ARKIB

KATEGORI

Buletin

PANAS : Toyota Innova bakal ganti Proton Exora sebagai TEKS1M?

Views

541578_551561821533974_1487480415_n

*Foto hiasan

Memetik laporan www.thesundaily.my Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) bakal memilih Toyota Innova bagi menggantikan Proton Exora sebagai TEKS1M. Perbincangan telah diadakan antara pihak (SPAD) dengan Toyota dan juga Nissan bagi memuktamadkan pembekalan 7,500 unit kenderaan TEKS1M menjelang akhir tahun 2015. Butiran perbincangan tersebut telah pun dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada awal tahun ini.

‎SPAD dikatakan kecewa dengan kelewatan pengeluaran dari pihak Proton untuk membekalkan unit TEKS1M 1.6 liter pada skala besar yang menjadi imej baharu industri teksi. Dengan perkembangan tersebut ini bermakna unit Toyota Innova 2.0 liter kini sedia untuk dijual sebagai TEKS1M pada harga RM‎73,228 untuk transmisi manual dan RM76,011 untuk transmisi automatik dengan tempoh pengeluaran akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk disiapkan.

Walaupun bagaimanapun, pihak SPAD kini masih berunding dengan Toyota untuk mengurangkan lagi harga yang ditawarkan untuk memastikan ia mampu dimiliki dan ekonomikal untuk jangka masa panjang bagi syarikat dan pengusaha teksi yang akan memilikinya. Ketika ini hanya 1,000 Proton Exora untuk TEKS1M telah dibekalkan di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Dijangka 42,642 unit teksi bajet dan eksekutif akan beralih kepada kenderaan TEKS1M dalam tempoh 5 tahun. Difahamkan TEKS1M baharu dari Toyota bakal dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Sistem Perkhidmatan Teksi Bersepadu (CTSS), tangki gas NGV, mesin tanpa tunai dan lain-lain.

* Nampak gayanya bukan sahaja pembangunan model baharu dan jualan Proton agak lembab, isu ini makin menambah kesengsaraan pihak Proton dalam jangka masa yang agak lama. Jom kita bincangkan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

24 Comments


  • Sejak awal perlaksanaan teks1m lagi org spad dah kecewa dgn pemilihan exora… proton sepatutnya ambil peluang ni buktikan exora reliable dan boleh produce banyak.. tapi tu lah.. proton …


  • Aku rasa isu sebenar adalah untuk balas dendam terhadap Tun Dr Mahathir (Proton). Tak hairan nanti kalau tiba-tiba Accordana pun kena cancel.


    • Ya! isu balas dendam.. Kebanyakan pemandu teksi memilih exora yang mana haganya lebih rendah.. Pinjaman bulanan exora kurang membebankan berbanding innova.. Kos maintenance Exora juga lebih rendah berbanding innova.. SPAD membebankan pemandu-pemandu teksi untuk membiayai innova yang mahal..


    • Aku pun rasa. Masakan proton gagal supply. Produksi kilang Proton berada bawah kapasiti pengeluaran maksimum. Sudah tentu Proton boleh deliver kalau kerajaan order Proton. Memang semenjak Tun Mahathir tak jadi PM, kerajaan lebih gemar import barang luar. Polisi beli barang tempatan sudah tak ada lagi. Bukan Proton je malah Pemilik perniagaan tempatan juga susah cari makan sekarang sebab kerajaan asyik pakai barang dan konsultan luar. Hampehhh. Zaman kita nak cari job dengan government sudah berakhir. Malaysia akan melingkup.


  • Mmm… mcm ada yg x kena…mmm. Mcm x caya jer kalau kata prootn xleh penuhi keperluan. Ker mmg cari alasan xnk guna model exora sbb guna 1.6 liter berbanding 2.0? Kalau guna Innova RM76k kalau guna exora RM59k…. kalau utk teksi eksekutif boleh la Innova nie, kalau teksi bajet mcm tak mesra mampu milik jer utk pemandu teksi. Pastu siap dh bincang lagi dgn pihak Nissan plak. 7000 unit tu, sapa yg xnk sambar peluang kn?:P So SPAD, nie ker major prob n plan utk membersihkan title ‘perkhidmatan teksi paling teruk di dunia’ pada kaca mata org luar?

    Harap sgt SPAD ada plan menyeluruh utk memperbaiki sistem servis teksi terutama utk kegunaan bandar. Rujuk la bandar2 ternama (London, Paris, New York, even Singapore dll.) bagaimana perkhidmatan teksi mereka diurus dgn penuh terancang. Nie kejap exora, pstu bagi alasan nk tukar innova plak, pastu bincang plak dgn nissan mgkin berangan nk guna NV200 konon nk ikut (bukan rujuk) mcm london n new york guna pakai. Sebelum tu, kalau ada masalah dgn prootn, mcm la x bleh bawa berbincang utk suite dgn target.

    Selain penggunaan teksi baru,SPAD tolong la tengok2kn teksi2 lama yg dah mereput pun masih diguna pakai. Mmg sakit mata bila tengok teksi model saga yg dh berusia lebih 25 tahun pun masih beroperasi. Perkhidmatan teksi nie dah jadi mcm duta kecil kepada negara. Tu belum lagi yg menipu n x pakai meter, attitude pemandu teksi dll. Pasni, kalau sumer teksi m’sia guna model MPV pun lagi ok. La nie x seragam. Cuba tengok teksi kat s’pore. standard hampir sumer sekurang2nya model kereta teksi dari C segment n pemandu teksinya ada kod etika pakaiannya. Kat sini pun bleh buat apa. Dan lagi patutnya permit teksi prlu lebihkan kat syarikat2 swsta berbanding personal, supaya SPAD mudah pantau peraturan dll. melalui syarikat2 nie jer, lagi mudah. La nie 50-50% kn?… sekadar luahan.. huhu.

    Patutnya teksi kita gunalah produk tempatan yg bersesuaian. Exora tu mmg dah sajak dh sebagai teksi teks1M. Ada identiti M’sia. 1.6nya pun setanding 1.8 n 2.0 model setara kn? Jgn nanti ada org luar konfius nie kat M’sia ker Indon sbb kat indon Innova nie bersepah kat sana. Kat sini jer akan jadi duta kecil represent M’sia sebagai teksi…adooii.

    Cheers!


    • Kenyataan pernah dileluarkan Oleh SPAD dimana menjelang tahun 2020 tiada lagi syarikat menguasai permit teksi.. Target 100% permit induvidu dikuasai SPAD sendiri..

      Situasi…
      Permit induvidu, Kereta yang telah mencapai usia 10 tahun perlu diganti, pemilik permit blacklist bank atau tidak layak untuk pinjaman.. Permit induvidu tersebut diserahkan kepada syarikat pengangkutan ( syarikat menguasai permit induvidu tersebut ), syarikat belikan teksi Baru untuk pemilik permit dengan sewaan rm50 hingga rm150 sehari…

      Inilah situasi di Malaysia.. Permit teksi induvidu tetapi Kereta milik syarikat pengangkutan


        • Patut komen macam hampeh, rupa2 tau harga utk pegi langgan disco.

          Fikir2kan… memalukan sahaja pemberi diri sendiri. Ramai yg mendengar dan melihat.


          • Bro Joe

            Lesen Disko ni tergolong dalam lesen hiburan dan lesen hiburan adalah RM50 sehari bersamaan 18,250 setahun. Nak tau Apa persamaan lesen hiburan dengan yuran disko?

            1. Lesen hiburan DBKL yang keluarkan
            2. Yuran disko tuh tokei disko yang keluarkan.

            Adakah dengan tahu lesen hiburan sebanyak itu maka automatik akan jadi pelanggan disko?

            Sungguh ikhlas dan bernas komenmu.

            P.s. Bernas yang dimaksudkan disini adalah cerdik dan pintar. Tak ada kena mengena dengan Bernas (Beras Nasional). Satgi salah paham plak kata aku kerja kat Bernas.


  • TAK CERDIK LANGSUNG PILIH INNOVA. BAWAK TAK SEDAP – BUMPY MACAM BAWAK LORI, PENGGUNAAN PETROL TINGGI, SAYA DAH GUNA INNOVA 8 TAHUN. TAU SIKSANYA . BAB SERVIS JANGAN CAKAPLAH ..DAH LAH LEMBAB MAHAL PULAK BARANG DAN SPARE PARTS. AT LEAST EXORA BETTER SERBA SERBI. ENJIN ADA SOUND TAK MENYENANGKAN BILA SPEEDOMETER 100. JANGAN TERPEDAYA DENGAN NAMA TOYOTA.


  • Adakah berita ini ada kaitan dengan keluhan pemandu teksi dalam buletin utama malam tadi? mereka mendkawa teksi proton kerap rosak dan tidak selesa.

    Nampaknya pemandu teksi pun dah mula beralih arah..

Leave a Reply