ARKIB

KATEGORI

Buletin

PANAS : Sebuah model keluaran tempat sedang disiasat ASEAN NCAP!

Views

logo asean ncap

Ini berita yang agak mengejutkan industri automotif negara. Menurut laman sesawang rasmi www.aseancap.org sebuah model keluaran tempatan kini sedang disiasat berkenaan dengan laporan pengguna yang mendakwa pengeluar kereta tempatan tersebut telah mengeluarkan penyangkuk top tether dari model tersebut.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung ASEAN NCAP, Khairil Anwar Abu Kassim, ketiadaan fungsi tersebut (yang dipasang pada model ujian) pasti akan mendatang kesan terhadap keputusan Penilaian Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) dalam ujian yang telah dijalankan. Perubahan atau pengecualian bagi spesifikasi ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Tambah ASEAN NCAP lagi, tindakan tersebut amatlah tidak bertanggungjawab dan tidak wajar kerana ia melibatkan isu keselamatan. Jika dakwaan tersebut benar, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi dan akan mendedahkannya pada umum. Namun, buat masa ini model dan pengeluar kereta tempatan yang dikaitkan dengan isu tersebut tidak dinyatakan.

Surat tunjuk sebab akan dihantar kepada pengeluar kereta tersebut dengan permintaan supaya mereka mengemukakan cadangan untuk memulihkan situasi tersebut. Hasil dari perbincangan tersebut nanti bakal menyaksikan model tersebut akan diuji semula dengan spesifikasi lebih rendah atau penarafan yang telah diberikan akan digantung. Disebabkan perkara ini ASEAN NCAP turut menyiasat model dan pengeluar lain yang telah menghantar kenderaan mereka untuk diuji sebelum ini.

* Model apakah dan pengeluar manakah yang telah kantoi ni? Kita tunggu je lah ye, jangan terkejut pulak. Sediakan kuaci dan bertih jagung anda! Hahaha…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments

Leave a Reply