ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemeriksaan 30 mata percuma untuk pemilik Proton sebelum balik kampung

Views

proton balik kampung

Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitiri, Proton kini menjalankan pemeriksaan 30 mata percuma untuk semua pemilik kereta Proton di pusat servisnya seluruh negara. Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan kenderaan kepada pelanggan. Kempen tersebut merangkumi pemeriksaan tahap cecair, bateri, bilah pengelap, penutup radiator, operasi pedal, sistem suspensi, sistem sambungan stereng dan bebola, sistem penyejukan, bahan api, sistem brek dan juga tekanan tayar (termasuk tayar ganti).

Selain daripada pemeriksaan percuma 30 mata, pelanggan juga akan diberi konsultasi percuma untuk penyelenggaraan enjin dan kereta. Dengan cara ini ia akan mendidik pemilik bagaimana untuk membezakan alat ganti tulen dengan tiruan dan mereka juga bakal menikmati diskaun untuk alat ganti serta promosi lain.

“Sebagai pengeluar kereta kita mempunyai tanggungjawab sosial untuk mendidik dan menggalakkan kesedaran keselamatan kepada pengguna, terutamanya dalam menyokong seruan kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya semasa musim perayaan dan cuti sekolah. Cara terbaik adalah untuk mendekati pelanggan-pelanggan kami dan membantu mereka supaya ia dapat mengurangkan jumlah kemalangan, ” kata Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Eksekutif Proton.

Untuk memastikan pemilik kereta Proton tidak terlepas mendapatkan pemeriksaan tersebut di pusat servis, Proton juga akan memperluaskan kempen tersebut ke beberapa stesen Petronas terpilih. Pelanggan yang memeriksa kenderaan mereka juga akan membawa pulang beg cenderahati. Program ini, yang dianjurkan bersama Petronas akan diadakan pada 09-15 Julai 2015, 03:00-7:00. Stesen-stesen Petronas yang terlibat adalah:

Kawasan Pusat (9, 10 dan 11 Julai 2015)
Petronas KM 15.3, Stesen Damansara NKVE.

Lebuhraya Utara-Selatan (13, 14 dan 15 Julai 2015)
Petronas Juru, Pulau Pinang.

Kawasan Pantai Timur (13, 14 dan 15 Julai 2015)
Petronas Tok Giring, Terengganu.
R & R Lebuh Raya Pantai Timur, Gambang, Pahang.

Kawasan Selatan (13, 14 dan 15 Julai 2015)
Petronas Stesen Seremban, Negeri Sembilan.

Sempena perayaan musim Raya juga, Proton telah melanjutkan promosi Even More Value mereka dengan kadar faedah serendah 1.99% setahun untuk model Saga dan Iriz terpilih, skim pembiayaan 100% untuk kakitangan kerajaan, tawaran yang luar biasa untuk Graduan dan Mahasiswa, kadar faedah yang rendah untuk kereta Proton yang lain dan banyak lagi. Selain daripada kadar faedah yang rendah dengan komitmen bulanan yang lebih rendah, pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga 26% untuk pakej servis untuk model terpilih. Untuk maklumat lanjut hubungi Talian Khidmat Pelanggan Proton 1800 888 398 atau e-mel kepada [email protected] untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Kenapa hanya check engine tune up perlu dibayar rm 63.00
    Inspection & test ( 60 min ) rm 63.00
    Sedangkan kami hanya ingin tahu masalah kenderaan

Leave a Reply