ARKIB

KATEGORI

Buletin

PANAS : Intai-intai bahagian sisi GSC @ P2-30A!

Views

peek a boo side

Foto ini baru sahaja diemailkan kepada saya sebentar tadi. Kali ini foto yang dikirim memaparkan imej bahagian sisi GSC @ P2-30A. Saya rasa ianya adalah sambungan kepada foto pada artikel intai-intai lampu hadapan Proton GSC @ P2-30A.

Walaupun resolusi foto agak rendah dan kurang jelas, namun kita sudah boleh melihat sedikit sebanyak rupa bahagian sisi model ini, terutama bentuk tingkap dan cermin sisi yang terletak pada badan kereta (ala Ford Fiesta). Nampaknya rekaan Ford Fiesta banyak mempengaruhi gaya rekaan GSC @ P2-30A. Difahamkan Ford Fiesta menjadi salah satu model penanda aras dalam pembangunan GSC @ P2-30A.

Apa pendapat anda? 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

44 Comments


    • Yes, the door pillars are body colour coated and not blacked out. Usually, the pillars are blacked out on the higher spec models, it is the same for all car companies.


  • hrp2 proton hitamkan door pillar tu utk sume variant… nmpk class skit.. even a small modification can make a big visual difference.. anyway, it looks promising


  • kalau berpandukan gambar tu, rasanya side profile GSC ni takde kontur seperti preve. Nampak plain je.

    so kena tunggu gambar yg lebih jelas.


  • Dia nk launch bln 10 tp gmbar spy da blambak dlm blog..Kali ni lebih focus & detail ..mgkin proton nk tau klemahan dr segi design yg masih ada melalui komen & pndpt peminat pd web n blog2 automotif…sempat ke nk buat comeback..kata launch pon bln 10..?


  • Harini baru je dapat sentuh door trim gsc ni.. Boleh dikatakan kualiti memang banyak improvement..no more shiny plastik macam saga. Teksture lebih lembut berbanding model2 proton yang lain.


  • biar launch lambat sikit tapi launch dengan kualiti lebih baik dari Preve. Jangan ada masalah enjin macam Preve masa mula2 launch.


  • Salam sejahtera,

    Proton mula membangunkan enjin buatan mereka sendiri yang dikenali sebagai enjin Campro pada tahun 2000 sebagai salah satu langkah menjadi pengeluar kereta yang mampu berdikari menggunakan teknologi sendiri tanpa perlu bergantung harap kepada pengeluar kereta lain seperti Mitsubishi. Enjin tersebut dibangunkan bagi membuktikan keupayaan Proton membina enjin yang bukan sahaja berkuasa tetapi juga mampu mematuhi piawaian emisi yang lebih terkini. Prototaip enjin Campro mula dipamerkan pada 6 Oktober 2000 sebelum mula digunakan secara rasmi pada tahun 2004 bermula dengan kereta Proton Gen-2.

    Teknologi utama yang dicanang-canangkan semasa Proton Gen-2 mula-mula hendak dikeluarkan sudah tentulah teknologi Penukaran Profil Sesondol (CPS). Namun, semasa Gen-2 mula-mula dikeluarkan, teknologi tersebut tidak pula diterapkan. Peminat automotif tempatan terus menanti dan menanti dengan penuh sabar sehinggalah teknologi tersebut mula digunakan pada Proton Waja CPS dan Proton Gen-2 CPS pada tahun 2008. Enjin Campro CPS seterusnya digunakan pada Proton Satria Neo dan Proton Exora.

    CPS merupakan satu teknologi pemasaan injap boleh laras yang dibangunkan oleh Proton bersama-sama anak syarikatnya Lotus yang bertujuan bagi meningkatkan kuasa enjin tetapi dalam masa yang sama pula menjimatkan penggunaan bahan api. Teknologi tersebut juga telah dilesenkan kepada Volvo dan Porsche (bagi melengkapkan sistem pemasaan injap boleh laras Variocam) melalui Lotus. Konsepnya sama seperti enjin VTEC Honda yang melaras bukaan injap melalui penggunaan dua jenis sesondol yang berbeza saiznya – sesondol bukaan kecil bertujuan bagi penjimatan bahan api, manakala sesondol bukaan besar pula bertujuan bagi peningkatan kuasa. Namun, CPS berbeza dengan VTEC kerana CPS melaras bukaan injap dengan mengunci atau membuka tapet boleh laras, manakala VTEC pula mengunci atau membuka lengan jumpelang.

    Sayangnya, Proton seakan-akan sudah mahu melupakan teknologi CPS yang dibangunkan mereka sendiri setelah mereka berjaya membangunkan enjin turbo Campro CFE untuk dipasang pada Proton Exora dan seterusnya Proton Preve dan Proton Suprima S. Proton sepatutnya berbangga dengan teknologi CPS sebagai teknologi flagship mereka dan seterusnya berusaha keras untuk menjadikan enjin Campro CPS lebih berkuasa dan lebih jimat minyak. Lihat sahajalah Honda yang begitu berbangga dengan teknologi VTECnya serta sentiasa berusaha menambah baik teknologi VTEC mereka, sehinggakan kesemua kereta keluaran mereka kini dilengkapi teknologi i-VTEC sebagai ciri standard.

    Keputusan Proton untuk menggunakan enjin IAFM+ dan bukannya enjin CPS sebagai pilihan enjin bagi varian berspesifikasi rendah bagi Proton Preve ternyata merupakan satu kesilapan yang begitu besar buat Proton. Jika enjin IAFM boleh dikatakan cukup-cukup “ngam” untuk digunakan pada kereta Proton Persona seberat lebih kurang 1.2 tan, enjin IAFM+ yang ditala semula untuk digandingkan dengan kotak gear CVT pada Proton Preve itu pula bukan sahaja semakin tidak berkuasa (ia hanya mampu menghasilkan 108 bhp @ 5,750 rpm berbanding enjin IAFM lama yang berupaya menghasilkan 110 bhp @ 6,500 rpm), malah enjin yang tidak cukup berkuasa itu pula terpaksa menarik kereta Proton Preve yang seberat 1.3 tan. Sebab itulah permintaan terhadap Proton Persona kekal tinggi, sungguhpun ia sepatutnya digantikan oleh Proton Preve. Jika Proton dari awal-awal lagi memilih enjin CPS dan menalanya semula untuk disesuaikan pada kotak gear CVT, sudah tentulah tidak akan ada suara-suara sumbang yang mengkritik Proton kerana menggunakan enjin yang kurang berkuasa untuk menarik badan kereta yang lebih berat.

    Mungkin ada di kalangan jurutera automotif Proton yang membaca entri ini kurang senang dengan komen yang saya berikan ini. Namun, harus diingat bahawa jika kuasa enjin tidak mencukupi, ia akan menyebabkan enjin hilang kuasa ketika diperlukan, seperti semasa memotong dan keluar masuk simpang. Jika tidak sempat untuk memotong ataupun keluar masuk simpang sebelum kereta dari arah bertentangan tiba, anda pastu tahu apa akibatnya. Justeru, berbaloikah memilih enjin yang tidak cukup berkuasa hanya atas dasar mahu menjimatkan kos semata-mata jika nyawa pemandu menjadi taruhan…?

    Saya ada cadangan bagi menjadikan enjin CPS itu lebih jimat minyak daripada sebelumnya, di samping mengurangkan kos pembinaannya – jadikan mekanisme CPS berfungsi lebuh kurang sama seperti i-VTEC. Bagaimana hendak melakukannya…? Mekanisme CPS hanya perlu dipasang pada salah satu daripada dua injap masukan bagi setiap silinder, manakala injap masukan yang satu lagi pula menggunakan sesondol tetap biasa. Dua profil sesondol yang perlu digunakan ialah bukaan injap sifar serta bukaan injap sepenuhnya. Bukaan injap sifar membolehkan enjin memasuki mod 12 injap, yang mana hanya satu daripada dua injap masukan bagi setiap silinder dibuka. Ia seterusnya mengurangkan penggunaan bahan api pada kelajuan rendah bagi penjimatan bahan api maksimum. Pada kelajuan lebih tinggi pula (sekitar 2,500 rpm), pin pengunci akan mengunci tapet, dan profil sesondol bukaan injap sepenuhnya akan diaktifkan, membolehkan enjin memasuki mod 12 injap untuk kuasa maksimum. Bagi enjin 1.6L ke atas, elok digandingkan dengan mekanisme VVT untuk kawalan penuh bagi pemasaan injap, sekaligus menjadikan enjin CPS itu lebih jimat minyak dan lebih berkuasa pada masa yang sama. Oh, mekanisme CPS kali ini perlu diubahsuai semula supaya ia bukan sahaja diaktifkan oleh kelajuan enjin semata-mata tetapi turut diaktifkan mengikut kedudukan pendikit – jika injak pendikit hanya ditekan sedikit sahaja semasa kelajuan tinggi, mod 12 injap perlu diaktifkan bagi penjimatan maksimum. Jika injak pendikit ditekan banyak untuk pecutan maksima, enjin akan memasuki mod 16 injap lebih awal daripada sepatutnya. Konsep ini lebih kurang sama seperti teknologi i-VTEC Honda. Untuk pembakaran bahan api yang lebih cekap, enjin CPS yang ditambah baik itu perlu menggunakan gelung penyalaan di atas palam pencucuh seperti pada enjin IAFM bagi menggantikan pek gelung yang lama (ketiadaan kabel palam pencucuh mengurangkan kehilangan kuasa pada kabel).

    Dengan cadangan penambahbaikan teknologi CPS ini, Proton boleh membina enjin CPS 1.5 liter bagi menggantikan enjin IAFM 1.6 liter, kerana enjin CPS 1.5 liter sudah tentu lebih berkuasa daripada enjin IAFM 1.6 liter serta lebih jimat minyak pada semua kelajuan enjin. Selain itu, penambahbaikan teknologi CPS seharusnya membantu menyelesaikan masalah enjin tidak cukup kuat pada Proton Preve IAFM. Teknologi CPS yang ditambah baik ini juga seharusnya diterapkan pada enjin CFE serta keluarga enjin Petronas E01 yang telah dibeli patennya oleh Proton. Justeru, kita sudah tentu dapat menyaksikan lebih banyak varian produk yang diasilkan oleh Proton hasil daripada teknologi CPS ini. Oleh itu, Proton seharusnya berbangga dengan teknologi CPS yang dimiliki oleh mereka dan tidak mengabaikan sahaja teknologi sebegini yang berpotensi mencabar teknologi pemasaan injap boleh laras yang lain seperti i-VTEC, MIVEC dan VVT-i.

    dipetik drpd http://blogjalanraya.blogspot.com/2014/03/teknologi-penukaran-profil-sesondol-cps.html


  • Ride and handling – tak ada masalah, malah inilah kekuatan Proton
    Design – boleh tahan terutama Preve serta Suprima S
    Enjin – Pertengahan, tapi ok le buat masa ini dengan CFE. Mana hasil project buat enjin baru?
    Kualiti dan cat luaran – tak ada masalah, sebaik jenama lain dalam kelas yang serupa.
    Harga – nak banding dengan siapa lagi malainkan Produa, tiada isu.

    Jadi kenap susah jual dan banyak orang hentam?

    Bagi saya, masalah utama Proton adalah kemasan dalaman yang dibuat dari bahan yang murah dan memang nampak murah, Plastik keras dengan tona warna yang membosankan merata-rata. Steering yang membosankan. Kualiti tempat duduk yang rendah dan mudah lusush.

    Proton, beri tumpuan lebih pada bahagian dalam. Dapatkan dashboard dari kauliti yang baik walau terpaksa naikkan sedikit harganya atau biar berkurangan sedikit keuntungannya untuk menarik hati pembeli. Jika pembeli dah selesa dengan kualiti dalaman dan telah mempercayai kualiti Proton, lama-kelamaan mereka tak kisah sangat jika harga dinaikkan sedikit.

    Tolonglah, mulakan dengan GSC ini


    • Seat suprima s sudah pastinya bukan kualiti rendah. Mercedes,BMW pun guna OEM seat yang sama. Dashboard pun ada softtouch plastic. Tapi kegunaan plastic2 ni tak kena pada tempatnya.


      • Aku baru beli Exora Bold CFE, performance engine & handling oklah.. not bad. Tp too bad pasal interior.. plastic part fitting teruk jugak. Second row seat yg single boleh folding tu dh “eekkk eiikk”.. bila sandar dia ada clearance gerak.. kecewa jugak baru je 45 hari..
        awal2 dapat, door depan sebelah penumpang melekuk2-waving. SC ckp itu common.. asal dr moulding.. then AIR BAG SRS sebelah penumpang.. cover dashboard tu waving jugak.. sakit mata.. kwn2 tegur..kenapa keta baru tp rupa mcm tu.. kecewa.. price RM78,800 tp dpt keta mcm ni!!

        kenapa dlm org masih xpercaya kt Proton pihak pengurusan atas sampai bawah masih nk bodohkan pembeli.. kenapa susah sgt nk JAGA KUALITI.. kalau dh design kurang menarik..tp fitting dn parts kualiti pembeli takkan kecewa.. i


        • Yg herannya SC jawab..”memang macam tu pun..” so bg diorng plastic part longgar/cacat/melengkung tu biasa? so QC department di kilang pulak makan gaji buta? boleh lepas sampai batch 2014 still carry part yg cacat.. bg Proton asal keta tu boleh jalan.ada aircond.. benda2 kecik2 ni cukup2 makan je?lantaklah?

          mcm mana nk enter global market dgn berjaya jika mentaliti di peringkat pengurusan korup mcm ni. Model laku mcm Exora sptutnya mau jaga kualiti supya persepsi pemilik dan org yg tumpang 7 org tu akan ckp Proton bagus. Ni srg aku naik malu plak member2 tegur.. apesal baru beli byk part yg longgar/senget? aduhh..sedih2

          Skrg aku tgh tunggu feedback dr We CARE..email semua gambar2 part2 cacat tu.. bkn 1 tempat.. 4-5 tempat..rugi masa, kos, jiwa sakit… gila la mcm ni..beli keta baru mahal2.. last2 kita pulak nk kena jd QC staff bg Proton.. QC Proton buta kayu.. fitting bumper depan belah passenger semua batch misaligned.. tp tk betulkan.. mentang2 lah org Malaysia ni tk cerewet..so Proton xde self-effort nk detect dan betulkan..main keluar je keta xde inspection!! GSC? nk tunggu GSC plak baru nk kualiti?
          mcm tu ke cara berniaga Proton?
          Mcm manusia jg lah.. tunggu ada anak 4 baru nk start Solat penuh atau jadi baik??

          Sbb tu ramai org menyumpah2 Proton, bg beban pd owner pikir mslh itu ini.. jd xberkat dan xboleh nk maju.. geram!!


          • tambah pulak gi kat SC yg anak buah depa buat keje sambil lewa.. lagi naya…kita komplen masalah keta abru beli.. depa pulak buat ndak tak ndak.. banyak masa dan cuti terbuang dek ulang alik ke SC .. bab ni yg paling menyampah..

            proton kena berubah dari bawah.. maksud aku dari ejen ejen yg jual keta , pomen pomen yg kat pusat servis .. sampailah anak buah depa kat kilang sehingga kat atas sekali..

            kalo semua ni tak berubah dan tak dibuat secara tegas dan konsisten…. jangan harap proton boleh lawan syarikat keta yg lain..

            tunjuk la kualiti enjin hebat macamana sekalipun.. kalo part part yg depan mata mcm macam dashboard bunyi kruk kruk.. bunyi bergetar,.. bila undur radio jadi bising tak pepasal.. alignment tayar lari..stereng bergetar..

            tu belum lagi part lain..banyak yg boleh diceritakan pasal proton ni.. yg baik tuh ada tapi cerita yg buruk lagi banyak.. sehingga menenggelamkan yg baik…

            bukan nak kondem.. tapi hakikatnya benar.. aku dah pakai 3 keta proton.. savvy .. exora cps (dah trade in) dan sekrang exora CFE.. masalah hampir serupa jer..

            kalao pihak pengurusan dan atasan proton baca apa aku tulis ni.. sila la buat perubahan secara tegas dan konsisten .. aku kdg kdg terdetik gak dlm hati.. mungkin lain hari kalau ada rezeki.. aku takkan beli dah proton.. mungkin cuba guna kereta jenama lain.

            sebab tu kereta poroton baru yg GSC ni aku tak berharap sangat dengan kualiti .. mungkin hasilnya sama je mcm kereta yg lepas lepas.. sekian..


  • Org melayu ni x cerewet..tp sekali dia cerewet mengalahkan org yg betul2 cerewet..;-)…rasanya benda ni jd sbb berkait dgn byk order yg pending dan masa suntuk..production pon nk cpt then QC pon cek lebih kurang jela..kang bila keta lmbat dpt owner pulak komplen..”ape proton buat kja lembab”..:-)..lg satu budaya kualiti ni kurang dlm kehidupan sehari-hari kita..sbg cth budaya kebersihan..byk kekurangannya..jd kalau x diamalkan amat sukar nk di terapkn dlm alam pekerjaan..


  • TOLONGLAH PROTON BERUBAHLAH SEMUANYA. SEBELUM HIDUP ANDA SEMUA BERUBAH.

    KAMI BERKORBAN DAN IKHLAS MEMBELI KERANA KAMI SAYANG KEPADA PROTON.

    KAMI DI LUAR DAN JUGA WARGA PROTON BERKONGSI TUJUAN YANG SAMA MENCARI REZEKI UNTUK KELUARGA.

    KAMI DI LUAR MEMBELI KENDERAAN PROTON KERANA MAHU MEMBANTU SAUDARA KAMI DI PROTON MAKA BALASLAH PENGORBANAN KAMI DENGAN MEMBANTU KAMI MEMBERI KENDERAAN YANG TERBAIK KEPADA KAMI.

    KAMI PEMBELI TIADA SEGAN SILU DAN PENAT LELAH MEMBERI KHABAR BAIK TENTANG PROTON KEPADA SAUDARA-SAUDARA KAMI DI LUAR TENTANG KEHEBATAN PROTON.

    KERANA KAMI PUAS DAN GEMBIRA DENGAN KUALITI PROTON. BUKAN REKA BENTUK YANG KAMI BINCANGKAN, BUKAN PERSEMBAHAN ENJIN YANG KAMI PERSOALKAN TETAPI KAMI MALU DAN CEMBURU DENGAN KUALITI KENDERAAN LAIN YANG MEREKA BERIKAN PADA PEMBELI MEREKA.

    KAMI SEDIH, KAMI SEDIH DAN KECEWA KERANA KAMILAH BENTENG TERAKHIR PEMINAT PROTON DEMI SESUAP NASI ANAK-ANAK WARGA PROTON SUPAYA MEREKA DAPAT MEMBESAR DENGAN SEMPURNA DAN MENERUSKAN PERJUANGAN PROTON.

    -SENDOH-


  • in saudi Hyundai elantra 1.8 six speed manual costs 60 000 rial. or 53 000 myr.
    hyundai brand is second popular to toyota brand in saudi,

    soooo, where do we go from here,,,,, our proton. our car , our precision engineering?,

Leave a Reply