ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua ajak pemilik Myvi sertai perhimpunan Myvi terbesar!

Views

mechpage_myvination

Perhatian kepada semua pemilik Perodua Myvi! Ini adalah peluang anda untuk menyertai acara perhimpunan terbesar Myvi sempena ulang tahun ke-10nya pada 24hb Mei 2014. “Sambutan ulang tahun ke-10 Myvi yang cukup bersejarah itu bakal diadakan di Setia Alam City Mall, Shah Alam,” kata Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Untuk menyertainya, pemilik atau pemandu Myvi perlu mendaftarkan diri di laman sesawang rasmi Perodua di www.perodua.com.my mulai 21hb April sehingga 10hb Mei dengan yuran minima RM50. Sesiapa yang menyertai acara tersebut perlu membawa kereta Myvi mereka ke acara penuh untuk mendapatkan sijil penyertaan dan cenderhati ekslusif yang bernilai lebih RM400, selain berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Myvi Edisi Peringatan Ulang Tahun ke-10!

Orang ramai akan dapat menikmati pelbagai tawaran istimewa, permainan dan aktiviti yang menyeronokkan semasa acara berlangsung. Selain itu, pengunjung juga akan dihiburkan dengan konsert daripada artis terkenal, pertunjukan bunga api, atau memilih untuk menonton filem di bawah bintang selepas menaiki belon udara panas. Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini sila layari www.perodua.com.my.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply