm kelasnya. Pasti ada target pasarannya utk model low cost nie di M’sia. Perodua kena gak bekerja keras kerana Iriz bakal mencuri pasaran anda di samping pasaran kereta sedannya. Jgn sesekali menidakkan kehebatan model hatcback ini. Nanti p2 gak yg mengigit jari:P

      P1 no need ada cybertroopers or what ever sbb rakyat m’sia yg proud dgn company kereta nasional nie akan sentiasa memberi sokongan moral dibelakangnya:) Rasanya x perlu kot P2 takut dgn bayang2 sendiri, x gitu?:P

      Cheers!


      • Ehhh ada…di mana saja ada blog keter cbuk mengomen…semua kutuk axia…n argue dgn siapa saja berlainan pendapat…hahaha..boleh buat statistic……si kamal perudua pun aku rasa kutuk main2 n tukang bakar jaa…bukan serius pun…tapi yg ni too obvious la


        • Mmm… kalau ada pun atas inisiatif individu masing2 la. Proton x suh pun.

          Bro bleh buat statistik kalau rajin siapa yg obvious siapa yg x dlm hal nie. N natijahnya nanti seperti yg bro jangkakan n majoriti nie pun x ler omong kosong, ada asas yg sumer org bleh fikir2kn. So, kalau yg x obvious tu sama ada diorg x kisah, x endah atau diorg sendiri terkedu n terkelu tiada jawapan utk kritikan ‘membina’ sebegitu… mgkin benar la apa yg diperkatakan itu, x gitu?:)

          Si Kamal tu, kes terpencil, sekadar punching bag jer kat sini sebab mgkin dia masih kureng info serba serbi yg dia tau;)

          Cheers!


  • for 25k this axia is a stealer.
    buying saga sv, is very well justified for bigger cargo.

    people want surpima but no standard model at base price.
    people dreaming to drive a hot hactch,.. no satria neo CFE.

    proton need to come up with realistic solutions.


  • Baru pergi showroom Perodua berdekatan rumah saya tadi..Pergi ke showroom lebih kepada melihat gelagat salesman dan pelanggan, selain melihat2 sendiri Perodua Axia yg baru dilancarkan.

    Not bad lah. Terutama varian SE dan Advance. Varian standard nampak sangat2 murah. (Selain rupa hadapannya yg saya tak reti nak komen).

    Varian SE dan Advance, finishingnya bagus. Sangat suka benda-alah tempat sangkut bag kat seat hadapan. Keluasan kabin, ya, memang besar. Kecil sedikit daripada Myvi.

    Boot belakang, saya tak pulak nampak ia lagi besar daripada boot Savvy. Cuma ia seperti di tinggikan sedikit selain seat belakang agak menegak. (Ia sama lebar dan panjang dengan Boot Savvy cuma Savvy agak rendah dan seat belakangnya tidak terlalu menegak) – and this is how Perodua playing tricks on its 260liter..

    Seat belakang, saya kira ia kurang support, kurang sponge dan lembik.

    Lain2 ok. Baguslah untuk kereta bawah RM40ribu..

    Cuma saya rasa kedudukan dashboard agak tinggi. Secara peribadi saya tak berkenan. Meter rpm pun comel. Tapi yelah, kereta jimat minyak orang tak tengok sangat meter rpm. Patutnya meter minyak tu yg kena besarkan. Hahaha..

    Apapun, Axia terbaik dalam kelasnya..Dan rata-rata saya lihat pelanggan2 yg datang membuat tempahan memang berada dalam ‘kelas’ mereka tersendiri. Saya fikir mereka ini takkan pergi tempah Iriz atau Myvi. Anda faham maksud saya. Axia ada pembelinya dan itulah kebanyakan kelas rakyat dalam negara kita.


    • tahniah. komen terbaik, realist.

      ” Apapun, Axia terbaik dalam kelasnya..Dan rata-rata saya lihat pelanggan2 yg datang membuat tempahan memang berada dalam ‘kelas’ mereka tersendiri. Saya fikir mereka ini takkan pergi tempah Iriz atau Myvi. Anda faham maksud saya. Axia ada pembelinya dan itulah kebanyakan kelas rakyat dalam negara kita. ”

      kenapa nk bising itu ini sedangkan kita yang komen kemungkinan besar bukan dalam kelas Axia pun. sampah utk kita kadang-kadang permata utk orang lain.

      semoga maju jaya Produa, sokong produk milikan tempatan.


    • Baru ni sy pergi tgk Perodua Axia pd hri Selasa (16 September) di showroom… Model yg sy pilih tu adalah Std G…
      Bahagian dalaman mhpn luaran bagi Axia SE dan Advance mmg tak mengecewakan…cuma kena perbaiki model ini dimasa akan dtg kalau nk laku di atas jln raya…

      (Sekadar pendpt saja… Jgn mara aaa…). 🙂


  • Ade bnyk bnda gak aku nk post psl test drive axia paling mhl pg td tp sbb jrk test drive pegi balik dr showroom x smpai 1 km maka x bnyk yg aku bleh komen.quite cabin?hmmmm….boleh la…aircond?lg sejuk dr kelisa 03 aku.

    ruang kpla penumpang blkg?klu tggi krg 170cm selesa la….rs cam bumbung rendah plak…tggi kelisa lg wlupun dr luar axia ni nmpk ‘bsr’.

    Boot? Yg buat boot nmpk bsr ialah kerana lntai boot rendah ke bwh.ok la klu setakat nk letak brg2 dapur yg bnyk.

    Yg buat aku risau psl axia ni ialah bumper depan.rekaan gril yg terlalu bsr & nmpk x kukuh m’buatkan aku t’fikir klu t’langgar anjing comfirm pecah.silap2 radiator jatuh….klu b’langgar time bwk 100kmj aku x tau la ape jd.niat hati nk jual kelisa.nk beli keta baru utk org rmh ulang alik g kje 40km pegi balik.utk jimat bwk maintain 60-80kmj mgkin axia jwpnnya.tp test pun dkt jd aku x dpt test ‘eco’ tu b’fungsi smpai kelajuan brp.tnya salesman pun dia x dpt bg jwpn tepat.jwpn dia bwk slow dh la bang,jimat mnyak.klu aku bwk persona aku 70-100kmj pun jimat jgk ape!

    Kesimpulan ringkas hari ni: nk jimat minyak dgn drive slow beli je axia tp dr segi safety aku x brp yakin…aku lg syg bini dr syg kereta!!!!


    • Apa yg ko risau bro? Bumper yang telah di-re-engineered tulah yg menentukan 4 Star Rating Asean NCAP..hehe.

      Tapi pada saya, walaupun FC rated pada 21.6km/l, ia masih tak sejimat Kia Picanto 1.25 (cc dengan titik perpuluhan, Haha). Sebab Kia Picanto 1.25Liter, 4 cylinder, dan rated 22km/l..Axia 3 cylinder, 1000cc, patut dapat lebih sikit daripada Picanto at least 25km/l.

      Mitsubishi Mirage pun claim 21km/l juga. Ia enjin 1200cc dengan 3 cylinder.

      Tapi overall cost Axia masih murahlah sbb harga Mirage dan Picanto RM60k. RM20ribu dapat minyak Axia berapa tahun tu beb..

      P/s – Serupa orang kata Vios jimat daripada Preve. Ya, kalau Vios J RM73k memang jimat berbanding Preve CFE RM72k. Tapi Preve CFE masih lagi jimat daripada Vios TRD Sportivo RM92k.


      • Wlupun 4 * rating asean ncap pun bila tngok live belek2 bumper & gril aku rs kelisa lg thn skit bro….msti bro dh tngok kan?mmg nmpak rompong la dpn tu sbb gril bsr sgt.klu bg aku sebagai ‘bakal pembeli’ masih x cnfident la bhgn dpn tu.klu bwk bwh 80kmj t’babas sndri mgkin masih selamat sbb ada air bag tp klu bwk 80-90kmj b’langgar b’dpn dgn knderaan yg 100kmj pun aku x yakin axia mampu ‘menyelamatkan’….


        • Mmm… baru terfikir, ari tu Axia yg dpt rating 4 star Asean ncap tu crash test guna model yg mana? Yg standard ker atau yg advanced? Ker dua2 diorg test sekali?:)

          Cheers!


    • Kalau mampu, belikanlah kereta yang ada ciri ciri yang lebih selamat.

      Ataupun sekurang kurangnya ambil Axia spec premium yang ada ABS.

      jika betul betul nak jimat ambillah spec E. Aksesori beli kedai abang.

      Saya tengok Axia sesuai untuk wanita.
      Ada penyangkut bag tangan.
      cermin pada penghalang matahari sebelah pemandu.
      sensor parking depan.

      Bergantung mahu jimatkah atau keselamatan kah.

      Jika sayang orang rumah, saya syorkan pilihan pertama diatas berbanding spec paling tinggi AXIA.


  • Apa la dok banding si aziah ni dgn si eris. Harga pun dh beza dekat 20k. For sure carter different market. Si aziah ni confirm jd pilihan utk kumpulan yg low budget, but need a car for transport. Kendian utk org yg nk cr second car utk dibuat prgi balik kerja, hantar anak ke sekolah atau daily driving. Dia punya market akn sama dgn market kancil atau viva.

    Si eris plak target market dia ialah same as myvi. Aziah ni akn meletop sama mcm meletupnya kancil dulu.


    • Setuju 🙂

      Jikalau Proton mengeluarkan kereta kompak segmen A then barulah boleh bersaing secara sihat dengan Axia. Ini adalah kerana Iris adalah dalam segmen B dan bakal bersaing secara sihat dengan Myvi.


  • Aku start baca komen dari atas sampaila ke bwh tp xda sorg pun @ aku terlepas pandang ckp psl after sale [email protected] aku,after sale p2 lbh baik dari p1 terutama service center.aku ada sjrh buruk dgn sc p1 ditendang mcm bola hnya krn button tombol gear rosak.sbnrnya after sale pntg sbb susut nilai kereta ni brgantung pada jenama.ni lumrah.xperlu la dok bash salesman sbb diorg pn keja cr mkn jgk.


  • Semua dok ckp dashboard nmpk murahla,tukar bumper lah..kamon la guys..jgn pandang fizikal je..tgk juga pada ketahanan enjin,kualiti intrument n gadget2 sesebuah keta tu.kdg2 mslh kecik komponen gagal berfungsi sampaikan berulang alik ke sc apa crita?


  • Klu after service p1 tu xckp pn org thu…xperlu dibincangkn…sblum ni pn ada yg ckp bnda tu ..Nma pn model bru jd xslah pn nk komen tang tu n tang ni…


    • Kenapa Abg sentiasa dipermudahkan ketika berurusan di SC Proton ?..Dari 2002 hingga 2014 layanan SC Proton the best…

      Malah Proton Bantu juga hebat, cerita masalah kereta kita, tepat dianogstik mereka, masalah diatasi…Ibarat doktor pakar….

      Mungkin beli kereta ni terletak pada niat kita kot..Alhamdulillah


      • kenyataan abg tu mcm ada sifat ujub.seolah2 org lain kurang bernasib baik dari kita. maaf.

        setiap org ada pengalaman masing2 dgn proton. tak perlu nak argue.


        • Ish2 itu bkn ujub lahh Lazim76.
          Itu tanda kesyukuran..
          bro tu cerita dia dimudahkan urusan, puji Tuhan..
          berdasarkan pengalamannya, dia dpt yg terbaik dr Proton SC.
          ujub apanya?

          mengaji xhabis kot bab ujub riak takabur ni?
          kalau ayat2 Kamal perotdua tu ye lah jelas unsur ujub dan riak.

          Note : UJub = rasa megah diri, besar diri..heran diri..tak rasai kebesaran tu dr Allah SWT yang Maha Besar.

          AKu juga dpt pengalaman bagus dr SC Proton so far dr 2009 dlu.. layanan baik. Selalu call tnye cmne perkemnbgn kereta lepas servis, claim warranty. Cuma yg xbest spare part kena order.. ready stock kurang.so takes time.


          • “mengaji xhabis kot bab ujub riak takabur ni?”

            kdg2 apa yg ditulis mungkin mencerminkan hati kita. sy hanya menegur. jika ada khilaf, sy mohon maaf.


          • quoting..

            ” kenyataan abg tu mcm ada sifat ujub ”
            ” kdg2 apa yg ditulis mungkin mencerminkan hati kita. sy hanya menegur ”

            sendiri fikir Lazim76.. 🙂 🙂 🙂


    • Kalo nak cite bab after svc ni, pngalaman sy masa first kete proton sy, memang pernh berjumpe dgn sc yg x brape ok. Tapi itu bukanlah sebb utk sy untuk terus mengkondem proton. Lepas je sy tukar servc centre, Alhamdulillah sy dpt svc center yg lg bagus dr sblmnya. Smpaila ke kereta proton ketiga sy masih hntr ke sc tersbut kat area puchong.kalo datg dr seri kembngn, masuk kat simpang slps tol puchong tu. Sc ni iat kwsn kilang tu.

      Kesimpulannya setiap msllh ada penyelesaiannya. Kalo dh tahu sc tu problm, jgnlah hntr kat situ lg. Cube pergi ke tempat lain.


  • Jangan ingat servis di perodua murah..
    Saya pernah buat major servis dekat Pro2 service, kena POW sehingga RM700.. entah apa yang di tukarnya..

    Banyak service center yang ambil kesempatan kepada perempuan..


  • Ketahanan enjin ke? Nyek nyek nyek. Sy dulu pakai kelisa special edition royal blue. Best mmg best tp nk kata enjin tu tahan sgt tu tidak la. Umur 4 tahun ada bunyi knocking kuat dkt bahagian pully bila kena air. Mcm bunyi org ketuk pintu. Bila langgar bumper laju sikit ada bunyi knocking gak dkt belakang. Dua masalah yg pomen x dpt rectify sampai sy jual keta tu. Tp yg bagusnya x pernah la breakdown tepi jalan. Kecuali sekali x bole start lepas mkn cendol dgn family. Its turn out that the batery kong already. Hahaha


  • Pero2 dah turunkan harga berbanding harga anggaran asal dulu, mungkin penangan Pro1 Iriz menggugat kedudukan Aziah.

    BIARKAN SENTIMEN PROTON VS PERODUA NI TERUS TERJADI.. PENGGUNA MENDAPAT MANFAATNYA BILAMANA KENDERAAN DITURUNKAN HARGA KERANA PERSAINGAN..

    Aziah ni ada golongan sasar tersendiri. Contohnya kereta paling murah yang takde kelengkapan safety dan lain-lain tu mungkin boleh dimiliki oleh orang-orang kampung yang tak berkemampuan tapi nak pakai kereta baru.

    Aziah juga untuk golongan yang nak pakai kereta bau-bau jepun tapi harga murah.
    Sebenarnya jika nak beli kereta murah, di pusat kereta terpakai macam-macam pilihan boleh dipilih, harga pun jauh lebih menjimatkan.

    Proton Iriz sesuai untuk kelas atasan sedikit yang berduit, yang mementingkan keselamatan dan keselesaan memandu.

    Jika saya ingin belikan kereta untuk anak atau isteri yg disayangi, saya tak pilih model-model pero2, sebab rata-rata kemalangan melibatkan viva dan myvi berakhir dengan kematian. kita hati-hati dalam memandu, tapi kecuaian orang lain bukan dibawah kawalan kita..

    **DUIT BOLEH DICARI, NYAWA HANYA SEKALI”


  • Baru dapat tgk dan test drive kereta Axia ni. sebagai Individu yang bukan dalam automotif boleh saya kata AXia ni mampu milik dan sedikit baik dari VIVA pada individu yang tidak mahu ambil risiko dengan menunggang motosikal atau urban car ntuk pergi balik kerja tidak lebih dari itu. Saya menggunakan VIVA 850 manual dan merasakan kualiti buatan telah meningkat dan harga yang lebih murah dari kereta VIVA saya. kualiti kerusi agak lembut dan selesa jika dibanding dengan VIVA cuma kerusi blakang agak tegak tidak sesuai untuk perjalanan jauh.

    masih menunggu perasmian PCC dan tidak sabar melihat keluaran proton yang terbaru. saya masih berkira2 untuk menggantikan VIVA saya dengan mana2 keluaran baru kereta jenama malaysia ini…sedang mencari kereta urban yang efisien jimat minyak tetapi mampu dan kukuh di highway bagi perjalanan jauh…buat masa ni x terlintas untuk pakai kereta jenama luar. sebab nak support kereta jenama Malaysia.

    Syabas Perodua dan Proton !!

    P/s: Dah bertahun baca ruangan komen Funtasticko ni baru 1st time nak bg komen


  • Keta tnpa rpm meter?

    Proton xpenah kuar keta yg xde RPM meter seingat aku

    Lekeh2 Saga Orion dlu pun ada RPM.. terbeliak besar mcm jam dinding…jarum berjalur.
    RPM meter ni penting utk kita ketahui ratio betul rev engine vs speed vs gear position.

    dn org yg halusi jg keta akan gunakan rpm meter sbg salah satu tool tuk lihat keta tu ‘sihat’ ke atau ‘under streessed’. electrical stressed pn boleh tau jgk dr rpm punye ripples.

    bg keta2 auto dn cvt lg penting utk kita observe abnormality transmission. lower gear yg betul.

    Sbb tu zaman keta kancil dlu.. enjin dilenjan sakan.. berasap ke, over heat ke lantak la.. rpm idle xnormal.. ramai kwn2 aku pakai kancil rpm entah ape2.. idling sampai 1.2-1.5 x1000 pn ade

    sbb telah di ‘ajar’ oleh Pro2 rpm tu xpenting..

    note: Saga Megavale aku sampai skrg running RPM under 1×1000.. @ 800-850 @idling, 950@ A/C operation.. itu tanda keta aku SIHAT..
    Proton ajar aku jaga keta..kenal keta aku.. with RPM meter..

    cheers 🙂


    • ada…proton tiara tiada rpm meter…temp meter pun takde…sbb saya salah seorang yang memiliki proton tiara…proton pun dah buang model tiara dalam senarai keluaran proton…tapi bagi kami pengguna tiara…masih rasa bangga…daripada proton tiara la kami kenal selok belok penjagaan kereta…


      • Tiara ni projek Hicom- DRB (owner lama).
        Beli teknologi yg org xnk..3 skru tayar.. Citroen AX,
        Temp.. on/off.. air radiator nk masak bru die menyalak..

        Proton yg jd mangsa. Hicom DRB punya angan2.. Proton pasang je dgn tukar bumper.. letak logo.
        So kalau Proton yg design xde la letak Jam Dinding dlm panel meter dash tu..
        hehee 🙂


  • Kereta baru kepala bapak dia..
    penipu nak mampus..

    Toyota Agya / Daihatsu Astra. tahun 2012 .
    Yang baru cuma bumper.

    Orang bodo kene tipu. beli kereta teknologi lama, hodoh, kualiti tin susu.

    Padan muka kah kah..


  • berdasarkan komen2 bro2 kt atas …diorag da ade yg test drive.. bg aq bila dengar kualiti da up as a A segmen memag da baik..tp bila dengar pulak seat belakang agak flat..aq da rasa..viva lg selesa jalan jauh.. boot 260litre akhirnya terjawab…hanya tegakkan sedikit design kerusi.dalamkan sedikit ruang boot,,terhasil la boot yg besar….tp still kecil jugak tu..cuma sesuai untuk barag2 dapur… masalahnya keselesaan penumpang belakang akan terjejas..badan akan sakit..
    dari ap aq dengar pasal test drive.. sepatutnya salesman Perodua boleh jwb mengenai soalan eco mode tu.. smpai berapa laju dia beroperasi.. baru boleh agak pemanduan paling efektif..tp bg aq jimat ni sangat subjektif.. tengok cara pemanduan..mana2 kereta boleh jimat dengan kelajuan rendah..
    dari segi design..bro2 ni ckp mcm x kuat bumper depan tu.. so.. dengar menakutkan..x mustahil pada kelajuan 80km/h bumper depan akan bergegar.. ap pun kesinambungan design axia ni agak pelik.. x faham apa yg cuba diketengahkan..


    • Inilah ‘secrete recipe’ kebanggaan abg Kamal Perotdua..
      bkn main bising dia boot besar dr Iriz.. tp korbankan ergonomik penumpang.
      better buat pickup-lorry la nk boot besar.


  • Harian metro today 18 Sept 2014 page 5 section “setempat”

    1) “maut tersilap pusingan U” – Perodua kancil

    2) “Nenek, Cucu parah rirempuh Lori” – Perodua Viva

    No offense, only some advise for people who have to drive small cars. please drive safely. even if we drive safely, other people might not..


    • Ini masalah yg sebahagian org xfhm. nk keta kecik, murah2 timbang kilo mcm dibanggakan abg kamal perotdua tu, tp RISIKO maut bila kemalangan jauh lebih tinggi dengan.

      Ajal maut kententuan Ilahi, tp usah untuk keselamatan adalah wajib dan dpt menangkis takdir buruk Insya Allah. Kalau dh tahu risiko keta jenis tin-milo kosong tu tiada protection cukup, buat apa murah pun.. nyawa di hujung tanduk setiap kali berada di jalan raya. Kasihanlah anak2 kecil, org2 tua yang tak tahu apa2..

      Bila dh usaha beli keta yg ada safety tp nk jd jugak.itu terserahlah pd takdir Tuhan.

      Keta Produa dibanggakan dgn jimat minyak..compact murah.. tp payback nya ini lah?

      Pilihlah kereta yg terbaik, lebih sikit harga untuk kebaikan bersama. Proton Iriz buatan Malaysia, lengkap dengan pelbagai ciri keselamatan bertaraf global, Proton yg kini bukan yg dulu. full support Proton!


  • InsyaAllah saya akan membeli axia untuk 2nd car. Dah booking. tp tak tahu bila dapatnya. Sekarang pakai Alza…So axia ni bolehlah guna untuk pergi pasar atau ambil anak sekolah. Cuma agak kecewa juga sebab 3 tahun free service dah takde.


  • Just nak share yer….

    Axia – (dah 2 kali pergi showroom)
    kira ok la design, space ngan beberapa perkara kira ok la…. cuma lau duduk belakang tak selesa dan untuk parents yang dah berusia mungkin susah sikit nak keluar…. (cer gi try test tengok….) + dashboard agak tinggi…… + lau tengah drive nak charge hp agak susah sal terlalu ke bawah dan terperosok…. (untuk saya ler… orang lain mungkin selesa la kot)

    Iris (orang rumah teman memang berkenan dan ajak beli…. aim tahun 2015/2016)
    Still belum kuar n kena tunggu 25hb ni baru boleh komen lelebih… tapi untuk design kat gambar ngan spec yang ada kira cun dah…

    Savvy – ramai dok kondem savvy… tapi bagi saya sebenarnya savvy ramai yang minat cuma ragam AMT ngan beberapa kerosakan yang selalu wat hal + harga parts yang mahal tu yang buat dia tak berapa nak laku…. member ramai pakai savvy… n proud kerete tu tough bodi kuat… tapi semua pakai manual… AMT semua cakap jangan ambik….. bawak sedap n leh layan…… minyak dia pun jimat…..

    VIVA 1.0 (A) (antara kereta yang pernah aku pakai dalam 2 bulan)
    Minyak dekat2 jimat… jalan jauh agak kuat… tapi senang parking, nak mencelah dll…. ruang dalam sempit tu sal keter kecik tak kan nak expect besar kan…. pick up cun lau compare ngan atos. air cond suam2 kuku…. enjin spesis 1.0 gegar kuat….

    Myvi (M)
    Akak ipar saya pakai (2011) sekali kuar ngan exora saya… saya selalu gak bawak …. pernah tolong bawak gi servis gak. minyak nak kata jimat lau short distance kira jimat la… tapi lau long distance rasanya jimat lagi SAGA (2008). N mak saya selalu komplain lau jalan jauh pening sal cam jerking (keter manual) mungkin cara pemanduan. Tapi finishing better than saga. Air-cond hampeh … tinted gelap pun still kureng berbanding saga….

    SAGA (A) (M-LIne)
    so far rasanya agak memuaskan – cuma tak der ABS… so brake tu kena hati2 tapi untuk pemanduan standard bawah 120KM/H kira selesa… lebih dari tu kena hati2… selesa, air cond sejuk dan bonet besar. Rupa kadang2 cam lawa kadang2 cam tak lawa…. hahahhaa…. kemasan kurang skit dari myvi termasuk butang power window… (cam part murah)

    Atos 2013 (A) (keter akak aku yang aku selalu belasah lau jalan dekat2)
    Kualiti agak memuaskan cuma enjin 1.0 (SOHC) pick-up memang lemau tapi lau dah laju memang selesa… air cond pun sejuk… minyak pun agak jimat….. cuma ragam banyak skit tuk maintain sal minyak ATF 1 liter RM 60.00 + kabel plug selalu jahanam + belting selalu bising… Driving dia memang sangat2 selesa…..

    Exora 2011 (A)
    X berapa pick-up so kena henjut jer ler….. (tapi pakai i-charge ader pick up lebih skit ngan minyak jimat)….. lain-lain selesa… naik ramai2… kemasan pun ok la…. bawak laju setakat 130-140 kira selesa….. minyak untuk 1.6 standard 1.6 sentra B14… air cond pun sojuk…
    puas hati sal nak bawak barang besar dan banyak pun senang (baru berbaloi-baloi)

    Pusat servis proton

    Memang ada pusat servis tahap jahanam…. tapi saya selalu buat kat teluk intan… memang superb… tapi kadang2 lemau gak…..

    Pusat servis perodua
    Lebih kurang sama jer ngan proton…. tengok tempat kot…

    Pusat servis superb – … Nissan… tapi sekarang dah banyak branch tak tau ler still ok ker tak sal tak pakai nissan dah…..

    Pakai keter ikut suka… tapi tengok poket dulu.. nak bayar bulan2, nak servis, nak bayar road tax ngan insurance.. harga tayar…. semua kena ambik kira kot… jangan tengok design jer…. dan dengar cakap orang…..

    ramai kata proton tak bagus … tapi bagi saya setakat ni kira ok… dalam warranty gi jer la claim warranty…. tak banyak songeh….. senang jer dapat claim cuma kena tunggu part lambat sampai… nak cepat cari pusat servis yang bagus…..harga servis yang termahal kat pusat servis (RM 1080.00 time servis 80K tukar timing belt /4 tahun sekali) (ENJIN 1.6 CPS)

    setakat major servis max RM 550.00
    servis biasa dalam RM 2xx

    Lau wat kat luar lagi murah kot…..

    ** kesimpulan: saya prefer proton sal handling selesa… dan kos penyelenggaraan agak munasabah…. spare part pun banyak….. bonet tu keperluan saya untuk first car… tapi untuk 2nd car rasanya cc kecik tak berapa nak sesuai… sal nama jer 2nd car tapi selalunya tetap jadi cam 1st… nak jalan jauh tetap nak pakai dan nak selesa…. (ayat masa nak beli jer cakap ala 2nd car jer pun bukan nk gi mana pun… lau long distance pakai keter besor…. tapi bila dah ada tak maunyer jadi cam tu…..)

    untuk 2nd car axia kira ok la… tapi lau untuk orang baru kerja pakai keter kecik cam tak berbaloi lak… sal member ofis yang pakai myvi pun ramai menyesal sal bayar mahal nak balik kampung bawak barang anak siap kena letak kat seat penumpang…… lau budget tight better ambik saga jer la….

    Iris vs myvi = itu baru betul tapi kita tunggu kuar dulu la baru komen…..

    Proton satria lau 4 pintu agak2 sama cam axia/myvi/iris… tak…? yang R3 nampak ranggi tapi mahal…..

    at last… beli keter nasib…. lau nasib baik tak der masalah…. pakai la apa pun… lau nasib tak baik… beli lamborghini pun rosak…. cam kat china… siap hempuk ngan hammer…..

    *** ni bukan nak kondem mana2/buyers tapi share apa yang saya lalui yer….


    • Syabas bro..
      ko punye review menarik, ringkas tp byk maklumat.
      Bile ko review cmtu aku lbh yakin lg dengan Proton.

      Kalau 2011 tu Exora CPS. Cube ko layan Exora CFE 2014. Pickup xyah ckp lah. jimat petrol dan selesa jln jauh.. high speed lancar dn tegap. Model ni dipertingkatkan pump vacuum utk enhanced brake, n latch gear.

      Tk semua SC Proton itu problem.
      Cuma kes claim warranty tu tunggu spare part agak membosankan.
      tp layanan diorng ok je.

      Lagi satu, bagi owner Proton yg minat nk collect/ ganti part ori sendiri, ada option utk dptkan online catalog. sekecik2 skru sehingga sebesar2 part mcm chasis pun ade dlm catalog tu.

      Just amik no part/ pw number.. phone mana2 SC/ part center terdekat.
      Tanye ade stok ke tak.. kalay xde just place order.
      smpai nnt diorng telefon.. xde cagaran ape2.
      Sgt murah dpt parts ori Proton dn jauh lbh murah dr imitation parts (murah vs kualiti)


      • Stuju pasal part tu..kalo sapa2 dok area subang or shah alam, boleh je g beli kat proton subang tu. Sy tak ingt apa nm dia tapi memang utk spare part proton la. Lokasi dia antara poli shah alam nak ke drb hicom tu. Sy pernah beli part exora kat situ, kalo ada stock boleh je dpt ots.


        • tu proton parts center… tapi harga mahal la bang… tapi 100% ori…. tak semua barang boleh beli kat situ lau nak jadikan low maintenance… brake pad kat luar brand yang sama RM70.00 tapi kat situ baper ratus tu… tapi bab kunci memang ke situ gak ler….. sal kat luar jual lagi mahal dari situ……


    • Exora. Mmg best. Batu pahat-saujana putra-Hutan melintang-rawang-kl-batu pahat. 3 adults + 3 kids + luggages. Minyak rm130. Average speed 120km/h. Max speed 160km/h. Mmg mantap atas highway. 120km/h tu mmg secukup rasa la dia punya pemandan. Mantop!!


    • Apsal 8 bln?? Dalam surat khabar, satu stgh bln atau 2 bln maximum utk menunggu kereta Axia…percayalah walaupun kereta ini adalah utk rakyat, tidak mustahil akan sampai begitu cepat sekali…..


  • Sy dh pegi sowroom perodua..memg suprise la bile tgk harga axia yg standard ni. Memg murah..24k je. harga sama denga viva tp boleh dpt saiz lg besar dr viva dan hmpir sama besar dgn myvi. X rs kena tipu ke?? Huhu


    • aku dh g tgk. utk rm24k, mmg ok..xlebih drp rm24k.

      1st yg aku tgk ialah boot. tp aku nmpk besar myvi jek. ke mata aku kero?

      2nd aku try tutup pintu, kt luar nk tutup kena lebih force, kt dalam nk tutup dgr bunyi xsedap..or senang cte myvi lg sedap la bunyi tutup tu.

      3rd aku rasa seat belakang tu tegak sket.

      4th…aku saje letak benda ni kt point no 4..cuba sebut 4 dlm bahasa cina. kt dalam, gap antara a-pillar n dashboard tu aku nmpk gap yg agak besar..

      5th enjin bay “kosong”. nmpk abs module, integrated manifold etc.

      utk rm24k, mgkn berbaloi utk kete baru.
      aku rasa myvi last gen, kalu dpt rm24k, itu lg berbaloi.

Leave a Reply