ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

PANAS : Lagi foto terbaharu model kapchai Modenas!

Views

modenas CT115

Ini foto terbaharu model kapchai Modenas yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Nampak lebih jelas rupa dan bentuknya yang nampak garang walaupun kapasiti enjinnya cuma 115cc. Menurut maklumat yang diterima, pada asalnya model ini sepatutnya dilancarkan bersama model Modenas Ace115 namun perancangan tersebut dibatalkan saat akhir.

modenas CT115 side view

Tambahnya lagi model ini adalah versi kedua CT yang direka bentuk sepenuhnya oleh Modenas. Rekaannya tampak lebih menyerlah dan menarik, khusus untuk memikat hati pembeli dari golongan muda yang sentiasa mengikut gaya dan trend terkini. Kerangkanya juga merupakan rekaan terbaharu dari Modenas yang boleh diguna pakai untuk model masa depan dan perubahan kosmetik.

Ketika ini Modenas juga dikhabarkan sedang menguji enjin berkapasiti 150cc hasil usahasama dengan syarikat dari Austria. Adakah syarikat tersebut KTM dengan model Duke dan lain-lain? Kita nantikan info selanjutnya!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments

Leave a Reply