ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penjelasan Proton mengenai isu foto Exora terbakar yang “viral” di laman sosial

Views

eP5SdR9-2

Semalam kecoh di laman media sosial mengenai penyebaran foto dan maklumat mengenai sebuah Proton Exora yang terbakar di pintu keluar Cheneh di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) pada 17 Februari 2015. Foto yang menjadi “viral” telah menyebabkan kebanyakan warga siber mendakwa antara punca Exora tersebut terbakar adalah disebabkan aspek peningkatan suhu dan akibat mengisi minyak dengan penuh.

Ada juga yang membuat spekulasi bahawa insiden itu berlaku disebabkan tangki minyak yang bocor. Semalam pihak Proton Holdings Berhad (Proton) melalui kenyataan rasminya menegaskan bahawa syarikat ini tidak berkompromi atas sebarang isu kualiti yang boleh menyebabkan gangguan fungsi kepada enjin atau kenderaan Proton.

Proton Exora merupakan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama negara dengan lebih daripada 140,000 unit dijual seluruh dunia. Proton juga memberitahu, pihaknya amat mengambil berat tentang situasi tersebut dan sedang melakukan penyiasatan yang terperinci. Proton juga telah menghubungi pemilik kenderaan itu bagi memastikan individu tersebut dan keluarganya dalam keadaan baik, selain mendapatkan butiran penuh mengenai Exora tersebut.

Ini adalah sebahagian daripada keutamaan Proton untuk memastikan keselamatan dan prestasi kenderaan pelanggannya. Proton juga sedang mengambil langkah-langkah yang perlu dan menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

36 Comments


  • Kereta Ferrari pun terbakar la wei, busuk hati betul! apasal bila proton korang akan canang satu dunia, kalau keter orang asing buat, korang akan sorokkan sampai mati, macam macam faktor boleh sebabkan hal ni, misalnyer modified wiring ker, enjin ker, cukupla cukupla la tu busuk hati. aku dah pakai pakai kereta proton sejak dari tahun 2000 sampai sekarang, tak pernah pun kereta proton aku shorting…


    • Perangai melayu kampung cap ayam memang suka canang kekurangan produk anak bangsa sendiri, kalau kekurangan produk bau-bau jepang dan eropah, kunci mulut rapat..


    • there is one thing bro. nasib. n masalahnya…ferrari and lambo bakar memang banyak. dulu f458 pernah recall sebab kes terbakar. tapi ini semua orang kaya. if they can own one ferrari. they have a few of them. and many other cars.

      kalau kereta proton, perodua ke… kalau terbakar, it doesnt mean mereka ada banyak lagi kereta untuk digunakan. selalunya satu sahaja..

      kat rumah ada kereta proton since 1995..memang pun tak terbakar. tapi sesiapa tahu model terbaru ada issue. bila issue dibincangkan, barula dapat solve. janganla kata orang busuk hati ke…sesiapa yang kena, diri sendirila tahu betapa peritnya…


      • Mmm… pasal kereta terbakar, Mana2 kereta pun kalau nk terbakar atas apa jua reason akan terbakar gak, tak kira la kereta org kaya ke atau tidak. Cuma kita kena berhati2 dan berwaspada selalu.

        Mencari2 salah org mmg begitu mudah kn, berbanding melihat kesalahan diri sendiri?:P Apa2 pun pihak berkenaan dah menjelaskan perkara sebenar. X perlu dicanang2 n tambah2 perisa utk versi menggambarkan sumer produk proton mudah terbakar atas niat jahat n agenda peribadi:P

        Cheers!


  • Kdg kita terlupa nak turunkan Hand brake masa drive kete blh juga jd kemungkinan ……ataupun wiring x betul kalau ade tuka atau tambah eksesori terutama sekali jika guna wayar dari cina kebanyakkan bukan cooper 100 peratus sbb dicampur dgn aluminium.risiko utk kerosakan adalah tunggi…ape2 pun kita x tahu ape sebbnya..mungin owner yg lbh tahu…nak ckp lbh2 tkut jd fitnah la pulak…bg proton kalau ade ape2 kecacatan atau keberangkalian utk jd peristiwa yg berulang cpt2 recall supaya customer lebih percaya dgn proton kepercayaan pengguna adalah lebih penting….mcm yg dah dibuat sblm ni…utk owner exora hrp bersabar ye..kete baru tu rasenya blm smpai setahun tu..


  • Tgok gambar kebakarannya kt belakang. Belakang tu letaknya tangki minyak. Tangki minyak tu atas exzos. Tangki minyak skrg dibuat dr plastik. Kalau tangki tu pecah or bocor mmg boleh sebabkn kebakaran. Proton please release the post mortem report on this case for the public. As an exora owner i have every right to know the cause.


  • mpv je bro mane nak sale banyak mcm sedan…alza kat malaysia je banyak jual…kat asean xde …kat jepun lagi x laku pun..kat eropah x taula ade ke x model ni masuk ke sana ..kalau nak compare sale kat jepun x adil sbb brp ratus juta penduduk kat jepun..kalau 10 peratus alza dijual di jepun berapa banyak dah…malaysia ni x lebih jadi mcm tempat lambakan kereta yang jepun yang rendah tahap keselamatan….exora buat masa ni hanya pasaran asean shj….(tapi kalau diamati sedalam-dalamnye produk dari asia ni terutama asia tenggara sangat dipandang sepi oleh eropah…jenama perodua hanya bergantung kepada brand daihatsu dan daihatsu di bayangi oleh toyota..dan yang penting jepun x akan lepaskan perodua.lagi perodua sendiri xde kreabiliti untuk jadi pengeluar kereta yang indipendent mcm proton..mkn untung shj..proton dari dulu sampai sekarang masih berusaha …jika pemililhan gearbox dan ecu yang betul dan inovasi yang menarik insya allah proton akan ke ..depan..enjin proton dah ok…soal design itu subjektif..,kalau mazda yang berbangga dengan skyaktifnya yang banyak menang anugerah dijepun dan enjin yang paling menjimatkan penggunaan minyak , tapi knp masih lagi x jadi pilihan ramai..


    • yes. proton memang boleh maju ke hadapan. tapi masalahnya..tak ada volume.
      Exora 5 tahun jual 140,000… kat eropah…kereta macam VW golf jual 40,000 sebulan. kalau 5 tahun give or take dah minimum 2 juta. macam itu baru balik modal.

      nampak tak bro? selagi proton tak dapat jual sebanyak itu, selagi takkan ke hadapan. selagi itula bleed money.

      perodua pula, sebab bawah toyota, dia share banyak componen. so profit margin lagi tinggi.


      • Mmm…bro, bayangkan peniaga jual nasi lemak amik percent jual nasi lemak org lain berbanding penjual nasi lemak jual nasi lemak buat sendiri. Jual dgn harga yg lebih kurang sama. Rasa2 mana yg lebih tinggi profit marginnya? Nk sy bagitau ker?:P

        Atleast melalui product2 baru, proton cuba keluar dari kepompong, bersaing dlm pasaran domestik n global. Selagi x pecahkn ruyung, mana kan nk dapat sagunya, kn? Atleast mereka mencuba n think +ve dlm industri penuh mencabar nie.:)

        Cheers!


          • kena cara dia compare tuh.. kau buat sendiri.. jual sendiri… harga sama.. modal singgit jual 2 ringgit..

            kau ambik ngan orang lain buat.. kompom dia tak jual singgit kat ko sebab dah modal dia.. mesti jual 1.50 dia nak untung gak. pastu ko amik komisin 50 sen..

            margin untung mana banyak? ko dpt 50sen je jual org punya.. org tu buat dan jual sendiri dapat singgit untung..?.


  • Yup. Sy mahukn penjelasan. Bentangkn hasil siasatan tu pd umum. Apa puncanya? Sebab defect atau kecuaian owner. Jika defect, adakah unit lain pun terjejas? Jika kecuaian owner, nyatakan apa dia, supaya owner lain dpt elakkan perkara tu dr terjadi.

    Benda ni melibatkn nyawa tuan-tuan. Yg sy tahu, termasuk kes ini sudah ada 3 kes exora terbakar. Jd mmg patut jika proton bentang report siasatan tu pd umum.


  • setelah 3 thn memiliki exora tiba masanya tuk melepaskannya….atas alasan ketahanan components yg d gunakan…ckp apa common masalah tuk exora nie…fan radiator,thermo-amp,cps sensor ,abs sensor dan terbaru dan paling menyakitkan hati oil pan pon crack….apa nie….sya guna model cps mc O(a)….dr minggu pertama dh beri masalah….check engine menyala…..pergi 2-3 pusat servis bru settle…cps sensor ROSAK….tu pon setelah keta2 kesat d keluarkn…….head gasket bocor….time warranty dh complaint …tak pa skit sja…kita repair…skit2 engine jd hitam…pas warranty ‘cik head gasket kn tukar…bocor teruk’ ….puiii…
    fuel consumption apa nk kata…..parah….skang pakai 4×4 jenama jepon….Alhamdulillah…jimat ketara ….power usah kata…TDCI…terbaik….mengapakh dulu terlalu taksub kereta nasional…..sumpah pas nie tak mau dah……


  • Saya sudah beberapa kali menghantar kereta untuk claim warranty.. mana barang nak kene order memang ambil masa paling minimum seminggu (EDAR ade, COSE ade).. paling lama order claim kalo tak silap 3 bulan kot siap kene follow up sendiri, bukan dier yg patut kene follow up kita ke (kat COSE)..
    ade juga barang yang telah diganti kemudian masalah sama juga datang balik, PROTON tolong jangan TUTUP masalah, SELESAIKAN masalah.. ni ade lagi nak anta SC check problem, masalah sama berulang…
    yang paling PROTON kene improve ialah untuk diagnose masalah yang mana kereta kena tinggalkan semalaman atau lebih di SC… sepatutnya kene la ade kereta pengganti.. pengguna terpaksa tanggung sendiri kos ketiadaan kenderaan tersebut, monthly tetap bayar.. pastu nak kene carik kereta untuk cover balik ketiadaan kenderaan tersebut..
    Nak bli kereta luar tak larat… perodua ade da org pakai, hampeh, tak syok..
    so please improve.. masih banyak lagi peluang untuk penambahbaikan


  • Setakat ni, exo sy mmg x byk bg masalah. Claim waranty dh 4 kali. Hantar hari ni, dia chek, confirm factory faulty, order brg, paling cepat tgh hari tu juga dia tukar. Paling lambat 2 minggu brg sampai. After sales service setakat ni ok. Perfomance kereta ok. Fuel consumption ok. Multipurpose usage ok. Setakat ni dh 4 biji peti ais 2 pintu sy angkut dgn exora sy tu.

    Cuma yg x syok bila dgr cite exora terbakar ni. Proton should look this matter seriously. Umumkn hasil siasatan. Factory defect atau kecuaian owner. Kalau defect apa tindakan proton? Kalau kecuaian owner nyatakan apa dia, supaya sy x ulang kecuaian yg sama.

    Come on la proton….


    • Cik akak… 4 x claim warranty tu kire tk byk masalah?
      So mau 10x claim baru kira banyak?
      kesian pembeli proton..
      terpaksa ‘humble’ kan diri..
      demi menyuap wang haram ke perut2 engineer2 Proton kaki penipu.. dr CEO sampai ke macai2 pasang kt floor plant

      aku jg dh penah post dulu..
      keta Exora aku awal2 beli dh mcm2 defect jumpa..
      dr masalah seat sampai lah mslh bumper senget, door pasang x align..
      milage baru 7-8k.. tp dh tunjuk ciri2 menjahanam..

      aku dh penah ckp dulu aku TAK HALAL kan sesen pun defect2 yg proton package kn kt Exora aku dunia akhirat!

      pencacai2 kakitangan proton.. lu org takn selamat lah keje menipu dan memperkena pembeli!
      zaman canggih mcm ni pasang bumper senget? panel x cun2 gap. Door driver x align. bila complaint kt SC diorng ckp kena hantar contractor luar.. body work xbuat.. sial 100x Proton..
      1minggu beli baur perasan byk mslh..

      punye susah nk dpt wang keje penat2.. beli Exora Bold Premium igt dh ok kualiti tp sakit kepala nk ke SC claim itu ini.. service lg.. Celaka Proton!

      Aku boleh rasakan perasaan marah kecewa posting 2 di atas.. yg cuab disangkal oleh pentaksub2 Proton buta kayu neh!

      Semoga Tuhan Melaknat Proton!

      Amin!

Leave a Reply