ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penjelasan isu kemalangan Perodua Alza yang tersebar di laman sosial

Views

1601008_969686699725068_1177710762535072194_n

Perodua hari ini telah membuat penjelasan mengenai isu foto kemalangan Perodua Alza yang tersebar di laman sosial. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kerosakan Perodua Alza di laman sosial pada 14 Oktober 2014 sebenarnya disebabkan perlanggaran antara Alza tersebut dengan kenderaan lain.

Ia secara tidak langsung menolak segala tohmahan yang mengatakan gandar belakang kereta itu terpisah dari kerangkanya dengan sendiri. Ini sekaligus menimbulkan isu kualiti pemasangan model Perodua yang sengaja digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Perodua sekali-kali tidak akan berkompromi dalam isu kualiti, kawalan kualiti semasa produksi, jualan dan selepas jualan.

Ini juga merupakan salah satu komitmen utama sebagaimana yang terkandung dalam empat teras transformasinya. Perodua juga mungkin akan mengambil tindakan yang perlu untuk melindungi imej dan namanya daripada sebarang fitnah dan unsur khianat yang boleh menjejaskan reputasinya.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

42 Comments

Leave a Reply