ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemenang “Caltex JOURNEY Card Swipe and Drive” bawa pulang Mazda3 Skyactiv!

Views

PIC 1

Tahniah diucapkan kepada Yeoh Beng Soot (58 tahun) seorang ahli perniagaan dan juruteknik komputer Mohamad Sukri Md Isa (31 tahun) yang kedua-duanya berasal dari Pulau Pinang kerana menjadi pemenang bulanan promosi “Caltex JOURNEY Card Swipe and Drive” anjuran Chevron Malaysia Limited dan BLoyalty Sdn Bhd (BCARD). Mereka masing-masing  telah membawa pulang sebuah kereta Mazda 3 Skyactiv yang telah diserahkan dalam satu majlis yang diadakan di Berjaya Times Square baru-baru ini.

Selain mereka berdua, 20 orang lagi telah dipilih sebagai pemenang telefon pintar HTC ONE E8 yang bernilai RM1,699. “Kami di Caltex gembira kerana sambutan terhadap program kesetiaan “Caltex JOURNEY Card Swipe and Drive” cukup menggalakkan.” kata Pengerusi Chevron Malaysia, Shahid Ahmed. Di bawah promosi “Swipe and Drive”, pengguna jalan raya dengan Kad JOURNEY Caltex atau BCARD hanya perlu membelanjakan minimum RM40 petrol di mana-mana stesen Caltex untuk layak mengambil bahagian dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik. Walau bagaimanapun, pelanggan yang menggunakan kad leret Caltex JOURNEY mempunyai lebih lima kali peluang untuk menang.

PIC 2

Anda masih lagi berpeluang kerana promosi “Caltex JOURNEY Card Swipe and Drive” telah dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 14 Mac 2015 dengan tambahan kereta Mazda CX-5 dan telefon pintar yang jarang-jarang diperolehi kerana ia bertatahkan emas 24 karat serta bernilai RM5,000 iaitu HTC ONE E8. Selain itu terdapat lagi terdapat sebuah Mazda 3 Skyactiv, 10 unit telefon pintar HTC Desire MATA dan kad prabayar StarCash Caltex bernilai RM200 setiap satu untuk dimenangi bagi tempoh promosi dari 15 Januari – 14 Februari. Maklumat lanjut mengenai promosi”Swipe and Drive” sila layari www.bcard.com.my atau www.caltex.com.my

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply