ARKIB

KATEGORI

Buletin

Percaya atau tidak, imej 3D ini hasil karya remaja 15 tahun?

Views

Aston-DB11-Render1

Siapa sangka imej janaan komputer 3D, Aston Martin DB11 ini merupakan hasil karya remaja 15 tahun. Pereka muda berbakat besar, Jennarong Muengtaweepongsa dari Bangkok, Thailand membuktikan usia bukan penghalang untuk menghasilkan sebuah karya yang sungguh hebat! Bayangkan ketika diusia sebegini ramai dikalangan mereka yang sebaya dengannya masih lagi mencari identiti diri dan sibuk bercinta monyet, namun beliau sudah berupaya menguasai ilmu sehebat graduan universiti dari jurusan rekabentuk industri.

Jennarong Muengtaweepongsa mula belajar membuat lakaran kereta sejak dari usia 6 tahun sebelum beralih kepada pembuatan model 3D. Jika dilihat daripada imej-imej ini, sudah tentu beliau mempunyai bakat yang cukup besar dan berpotensi menjadi pereka terkemuka pada masa hadapan jika mendapat sokongan dan bimbingan yang betul. Saya cukup teruja melihat karya sehebat ini dan berharap anak muda tempatan kita juga ada yang mempunyai bakat sebegini.

Tahniah Jennarong Muengtaweepongsa, teruskan usaha anda!

Sumber : www.carscoops.com

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Aston-DB11-Render5 Aston-DB11-Render7 Aston-DB11-Render6 Aston-DB11-Render4 Aston-DB11-Render3 Aston-DB11-Render2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments

Leave a Reply