ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

PANAS : Prototaip Modenas TTR200 Cafe Racer!

Views

modenas cafe racer 2

Adakah ini model baharu Modenas? Rakan kita Mohd Amien telah berkongsi beberapa foto unit prototaip Modenas TTR200 Cafe Racer yang telah dipertontonkan secara tertutup baru-baru ini. Motosikal berkonsep retro klasik ini sangat unik dan berkemungkinan besar akan dilancarkan tidak lama lagi. Difahamkan model ini masih lagi diperingkat ujian sebelum ia diperkenalkan secara rasmi.

Modenas TTR200 Cafe Racer juga mungkin boleh dikatakan sebagai jelmaan semula Jaguh dalam bentuk lain. Ia bakal menggunakan enjin 213.4cc empat lejang SOHC, sejukan cecair dengan padanan transmisi 5-kelajuan. Kerangkanya pula menggunakan doudle cradle, tubular frame. TTR200 juga dilengkapi dengan sistem penghidup elektrik, sepit udang hadapan teleskopik dan penyerap hentakan belakang berkembar.

* Saya pun tidak pasti bilakah model ini akan dilancarkan. Modenas juga bakal memperkenalkan sebuah kapchai berkapasiti enjin 115cc menggunakan suspensi “Monoshock” dalam tahun ini juga. Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

modenas cafe racer 1 modenas cafe racer 3 modenas cafe racer 4 modenas cafe racer 5

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

24 Comments


  • Adoiii…harap2 modenas bole la kuarkan naked bike 150cc ke…250cc ke..harga same macam naked lain pon takpe..asalkan spare part kompom senang dapat n murah..naked brand lain dah la mahal..susah lak tu nak carik spare part kat kampung2..please modenas…naik moto tak la jem nak keje…jimat sket…


    • Jadi utamakan keperluan drpd lagak tu…..jelas mcm ko ni tak mampu nak pakai bike naked sbb spare part mahal dan kemudian paksa org lain ikot kehendak ko….bina moto murah supaya besok boleh mengutuk lagi psl moto murah tu. Jelas sekali ko menyimpang dan punya maksud lain nih.


  • Mana Kapcai enjin 175cc nih. Simpan ja ka. Kalau nak keluar model nih tak salah tapi berapakah target jualan bulanan? Memang ada yang minat model retro nih tapi kalau berbanding model naked rasa lebih ramai orang yang minat. Ingat zaman kegemilangan modenas adalah masa model kriss model pertama. Walaupun tak ada track record tapi orang ramai beli model itu. Kenapa? Salah satunya cc nya 110 berbanding ex5 cuma 100. Bentuk yang menarik dari Ex5.


    • Penyengat negative dh sampai….. jom baca track rekod komen MrDDR ni…. mulut mengalahkan neraka…dan adab berkomen hancur. Semak balik sifat anda tu…..supaya jelas dan suci.

      Dia ni memang trend mengomen negative atas apa sahaja brand tempatan kecuali PERODUA dan produk luar negara. Fail drastically…..when anda komen tu telah nampak jelas bertujuan meninggalkan sifat negative kedalam hati pembaca + pencari masalah yg takde kaitan dgn. produk baru itu dikeluarkan…..

      Komen dia ni cuma bagi memastikan segala keluaran tempatan berkubur……jadi niat di hati ko tu kena benar…MrDDR. Cuba kritis konon tapi fail pada trend mengomen yg jelas negative pd setiap komen terhdp produk tempatan di blog ni….. bukti dah ada dlm semua komen anda disini. RAMAi2 JOM TENGOK PERANGAI DIA NIH SIKIT.


      • Brader. Nampak gaya cam lu je negative ni. Komen dia purely pandangan dia. Ko plak personal attack.

        Sudah la bro. Hormati perbezaan raikan persaman.


        • Perbezaan tu perbezaan lah takde hal pon…..

          Lagi pelik dan memang tak paham adalah…… produk belom keluar…. tapi komen bagai ingin melihat member melingkop.

          Kalu kena pada perniagaan sepupu-member-ahli keluarga sendiri ….. memang konfim komen benda2 baik je..

          Ingat ramai yang melihat, membaca, mengkaji atas apa yg di tulis tu…

          Kena dh sebijik. Jom muhasabah.

          Ingat semua……ikhlas dalam mengomen & beradab, sepatutnya kita kena lihat :-

          1. kesan komen itu kpd hari pembalasan.
          2. kesan komen itu kpd hati,
          3. kesan komen itu kpd emosi,
          4. kesan komen itu kpd perniagaan tu dan kumpulan pekerjanya,
          5. kesan komen itu kpd pengosip dahaga hati yang hitam,
          6. kesan komen itu kpd penilai / pemerhati,
          7. kesan komen itu kpd sahsiah diri (positif ke negatif),
          8. Kesan komen itu kpd masyarakat.

          Peringatan kpd mereka yg telah melakukan kesilapan mulut, sedang melakukan kesilapan mulut, dan belom melakukan kesilapan mulut.

          Ada ramai yg memerhati…… BERHANTUNYA BLOG ni


          • Komen aku mungkin tak ikhlas kerana susun atur bahasa tak seindah sasterawan negara untuk dibaca

            Komen aku mungkin tak ikhlas kerana tidak dimula dengan bismillah dan disudahi dengan sodaqullah.

            Komen aku mungkin tak ikhlas kerana komen dan pandangan adalah lahir dari hati aku sendiri bukan ahli politik.

            Komen aku tak ikhlas kerana tak layak jadi calon PU

            Komen aku hanya akan ikhlas kalau aku kutuk Perodua dan kompeni lain selain Proton.

            What is ikhlas anyway??


          • What is ikhlas anyway??

            You have answer yourself…..

            “Komen aku hanya akan ikhlas kalau aku kutuk Perodua dan kompeni lain selain Proton.”

            So from your own statement, we understood that:-

            1) You only be sincere when you bash Perodua and other company except Proton.

            2) This means you don not sincere when commenting about Proton. Now we know your true niat and bias comment.

            3) Thank your for being such sincere so that we now acknowledge your clumsiness and lacking.

            So pity, better you revise back your niat and muhasabah on your action of clumsiness. Tq. May GOD give you room on your taubat appeal.

            We are only GOD servant, who reminding our community and ourselves towards good deeds. It is a part of our responsibility as humans to remind others that really in needs.


  • WOw…..bagi aku …..keluar je moto ni….2 sekali angkat. Boleh ronda ala retro……200 cc mmg mantap. Terbaik. Tak sabra menunggu…… KEEP UP THE GOOD JOB.


  • good move modenas, daripada jd market follower dengan keluarkan neked, lebih baik kluarkan model ni, walaupun bukan market pioner, tapi still tak banyak manufacturer yg produce…. good job


  • tak banyak molded parts, which is good dan banyak part boleh ambik dari model lain dan modify sebelum pasang, contoh macam mud guard dan head lamp cover.
    mungkin yang berminat kepada modification akan pilih motor ni.


  • This is good, we hope it goes with car as well which produa has forgotten to do so.
    not sure about proton where the can add some retro bits to their product, can they ?


  • Kalau betul nak launch, hope Modenas ubah logo model, terlampau ikut Triumph. No original. Or, rename it. Laksamana 200 ke? Baru handsome. Lampu signal kalau circular design, baru kena dengan tema retro. If only ada 250cc version soon, priced below 10k, that’ll be lovely. And kalau nak stick dengan typography baru “Modenas”, better decide nak letak untuk model TTR only or the whole Modenas has to change the image. If not, stick to the old typography, baru ada identity. Anyway, terbaik lah! Triple thumbs up!

Leave a Reply