ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

PANAS : Foto risikan Proton ISWANA!

Views

iswana 1

Dah lama menantikan foto risikan model baharu Proton namun kelibatnya masih tidak kelihatan hingga setakat ini. Saya terjumpa foto Proton Iswara yang agak unik ini telah diubahsuai menjadi pikap di laman Facebook saudara Jamaludin Jamal. Kemungkinan besar lokasi kereta ini ditemui adalah di sekitar Johor kerana nombor plat kereta ini bermula dari abjad “J”.

iswana 2

Untuk pengetahuan anda memang Proton tidak pernah keluarkan versi pikap Proton Iswara, hanya pikap versi Proton Wira yang dinamakan sebagai Arena. Mungkin ini adalah hasil kreativiti dan inovasi pemiliknya untuk mengubahsuai keretanya menjadi kenderaan untuk mengangkut barang. Tak nampak pelik pun bila Proton Iswara ini disumpah menjadi pikap kan?

* Dengan ini saya namakan kereta ini sebagai Proton Iswana, gabungan nama Proton Iswara dan Arena! Hehehe 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply