ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pencerahan isu Exora terbakar yang viral baru-baru ini dari pemiliknya!

Views

eP5SdR9-2

Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan isu sebuah Proton Exora yang terbakar di pintu keluar Cheneh di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) pada 17 Februari 2015. Ini adalah pencerahan menganai isu tersebut daripada pemiliknya melalui akaun Facebook Jamil Jamil Ghapor Khan.

” Tuan bagi tahu proton, saya sedia kerja sama bagi tahu keadaan yang berlaku, agar orang ramai tak menyalahkan proton sebagaimana dalam fb dengan andaian yang macam-macam berkenaan exora…. Antaranya seperti berikut: Exora adalah kenderaan yang baik sebelum ini tiada menimbulka sebarang masalah sepanjang 11 bulan sehingga ditakdirkan berlakunya kebakaran ini, dihari kebakaran kenderaan Berjalan lancar sepanjang perjalanan sehingga rasa kenderaan tak gi bila kebakaran nak berlaku, menurut pemndu lori yang berada dibelakang dia dah nampak api yang menyala dari arah belakang bawah lantai tapi tak leh nak bagi tahu supaya berhanti lebih awal…. Dlm fb astro awani ada sedikit komen saya agar orang ramai berhenti memberi komen dan serahkan kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan dan sedikit pandangan tentang punca api yang tidak melibatkan masalah enjin dan kerjasama pegawai-pegawai proton dari kertih, kuantan dan shah Alam…..w’lam –

Jom kita kongsikan kepada orang ramai supaya tiada lagi sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut dan kini siasatan sedang dibuat oleh pihak Proton.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

9 Comments


  • Pernah satu hari, ketika mengekori sebuah Exora, ada serpihan objek ditengah jalan.
    Exora tersebut mungkin menganggarkan ketinggian serpihan yang hujungnya runcing itu lepas melalui bawah badan keretanya.
    atau mungkin pada pandangan beliau itu hanyalah objek lembut seperti serpihan tayar pecah.
    Malangnya, saya lihat Minyak petrol mencurah curah keluar dari kenderaan itu selepas melaluinya..
    saya pasti itu adalah minyak petrol kerana baunya yang sangat kuat masuk ke kereta saya.
    Saya terus menyalakan lampu beam dan hon berkali kali sehingga pemandu itu tersedar dan ketepikan Exora nya.
    Alhamdulillah, keadaannya selamat.
    Tidak berlaku kebakaran.


  • once happened to my friend\s old waja, the fuel hose connecting the tank, swollen and leaked,
    lucky him no fire.
    also to my friend’s avanza ,the tank itself leaked, ,,lucky as well. (small leakage)


  • pernah terjadi kepada kereta persona elegance yg saya miliki sejak 2010. Satu hari ketika balik dari kerja, tiba2 lampu enjin menyala dan enjin mati secara tiba2. sy terpaksa memberhentikan kereta di bahu jalan. diringkaskan cerita, kereta ditunda ke bengkel. rupa2nya penyebabnya adalah fuel filter yang tidak dipasang dengan betul ketika service kereta 2 minggu sebelum itu di pusat servis kereta biasa (bukan pusat servis proton).. Juga didapati tangki petrol longgar..

    untuk kes pertama (fuel filter), ianya tiada kaitan dengan proton, kerana berpunca daripada kecuaiaan ketika pemasangan fuel filter..

    untuk kes pengikat tangki petrol longgar, pandangan sy, ianya berpunca drp kelemahan ketika kereta diservis di pusat servis proton. servis kereta pada mereka hanya sekadar tukar enjine oil, ATF,oil filter, air filter, spark plug dll.. padahal dalam buku servis proton sudah jelas, semasa servis, tiga asas dalam penyelengaraan kereta, iaitu inspect, perform and replace.

    utk pengetahuan, sy menghantar kereta utk diservis hanya di pusat servis proton sejak kereta dibeli hingga Mei 2014


  • Rasanye mcm hand brake x lepas.kereta x blh nak pegi sbb geseran sgt kuat pd disk brake menyebbkan brake pad terbakar…kdg2 mmg lever hand brake dah lepas tapi brake pad msh terlekat pada disk belakang..sbb penah terjadi pd gen2 saya yg dah berumur 10 tahun.tukar kabel hand brake.lepas tukar ok…tp bila bawak lama2 kereta jd berat dan rase susah nak pegi.akhir sekali bau hangit masuk dalam kabin terus berhentikan kereta.mmg brake pad dah berasap dab bernasib baik belum terbakar.


  • Kempen 1 Rumah 1 Kenderaan 1 Pemadam Api

    Harga terus dari kilang……

    ABC 1kg – RM65
    ABC 2kg – RM75
    ABC 6kg – RM110
    ABC 9kg- RM125

    Beli dua diskaun RM5

    Free COD:
    Isnin – Jumaat area Shah Alam
    Sabtu dan Ahad area Sg Buloh

    Item perlu pre order
    Lebih dari 2 unit bayaran perlu bank in

    Call/SMS: 0126931680

    Klang Valley – COD RM10 ( Sabtu dan Ahad Sahaja )

Leave a Reply