ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perdana baharu buat penampilan ekslusif disebalik selubung!

Views

perdana 2

Mungkin inilah yang paling anda nantikan jika ke Alami Proton mulai hari ini dan esok. Namun agak sedikit menghampakan Proton masih belum bersedia untuk memperlihatkannya secara menyeluruh kerana ia masih lagi dalam peringkat pembangunan. Perdana baharu hanya menyorok disebalik kain penutup tetapi anda boleh melihat secara dekat saiz dan bentuk fizikalnya.

Model ini adalah kesinambungan kepada Perdana versi Accord atau lebih dikenali dengan Accordana yang dibangunkan dari platform Accord generasi kelapan. Proton telah merekabentuk semula model tersebut dengan menampilkan rekaan fastback ala Jaguar XJ. Walaupun rekaan semula itu ada batasannya mungkin disebabkan faktor kejuruteraan, namun Proton telah berjaya membawa identitinya sendiri dan ia berbeza sama sekali dengan model pendermanya.

new perdana depan

Mungkin rekaan sahabat kita Mohd Taufik ini boleh memberi gambaran yang hampir tepat mengenai model tersebut. Perdana baharu tersebut berbeza sedikit jika dibandingkan dengan kereta yang muncul dalam filem Kapsul baru-baru ini yang hanya konsep awal. Model ini dikatakan mempunyai dimensi 4,999 mm yang lebih panjang  jika dibandingkan dengan model Accord generasi kelapan (4,849 mm).

Buat permulaan Proton akan mengekalkan enjin Accord sedia ada dan model ini bakal menjengah pasaran pada awal 2016. Perdana serba baharu akan dipasang di Kilang Pengeluaran Sederhana Proton (Medium Volume Factory) di Shah Alam yang turut memasang model Exora.

Ayuh ke Alami Proton untuk menyaksikan sendiri model ini dan model konsep pikap secara ekslusif di sana! Sediakan kamera anda kerana jika nasib anda baik, mungkin terjumpa benda yang menarik di sana. Jangan lupa kongsikan bersama kami jika nampak Perdana bertampal membuat sesi ujian ye!

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

perdana 3 perdana 2 perdana 1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

8 Comments


  • ikut hati dan kehendak, rasa memang nak beli perdana ni.

    Tapi kalau ikut kemampuan dan poket, hanya mampu lihat sahaja dan test duduk kat showroom/test drive nanti.


  • Berdasarkan gambar iklan tu, lampu depan macam win je. Cantik dengan lampu drl memanjang. Dan body stylish nampak tegap. Saya rasa boleh pergi jauh perdana ni.


  • jangan lupa iriz dan exora 1.3 turbo manual 6 mt. 190 nm, 0-100 8.7 saat. Iriz masih tggu pihak management luluskan. tu ja yg dapat info dari staff Proton kat Alami hari tu


  • Yup bro.. byk jgk sembang dgn diorg. betapa frustnye diorg bile marketing kata org msia xminat manual (% utk ratio kos/prodction lari).. sambil sinis2 diorg ckp, mane ntah diorg buat survey, kat makcik2, pasar2 kot.. hahaha…


    • tau xpe. Jawapan yg sama dapat dri diorg. saya ada cuba main clutch dan gear, rasa lembut jer gear tu. Geram pulak. Kalau ada, mmg nak satu. Diorang cakap, masa Test susah nak pkai gear 6. jalan xckup clear nak speeding


  • Management ade planning lain le tue..selalunye kalo berkait dgn kos memang lame nak decide..dgn currency skang..mungkin skang bukan mase yang sesuai nak luluskan..kne kire keuntungan jangka panjang dgn pendek bagai lagi..


  • mereka kata hasil dari rekod jualan yang ada, permintaan utk kenderaan proton jenis transmisi manual memang kurang permintaan berbanding Auto, dari rekod berkenaan menyebabkan pihak pengurusan proton perlu mengambil kira risiko yang akan berlaku sekiranya mereka melancarkan versi turbo dengan transmisi manual.

Leave a Reply