ARKIB

KATEGORI

Buletin

PANAS : Brochure penuh Proton SUPRIMA S!

Views

Suprima A
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Suprima B
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Semalam saya ada memuatnaik beberapa foto brochure Proton SUPRIMA S, tetapi dalam resolusi yang rendah. Hari ini laman web lowyat.net telah memuatnaik foto brochure dengan resolusi lebih tinggi. Kita boleh lihat harga model ini, yang bermula dari RM76,338 untuk varian Executive Campro 1.6 Turbo (Solid) hingga RM79,998 untuk varian Premium Campro 1.6 Turbo (Metalik). Apa pendapat anda?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

103 Comments


  • Jika dilihat dari segi tork, mmg tak berubah. so apa yg proton tuning untuk suprima ni?cvt masih sama kan? kalau betul ada perubahan dari segi power delivery/engine refinement berbanding dengan preve, saya sebagai pembeli preve pasti akan kecewa. seolah2 proton masih seperti dulu-mengeluarkan produk separuh masak. walaupun ecu dah remap, namun ia tak seperti yg diharapkan dari sebuah enjin soft turbo. tapi takpe..saya simpan komen saya dulu sehingga saya berpeluang menguji kereta suprima ini.


  • Cd Suprima S lebih besar dr Preve, plus curb weight yg ++ sket…0.3s delay is expected for sprinting 0-100km/h
    I heard 6mt is on track later will be introduced…


  • asal launch je model baru,ad je proton akan buat fan tertnya2 n ad spoil part2 tertntu..masalah yg sme jugak berulang..pelik test kat jln raya punye la lama,tp tgk spec enjin sama je dgn preve


  • 6MT tu akan dilancarkan utk UK, sebagai target market utk Europe. Engine mmg sama tp NVH should be improve dlm Suprima ni dan akan di implement pula dlm Preve. Engine calibration di tala utk lebih smooth dan selesa but responsif. Benchmarking ialah lebih kurang dgn kereta Ford Focus.

    P/s : 6MT punya lagi stim woooo…takat nak burnout jalan xde masalah weii…. ekekekekek


  • berat jugak sale nnti…biasala…dah nak cecah harga kereta T & H…nnti pakai swing sblh sana ler…huhu..alih2 logo juge jd penentunye…

    spec mmg terbaik…


  • alhamdullillah…berterus teranglah jugak Proton dgn FC CFE nie…mmg tak economic lgsg…ownership cost terus jd tinggi…interest mahal 0.5% dari keter import…harga mahal bedooh..GOOD LUCK PROTON!…rupanya masih tidak berpijak di bumi nyata


  • Serba lengkap dah gajet2 semua. Rege pulak yg masalah. Sepatutnye rege kene lebih kurang same dgn rio hatch. Baru boleh bersaing. Personally bg aku abit overprice. Tepakse la tgu preve facelift.


  • teaser dah keluar masa buletin utama tadi. nampak CCFL rear lights Suprima ni. Smart abis.

    berkenaan dgn data dalam brochure ni, aku rasa DRB ambil langkah selamat, most of the figures rasanya realiti lebih better. based on feedback kawan2 yang ada preve, fuel consumption, 0-100km/h varies. ada yang lebih baik dari figure kat brochure.

    jadi janganlah terus hukum based on this piece of paper. semua kereta ada keistimewaan masing-masing. saya agak kecewa jugak melihatkan color tone utk interior Suprima ni..tapi selagi belum tengok di showroom, saya tak berani nak buat judgement melulu.

    apa pun, looking foward to see this car on the road. this should be a good upgrade for those Neo owners. Bigger, More Power, Safety guaranteed.


  • Preve CFE pn dh RM72999..dgn specs yg lebih dr ape yg ade kt CFE dh bleh agak mst lg mahal…kenape la time launch preve dulu spec2 yg ade kt premium ni xde skalikt cfe? Dh x psl2 aku nk kena upgrade sndr…sigh…


  • bapak harga telan air liur…klu camgi ni punyer harga baek angkat kereta import…plz la proton..kata buat kereta untuk rakyat…ni cekik darah punyer harga…gud luck proton…harap2 brochure ni fake..


  • Pada aku harga ni memang dah ok untuk segmen C. Segala features yang ada dah memang terbaik dari Proton. Nak kereta untuk rakyat, Proton dah sediakan Saga. Proton keluarkan Suprima just untuk menunjukkan yg mereka boleh buat kereta yang bagus.

    * Patutnyer Suprima or Preve punyer side mirror kena la gemok sikit…ini kurus jer…tu je yg aku tak suka..huhu.


  • In reality x mahal sgt pn hrge kete ni, dr segi spec vs. harga, pesaing pling dkt kia rio. Tp less power n roominess. Xleh aspect hrga murah lg la. bg sya ni dh ckup berpatutan.


  • I think this a strategy from Proton. Mereka upah someone untuk post this boucher on the web and then read all the comments about the spec before the launch so that they can come out with a better price or solutions. I’m just saying.


  • Good views :

    Features menariks.. hampir terbaik.. huhu.. semua leather termasuk doortrim. ini memang betul kereta mewah. kalau tengok spec patut la harga lebih pada expectation pun. kia rio full spec pun lagi murah tapi masing2 ada kekurangan & ada kelemahan. tapi aku suka sunroof dan cooling glovebox pada rio. kelebihan suprima pulak pada kuasa , space yg jauh lagi besar, Android, gps, active headrest, body control module tu best, dan banyak lagi features yg ada pada kereta mewah jer..

    Aku harap proton pakai tayar michelin primacy 3 sebagai tayar standardnya, noise kurang, jimat minyak, grip terbaek, beza banyak dengan tayar goodyear yg biasa proton pakai. dengan leatherwrap suma tu aku rasa mesti kereta ni NVH dia jauh lagi baik dari preve.

    Not so good views :

    Aku rasa brochur ni salah juga, sebab masa preve dan exora pun staf proton yang design brochur ni wat keje sambil tido jugak. merepek2 je tulis.. kot.. lepas launch baru la nak tuka-tuka fakta.. ampes..

    Preve sedan pun fuel consumption 6.6L/100km. macamana yg hatchback punya buleh naik sampai 9.1L/100km .. org tengok nie pun dah hampir nak buang brochur. exora pun baru 7.8L/100km , sedang orang berlumba2 utk cari kerea yang save minyak, tak ke proton rasa 9.1L/100km tu a bit unacceptable..

    Acceleration pun lagi slow dari sedan.. patut hatchback ni kereta orang muda, lagi sporty, lagi ringan, lagi aerodinamik & lagi cepat accelerate dari kereta orang tua, sedan..

    lagi satu ialah bab kerb weight yang lagi berat dari kereta sedan. well, maybe ni la sebabnya kenapa kereta ni slow acceleration & lagi tinggi fuel consumption dari sedan. power to weight ratio fail sikit. heavy loaded with stuff sampai sacrifice benda2 diatas.

    Lastly Harga mmg dalam kategori mahal. maybe sebab tergolong dalam kategori kereta mewah kot. banyak accesory lebih dari expectation juga. orang yang nak kereta hatchback mewah, target market mcm ni maybe tak ramai sangat. dengan program penurunan harga kereta sekarang, orang expect harga kereta semakin murah, aku rasa patut juga kalau varian executive tu harga sama dengan preve sedan, yang premium pun murah sikit. honda jazz hybrid lagi murah..ishk2.. dengar nama hybrid pun tak kurang gah nya dengan nama turbo.. mungkin proton sekarang tak kesah sangat sales di malaysia, fokus lebih untuk spec negara luar..

    kalau brochur ni salah, …. esok nak launch dah… ntahler…


  • 1. Bagi saya Suprima S akan menjadi satu lagi produk FAIL di market Malaysia bukan disebabkan apa, tapi disebabkan harga dan juga logo.
    2. Di negara kita, pembeli kereta lebih suka brand Jepun dalam lingkungan harga yang sama. Tak kira la apa feature yang dibagi sekalipun. Contoh yang jelas, KIA Cerato. Dengan harga RM100k++, tipikal orang Malaysia akan memilih Toyota atau Honda Civic kerana ia berada dalam price bracket yang sama, walaupun Cerato punya banyak ‘built-in’ feature yang takde dalam Toyota atau Honda.
    3. Baru aje Honda release Jazz CKD harga RM75k. Dengan harga begini, ramai yang berfikir boleh dapat Honda.
    4. Bulan depan Toyota Vios nak launch. Harga Vios seperti semua maklum dari RM70k ke RM90k. Pembeli potensi akan lebih ke arah Vios dalam membuat pilihan, tambahan pula isu reliability dan interest yang rendah.
    5. Dapat lihat dengan jelas ada warranty 5 tahun. Tahu apa maksud warranty 5 tahun untuk first batch Proton? maksudnya, kena lah berualang-alik ke SC selesaikan masalah2 remeh-temeh macam pengguna Proton first batch sebelum ini. Contohnya SAGA. Bila dah keluar FLX dah 3 tahun kleluaran, warranty daripada 5 tahun jadi 3 tahun aje sebab banyak problem remeh-temeh di SC dah selesaikan di production.
    6. Pada pandangan saya, Proton seharusnya tumpukan basic sebuah kereta dengan harga yang lebih berpatutan berbanding loading bermacam2 feature dengan harga yang agak premium. orang kita tak pandand semua tu. Sebagai bandingan, cuba bayangkan BMW yang takde sport rim (pakai rim cap Kompang aje) dengan Preve dengan sport rim yang cantik, mana satu orang lebih berkenan (jangan tengok harga, sebab di Malaysia cukai tinggi)


  • Proton perlu belajar dari pengalaman lalu. Proton patutnya, beri kepuasan dari sudut “ownership experience”. Org pegi ke Honda atau Toyota atau yg lain2 satu sebab utamanya adalah ownership experience. Peugeot brand besar, Kia pon brand besar – but seriously, tanya la psal ownership experience, masing2 ada ceritanye. Last2 org akan cari piece of mind jugak bila kepala da berserabut..
    So, bila mcm tu, Proton patut2 la letak harga..pikir jangka panjang, apa Proton bole bagi kt customer. Ya saya tau, Proton boleh dan mampu buat keta. Tp untuk bersaing, ia lebih dari itu. Kita bercakap pasal Vios yg specs-Nye ntah apa2. Tp kita tidak tau, Toyota jrg2 menghampakan kepercayaan pelangganya. Org sebok kutuk DSG VW tp mereka tetap menegakkan motto “German Engineering” nya dgn pelbagai tawaran dan sedaya upaya meraih kepercayaan pelanggannya..Pada saya bersaing di liga automotif ni lebih dari sekadar specs, harga, kuasa enjin dan safety features atau sebagainya..
    Ya buktikan Proton bole mengeluarkan kereta spt Suprima. Tapi pada masa yg sama bukitkan jugk Proton mampu mengekalkan kepercayaan pelanggannya, memberi keyakinan kepada bakal pembelinya dan meletakkan jenama Proton di tempat yg sepatutnya di mata pelanggannya..
    Itu pandangan saya sahaja..


  • Rm80k untuk kereta proton dgn spec sebegini, memang agak berbaloi. Kalau rasa mampu, boleh beli.

    btw, aku rasa agak pelik juga, kenapa harga kereta 2nd proton boleh turun dengan begitu ketara? sebagai contoh, preve cfe baru pakai setahun, owner jual RM55k sahaja. cuba bayangkan anda membeli kereta proton baru ini yang berharga rm80K dan ingin menjualnya selepas 3-4 tahun menggunakannya? kalau bayar d/p 10%, ikat 9 tahun, mmg kena pakai kereta proton sampai habis bayar.


  • pada aku yg follow proton sinc1998 lg pecaya proton sudah matang…dr pada model waja..protn kini memang boleh berbangga..kita kena igat kt malaysia byk ade puak2 yg anti proton…prtama.kerana bangsa pembuat proton…MELAYU…. kaum lain cuba untuk jatuhkan…kedua lagesi TUN DrM….parti politik bukan pro kerajaan akan cuba menidakkan hasil idea pejuang kaum melayu sejati ini… tapi pecaya la proton sudah bayak menbur bakti kpd bangsa melayu…budak fizik kuantum


  • kalo betul lah brochure kat atas…cam proton tak amik kesah pon senario kat mesia nih…aper aper pon tunggu sabtu ni…harap harga lagi murah dari jazz 75k tuh..


  • Ramai cina india pakai dan sokong Proton la. Jangan nak resis sangat. Aku takkan beli Proton sebab depa melayu islam ke, kalau produk bagus orang beli jugak. Pekerja-pekerja Proton pun ramai je sokong pembangkang. Tak payah nak politk sangat. Buat aje produk bagus, tak kira mana bangsa, fahaman politik pun beli.


  • hrmmm..tgk luaran design terkinja2 nak beli..tnggu tgk spek br nk corfirm beli…
    skg dh tgk spek..kolo di ikut spek pada brochure ni..100% cancel.
    hp pn sama cam preve..engine pn sama..
    rege pn 80k..
    sabooo je laaa..
    target nk amik stream rsz atau yg ni..
    nk compare dlu rege..sekali sama je
    brand H la nmpknya..
    #sy dh cuba nk beli kete proton ..tapi..huhu


  • @hidron

    PROTON adalah hasil titik peluh rakyat MALAYSIA, bukan setakat yg berbangsa MELAYU sahaja.. ini bukan sebuah parti politik atau badan agama.. ini adalah sebuah syarikat pembuat kereta.. ya mmg benar PROTON dimiliki oleh DRB-HICOM milik seorang usahawan MELAYU dan majoriti pekerja adalah berbangsa MELAYU.. tapi jgn ketepikan fakta pekerja berbangsa lain termasuk yg dari luar negara juga menyumbang tenaga mereka.. dan sekiranya anda fikir majoriti pembekal-pembekal PROTON adalah dimiliki usahawan MELAYU anda silap.. semua syarikat dalam dunia ini berorientasikan keuntungan dan tiada syarikat yg hanya fokus pada keperluan sesuatu bangsa yg khusus sahaja melainkan bangsa itu punya kuasa ekonomi yg kuat dan jumlah populasi yg tinggi.. tinggalkanlah pemikiran cetek anda yg tidak seiring dengan misi & visi sebuah syarikat yg ingin melangkah jauh menghadapi cabaran globalisasi..


  • sokong ohsem.. mentaliti cam ni la yg buat bangsa aku takleh ke mana.. takat dlm mesia ni bole la jaja beli brg melayu.. takkan la nanti nk jual kereta ni kt uk nanti nk ckp kt mat saleh tu “please buy malay product”.. agak-agak la skit.. aku pn tak sokong umno/bn tp aku still sokong proton dan bangga jadi rakyat mesia.. aku respek tun m sbb idea2 bernas dia dlm memajukan mesia tp tak semestinya aku sokong dia setiap masa bila dia merepek tak tentu psl..

    peace..


  • Hok aloh,selalu merapek sampai ke politik plak,relex brader.On topic,tapi kalau kt tengok previous experience,memang selalu brochure proton ni dia punye claim lagi rendah dari yang sepatutnya,nak play safe orang cakap.Sebab kalo kalo ikot realiti tak mungkin Suprima ni top speed dia 190kmh jek,Persona pon boleh jejak 220kmh ni kan plak enjin turbo ni,so relex brader brader rilex,nanti dah boleh test drive boleh lenjan kaw2 n bagi review kat sini,ke guane?


  • Suprima=no value for money…
    Preve CFE RM67K(discount 6k) – 80K Suprima Premium = RM13K, different only +2 airbag, 17 Rim, 7″bigger HU, reverse camera and front parking sensor, hill-hold asst. leather seat, 17 Rim, (but bonnet small 30%). so no value for money …. just spoiled by preve CFE discount,
    vent reach 80K people going to buy other brand car event like vios 7xK event so call ” kosong Spec“. just see Inspira how many unit sell.
    so wait to next year around Feb-march… Suprima will have 8~10k discount because poor selling.


  • Offtopic>>
    Suprima 170km/h mmg ble g.
    Sbb aku pernah follow ngn gen2 1.6 campro0.

    Punya klaka, driver tu siap usha aku.

    Ontopic>>
    Agaknye nnt ade kuar yg bumper blkg yg kurang racy x.
    Yg suprima ni kureng sket utk aku yg semakin tua nih.

    Xpn, try update safety & ice preve kasi sama cm suprma s.

    Sekadar cdgn di pinggiran…hahaha


  • Perbandingan harga & spesifikasi Preve vs. Suprima S (Premium Met.)

    Harga (Semenanjung) – RM72,990.00 vs RM79,988.00 (+RM6,998.00)

    Perbezaan spesifikasi atas kertas (on paper) berdasarkan peningkatan harga sebanyak RM6,998.00
    > 0-100kmph – 9.6sec vs. 9.9sec (+0.3sec)
    > FC @90kmph – 6.6L/100km vs. ??L/100km
    > FC combined – ??L/100km vs. 9.1L/100km
    > Tyre size – 205/55 R16 Alloy vs. 215/45 R17 Alloy
    > Overall length – 4543mm vs. 4436mm (-107mm)
    > Luggage vol. – 508L vs. 309L (-199L)
    > Kerb weight – 1340kg vs. 1395kg (+55kg)
    > Gross weight – 1700kg vs. 1725kg (+25kg)
    > SRS Airbags – 4 airbags vs. 6 airbags
    > Parking sensor – Rear only vs. Front & Rear
    > Fog lamp – Front & Rear vs. Front only
    > Seat – Fabric vs. Leather
    > Door trim – Fabric vs. Leather
    > Audio system – 6″ touchscreen vs. 7″ touchscreen + Android OS
    > Speaker – 4 speakers vs. 6 speakers
    > Head lamp – LED position lamp vs. LED DRL
    > Rear lamp – LED vs. LED Light Guide
    > Ciri-ciri baru yg tiada pada Preve
    – Hill Hold Assist
    – Reverse Camera

    Adakah berbaloi dgn penambahan harga sebanyak RM7k? Tepuk dada tanya kocek masing-masing..


  • boot volume tu,klu ikut liter, 427 liter kot. yg 309 tu iso,xslh akulah. xbrp pasti. sblm ni,info bgtau 427liter. tp kali ni walupun rega dkt 80k,tp sume features,br btl2 premium.terutama safety aspect. crlah kete c segment hatch atau sedan sluruh asean kcuali au,yg 80k,bg spec lagu ni.

    tp fc tu combine atau urban fc?walupun tulis cmbined,tp klu tgk preve punya fc,mcm urban fc jek coz lebih krg yg 9 ke 10 liter per 100km. dia patut bg sume figure sbb cmbine ni ada byj maksud. kena bg gak klu 90kmh brp,city brp,br combine. mcm presentation flx aritu. klu x,tkejut bruk org baca,sebab diaorg xbc yg awal,dia tgk brp liter jek. vios akak aku dlm 8 liter full town. kira jimat. 9 liter xjauh mana. tp klu jalan jauh,mmg jimat,6 liter bleh dpt. hrp di clearkan bab tu


  • aku mmg xpaham mamat2 yg nk beli kete murah2….
    bila time proton kata mahal… tp yang aku peliknya.. bila time
    perodua korang senyap mcm cipan~!! time T & H korang kata…
    patutlaa… kereta jepun… padahal korang tu yg tertipu… bodo…
    enjin recycle berapa ratus kali pun tatau….
    bukan nk bersyukur….. pakai tak lagi.. bising jer lebih..


  • Typical org Malaysia, kereta nak :-
    1) tahan mcm Volvo,
    2) cantik mcm Mazda,
    3) laju mcm Ferrari,
    4) HARGA MCM KANCIL….
    prfffftttt…..


  • bro mat..

    terima kasih atas pandangan bro.. seperti yg saya sebut sebelum ni analisis saya berdasarkan fakta-fakta atas kertas (on paper) daripada brochure model-model yg terbabit..

    tentang boot volume tu ya mmg ada dua kiraan yg dipaparkan pd brochure.. 309L iso & 427L swept bg Suprima S tp bg Preve hanya dinyatakan 508L tanpa merujuk samada iso atau swept.. harap bro mat boleh bg sedikit pencerahan di sini..

    begitu juga dgn FC.. dlm brochure Preve dinyatakan 6.6L/100km @90kmph constant manakala brochure Suprima S merujuk pada combined cycle sebanyak 9.1L/100km.. berkemungkinan paparan fakta spesifikasi setelah di bwh DRB-HICOM lebih menepati standard yg digunapakai kebanyakan OEM lain dlm memasarkan produk mereka.. walaupun begitu saya setuju dgn pandangan bro mat bahawa angka ni sebenarnya lebih realistik berdasarkan laporan-laporan pemilik Preve yg rata-rata merekodkan bacaan purata FC mereka dlm lingkungan tersebut.. mungkin DRB-HICOM tidak mahu dituduh memanipulasi fakta seperti yg terjadi pd pengurusan lama.. cuma bg saya penerangan tentang perkara ni harus dipikul oleh pihak sales proton sendiri memandangkan saya hanya menyampaikan maklumat sebagai seorang pengguna yg prihatin terhadap jenama tempatan..


  • sambung pengguna bijak punya list of features..

    Perbandingan harga & spesifikasi Preve vs. Suprima S (Premium Met.)

    Harga (Semenanjung) – RM72,990.00 vs RM79,988.00 (+RM6,998.00)

    Perbezaan spesifikasi atas kertas (on paper) berdasarkan peningkatan harga sebanyak RM6,998.00
    > 0-100kmph – 9.6sec vs. 9.9sec (+0.3sec)
    > FC @90kmph – 6.6L/100km vs. ??L/100km
    > FC combined – ??L/100km vs. 9.1L/100km
    > Tyre size – 205/55 R16 Alloy vs. 215/45 R17 Alloy
    > Overall length – 4543mm vs. 4436mm (-107mm)
    > Luggage vol. – 508L vs. 309L (-199L)
    > Kerb weight – 1340kg vs. 1395kg (+55kg)
    > Gross weight – 1700kg vs. 1725kg (+25kg)
    > SRS Airbags – 4 airbags vs. 6 airbags
    > Parking sensor – Rear only vs. Front & Rear
    > Fog lamp – Front & Rear vs. Front only
    > Seat – Fabric vs. Leather
    > Door trim – Fabric vs. Leather
    > Audio system – 6″ touchscreen vs. 7″ touchscreen + Android OS
    > Speaker – 4 speakers vs. 6 speakers
    > Head lamp – LED position lamp vs. LED DRL
    > Rear lamp – LED vs. LED Light Guide
    > Ciri-ciri baru yg tiada pada Preve
    – Hill Hold Assist
    – Reverse Camera

    > Auto wiper.. bila hujan je wiper auto on, bila kereta berhenti di trapig light, wiper auto slow kot
    > DRL, preve dlu bukan DRL,
    > Rear LED Light guide. mcm bmw ngan audi. malam2 memang gah la suprima ni nanti.
    > Tinted come as standard features.
    > Auto climate
    > Auto headlamp
    > Electronic gear lock
    > Active headrest (for safety)
    > Remapped ECU & Retune CVT gearbox supaya more fun to drive.

    > Head unit 7″ android tu kena detail lagi, ada YES 4G wifi hotspot, banyak benda leh wat dgn head unit nie nak main game pun bleh, wat donlot pape pun bleh, tengok market share buleh, tempah tiket air asia buleh, tengok muvi cucuk pendrive je buleh, baca paper buleh, buleh belagak ngn owner kereeta lain yang head unit mereka apa pun takbleh..

    kat facebook tu ada lagi tulis features lain yg tiada dlm brochur ni, aku tak ingat dah..
    tip mode?

    jadi… Adakah berbaloi dgn penambahan harga sebanyak RM7k? Tepuk dada tanya kocek masing-masing..

    Proton marketing kena highlight semua features ni baru la orang boleh nilai betul2 kelebihan & kekurangan dia…


  • biasa org bg swept bg boot volume. 508l preve swept,bkn iso mode. aku xpasti ape tu iso,tp mmg biasa guna swept. dlm kategori hatch, suprima plg beso boot dia. mcm persona lebih krg n average sedan b segmen n ado gak c segmen sedan dlm kategori tu.

    bg aku,klu bleh trime luas boot persona,xda msalah suprima. lgpun xda intrussion sobab pkai hidraulic,xganggu ruangan,xmcm preve,walupun luas dr suprima,tp bila tutup,ada area xleh bub brg tinggi sbb tesganggu ngan hinges dia kat boot


  • Bros, SA kat JB dah inform aku boleh test drive esok lepas pukul 12.30pm (maybe tunggu official unveiling kot). Cakap byk tak gune, try dulu baru tau. Jom lenjan keter ni cukup2 =P.


  • byk item yg ada dlm suprima dh diplan pada preve awal2 sobab eden ado tgk slide dieorg dl2 sblm preve launch,tp byk discard sobab faktor rega. susah nk bg bwk 75k dgn cukai kat malaysia ni. rega preve dlpun plan 80k utk premium. duk dengo org komplen mahal,byk kena buang. alik2 org komplen gak,xcukup airbg,xda leather n etc. skang dh bg sume,tp org ttp komplen,tp pd regalah.
    bg aku xpelah,atlest org komplen pd rega jek.

    ada org mrh nape preve exec xbg cfe,airbags samo ngan premium n yg len samo cam premium. klu preve exec lagu suprima exec,beza rega xbeso mana,mcm suprima exec ngan suprima premium,dlm 4k ++,nk bg kurang sampai 10k ++,kena byk menda buang.

    ssh nk ikt ati org malaysia. bg aku,elok dh varian suprima s ni. ada org komplen,bg option model asas dgn rega rendah,lg laku. tp prevekan ada. kan ckp preve n suprima ni sama jek.

    buat production line byk2 rugi jek. nk betul2 premium,amik suprima s premium. nk murah ckit,tp nk safety features,nk murah ckit,amik suprima s exec.

    nk lg murah,nk turbo,amik preve premium,nak murah lg,amik preve exec,tp xdpt turbo n byk safety equipmen krg,tp samo jek ngan safety kete nippon yg lg mahal.
    klu rasa nak lg murah,amik preve exec manual. 59k ajek,lg baik dr vios j dr safety,tp kalah tang performance n fc. tp dgn penjimatan hampir 10k,bleh topup duit minyak 10 tahun kot.

    klu rasa xmampu lg,amiklah flx se,50k jek,klu xmampu,amik flx exec,45k utk cvt klu xsilap,xmampu lg,amik saga sv, 36k jek utk cvt. nk lg murah,amik manual,33k jek.

    klu nk full spec,tggu gsc thn dpn. dgr2 target rega 40 ke 50k,tp yg premium 6airbgs.. tp xpasti yg 1.6,rega dlm lingkungan tuh atau mahal ckit.

    tp bg aku,gsc ni buat cam suprima. jgn byk sgt varian. cume pastikan ada yg rega 40k,tp minimum safety, 2 airbags,abs,ebd,esp,wajib ada.

    ada org kata,kete jepun,walupun kurang safety aspect,rega sama mahal suprima,xpe sobab logo dia. tp smoga logo tu dpt jd faktor kselamatan.

    eden xanti lgsung kete jepun,cume depa kdkut,charge mahal2,bg kete basic. sobab itu eden suko kete conti n kimci skang,sobab xkdekut.

    tp klu altis atau civic,bleh bg spec mcm suprima,tp rega maintain rega skang,aku sokong mula walupun aku rasa,depa bleh bg rega cam cerato bg versi 2.0civic n altis,tp equipmen same.

    tp rasa,dlm mimpi jelah kot :-).


  • Bootspace memang cukup besar kalau size lebih kurang persona. dah mcm sama mcm beli sedan pulak.

    Pendapat aku, Untuk kereta hatchback org dah tak tengok sangat bootspace.. cukup nak letak beberapa biji bag sudah…jangan kecik sangat macam satria neo sudah… agak2 besar sikit dari bootspace myvi pun dah ok…myvi pun 208l bootspace orang dah tak bising..

    Kalau memang kehulu kehilir sentiasa bawa barang banyak, amek aje preve atau nak besar lagi amek exora..huhuhu…

    Kalau proton kecikkan sikit bootspace pun maybe leh reduce vehicle weight & thus improve acceleration, fuel consumption, ride & handling.

    Nway, product pun tunggu masa nk launch je, kita tgk mcmana model proton yg ni bleh pegi. all the best utk proton, 🙂


  • kawe stuju dgn ko Mat.
    cuma ati kecik kata, Proton kena kembalikan kepercayaan pengguna
    Specs itu hanya satu daripadanya, yg lain2 lg kena tambah..
    Ada org kata itu hanya persepsi
    Ada org kata persepsi itu reality (vios tu keta baru la beb! 😀 )
    Jgn marah kawe, kawe bukan nk kutuk Proton. Ini pandangan kawe
    Keta Gen2 kawe da 7 tahun pakai boh!


  • Saya setuju sesangat pandangan Bro Mat…
    nak murah tapi Vios harga 90K+ boleh pulak nak beli.
    Punya la banyak Varian Proton bagi.. nak jugak murah.. baik korang buat kereta sendiri.
    Beli chasis dulu..pastu oder sikit2 barang dari luar. Lama2 siap la kereta idaman sendiri.
    Korang nak bubuh apa yg korang sikit pon boleh. Muahehehe

    Pasal tu Proton tak layan sangat.. layan mana yg penting je..

    Gua BANGGA Proton boleh bagi 6 Bag Udara tu. Cayalah Proton!!!


  • kaya kan orang malaysia..

    situasi-
    tunggu harga suprima……..
    gilo..lagi mahal dari preve..
    spec dah baik tapi harga macam import…baik aku beli kete import..

    ….malaysian logik…sangat kaya…

    sebab suprima mahal…baik beli lagi mahal..padan muka aku bayar bulan2 mahal…


  • Boot saiz persona?pergh dah cukup besar kot,sape yg tak puas ati pasal keluasan boot tak leh kata ape la.Memang basher lagend la,hahaha


  • org xnak beli proton jadi sakit ati pulak… korang pungpang2 sgt, esok pegi la book.. tp x beli jgk… bayar kasi abes saga dulu laa… bwk dtg statistik jualan proton kt luar negara dulu.. xyah nk kondem org malaysia yg x sudi beli proton.. pilihan masing2, duit masing2… mcm korang je la ada akal…


  • Aikk… Marah pulak.. Buat apa beli kereta mahal sampai maps digital beli berasingan siap lekat kat cermin. Ada modal tu la.. Kereta jepon rasanya.. Muahaha

    Cakap je la beli kereta mahal nak menunjuk dekat kawan2 dan sanak saudara yang aku mampu pakai kereta import.


  • preve dah ada baby baru.. tahniah kepada seluruh warga proton yang terus komited menghasilkan produk kebanggaan Malaysia.. tak sabor2 nak nengok baby baru kat showroom.go..go proton


  • Mana dia harga keter turun? Mana… 1 lagi bank knplah ambik untung byk sgt.. dan lagi knp letak harga tinggi dgn anggaran jualan biasa je.. knp tak letak harga rendah tp jualan melambung… tp mana janji nak turunkan harga kereta…. kereta malaysia juallah murah dgn rakyat malaysia..


  • Kan bagus kalau harga kereta turun. Tapi loan juga turun jadi 5 tahun. Lepas 5 tahun, kita tukar kereta lain. Jadi dalam 10 tahun, bank dapat untung yg sama juga. Plus, automaker akan supply 2 buah kereta dalam 10 tahun utk satu orang. Pembeli akan update dgn model baru..Jadi dalam 10 tahun, kita akan bayar duti eksais 2 kali, automaker akan byr cukai 2 kali dan bank akan makan interest 2 kali..

    p/s: Saya tak tau bagaimana saya pikir. Saya main taip sahaja. Hahahaha


  • eden xkondem pembeli kete luar sobab kluarga edenpun ado pokai kete luar. cbu,ckd,sumo ado.

    cume eden xsuka org perlekeh brg kite. walupun cap ayam,nk perlekehpun,tgk pada tempat dia. xstuju atau xsuka atas minat memasing.

    cntoh prtn pkai cvt,mmg cpt rosak n etc,knp xamik dsg atau twin clutch. klu pkai 4 at,kunolah,xupdatelah,jual mahal pkai 4 at jek n mcm2.

    klu keto luar,xpelah,brg yg elok knp nk ubh,4at rega mahalpun xpe,reliable n etc. org jepun pun xdefend kete diaorg klu diaorg bg tech mcm tu kat org dia sndiri. tp kite lebih nk defend plak.

    nk kondem,kat sini ramai yg kondem prtn termasuk eden. tp yg mano patut puji,kita puji.

    yg jd ralatnya,sikap org kita xkisah apo aje yg nippon bg,sobab tu slipar jepun pun masih iconic kat sini :-). on topic,sampaikan pengeluar jepun mengambil kesempatan atas sikap xkisah asal jepun kita.

    klu xkerana byk auto journo mengutuk toyota xbg stability cntrl kat camry,mmg sampai ke tahun 2020 kot depa xbg.

    xbg xpe,tp rega turunlah. ini siap kasi up lg ada. depa bleh jual lg murah atau kasi equipmen lebih pd rega ditawarkan skang,tp sobab org kito xkisah, org kita akan slhkn prtn sobab depa mahal,org kita akn slhkan gov sebab cukai mahal (tang ni aku stuju), xda ksalahan bg pihak depa.

    knp nk kurg rega? knp nk tambh spec?xperlukan. xkan lah org malaysia xprasan,camno cbu jazz,bila jd ckd,murah byk…pdhal cbu jazz,bkn ke thailand yg punya,lobih 40%part dr asean,tertakluk bwh afta,n cukainya walupun cbu,samo jek ngan ckd skalipun. cumo ap dia xbyk,ada limit jualan stahun. tp cmne jd murah bila ckd? maleh nk trg panjang,dh off topik. dh bg hint,pndai2lah pkkan 🙂

    yg xsuka,krn sikap org kita,depa amik ksempatan. bkn srh beli prtn,tp hold pmbelian smpai depa trn rega atau bg spec sama ngan ford,puh atau kimci kat malaysia,tp rega xnaik. klu nk kekal equipmen cam skang,krgkan rega.

    klu jazz depa bleh krgkan tanpa melibatkan percukaian,xkan vios atau yg lain2 xleh krg rega :-).

    itulah yg diperjuangkn. psl prtn,sobab eden minat n banggo ngan org kita,mampu buat kete sndiri. klu xda prtn,eden xdpt ilmu utk tau selok belok rnd sbuah knderaan,n tang mana pengeluar lain tipu kita. itu xkira lg dgn tipu pkai besi lain,xikut piawaian kselamatan n etc.

    klu nk hrpkan p2,depapun kena tipu,n ada gak nipu ckit2 kot :-).


  • satu lg,klu kete nipon ni jual murah kat luar negara, depa slhkan sistem cukai,n phm plak yg sistem cukai kat malaysia n tinggi, tp klu rega prtn kat luar negara murah,tetiba ilang ingatan n xphm yg sistem cukai kita ni tinggi,tetibe jek jd xpandai. pelik.

    waktu malaysia xikut afta,pre 2005, depa duk marah knp xikut afta n bla.bla.bla.,tp bila dh ikut afta,marah lg,siap suruh kerajaan patut kurangkan cukai prtn sobab itu jenama tempatan n etc,tp sobab afta yg depa duk canang2 tulah yg nyebab prtn punya cukai sama jek ngan kete asean lain,dh xleh dpt rebet 50% mcm sblm 2005. sobab tu prtn jatuh rugi n thn 2005 prtn start tkr management.

    itulah,minx sgt,dh jd lagu tu. tp sobab xpenah amik tau,prtn lah kena fitnah xpasal2. jgnkan prtn, krajaanpun kena fitnah sejak 2005 hinggalah skang ,ada yg masih x sdr cukai import 300% xujud.

    sory,eden xskg mane2,bkn cite politik,cume cite menda fakta jek. nk kete murah,kena force manufacturer mcm kes jazz,trnkan rega dulu. klu rega dh turun,brlah klu trn lg duti eksais,lg murah rega jazz tu. nanti jd sama rega ngan myvi 1.5se extreme auto.

    dh kata nk kete murah. walupun buang sume cukai skalipun mcm kes prius atau ape2 hybrid,masih lg mahal berbnding dgn negara lain yg cukai rendah. sobabnye masih tinggi profit margin dia.

    tanpa cukai,vios dlm 60k kat lgkawi. masih mahal sbb kat thailand,masih ada cukai 30 ke 60% kenderaan,rega lebih krg langkawi jek.

    pdhal depa bleh jual vios dlm 45k atau 50k jek tanpa cukai.40k pun masih ada untung tanpa cukai.

    klu ikutkn,g spec vios bleh jual sama jek rega ngan jazz, tp depa jual 85k++. klu nk jual rega tu bleh, tp pastikan 6 airbags,tepati syarat homogolation utk crash test,bglah enjin atleast dual vvti atau valvematic,gearbox 7speed cvt-i,leather,vsc,gps n etc. brlah ok. walupun ia b segmen. walupun bg aku,sepatutnye vios rega mcm jazz,tp ada sume menda tu. bkn je org malaysia,org asean sume kena duk main ngan nippon.

    mgkin diaorg anggap kita 3rd world country dgn 3rd world mentaliti.


  • Bagus bro Mat.. Terasa gile rasa mentaliti 3rd world ni. Tapi memang betul bro mat. Org malaysia bila dah pegang stering je terus berubah.


  • nk buat mcmana, jenama toyota dh sinonim dgn durabilitynya di kalangan rakyat msia sejak azali lg. proton pula dah sinonim dgn kualitinya yg rendah pulak. lgpun kat luar sana masih ramai yg pakai proton gen lama seperti waja, gen2, satria dll yg sudah sedia maklum kualiti pemasangan dan designnya. nk ubah persepsi pembeli mmg susah.

    di saat suprima s dilengkapi spec canggih, vios pulak pakai tagline atau key yg mudah je seperti jimat minyak, ketahanan dan after sales service.

    pengalaman sy berurusan dgn seorg penjual preve cfe yg baru pakai setahun keretanya, menceritakan bagaimana beliau sanggup berulang alik ke sc untuk menggantikan part2 yg bermasalah. tu pun sc masih berhutang part yg rosak sbb sc takde stok. so, proton not just produce the car, but if the whole system make trouble to the customer, than it will be a problem.


  • Sbb tu bg teman,kite perlukan kereta proton yg murah.kite nk ubah mentaliti,persepsi org sebenarnye pyh.dgn kerete proton murah sekurang kurangnya boleh memaksa kereta lain turunkan harga.tp yg terjadi terbalik pulak.proton masuk range harga kereta import.ape proton dapat?

    Proton syarikat malaysia,tp malang nya proton tak memahami atau tak mau ambik tahu mentaliti rakyat malaysia.malah syarikat asing pule yang lebih berjaya bermain persepsi dengan org malaysia.

    Ada yang kata proton x perlu layan sgt rungutan, sbb kalau layan proton x maju.macam mana nk maju kalau x ada org nk beli kereta proton?kite ade peluang untuk dpt cukai yg rendah mase pru13 tp dinafikan jumlah kerusi walau pengundi dh majoriti.so nk ckp pasal cukai mgkin dh x valid.ape yg boleh kite mintak adelah harga kerta tu sdr diturunkan oleh proton.jgn salahkan kerajaan je.cukai dh tetap,kene kretif la dkt mana yg nk di cut cost..

    Cakap mgkn senang.ade yg suruh buat kereta sdr.kalau semua boleh buat kereta xde la org mintak mcm2 kt proton.tak perlu pun proton ade engineer kalau xleh solve problem.ade engineer tp asyik bangkang design designer,itu x boleh,ini x boleh..yg mcm tu baik brenti je..kereta lain boleh je cantik,bile sampai kat proton katanye designer dh design cantik tp production kate x boleh buat.apa hal?

    Sebagai org kebanyakan yg nk tgk proton maju,teman harap proton boleh maju akan datang.dengan model dan harga sekarang,teman x rasa proton dh bersedia utk maju..


  • sayang kereta dh lawa tapi kalau harga mcm ni x kemananya proton,percayalah dengan selisih harga yang sedikit dengan kereta jepun penguna malaysia kebanyakannya akan pilih brand jepun.
    dengan selisih harga yang besar pun dh berlambak kereta jepun kt atas jalan,tolong lh proton biar untung sikit tp jualan banyak sama je untung nye pada untung banyak tp jualan sikit.
    sakit hati tengok brand jepun makin menguasai jalan di malaysia biarpun di katakan dugong ,almari ke dll.


  • Mmm… pasal isu harga prootn, Awal2 aritu penasihat proton; Tun M dah beri mesej yg jelas. Lepas nie org beli prootn bukan kerana harganya murah. Means, harapan jelas mahu melihat proton pertaruhkan peningkatan drp segala aspek; baik design, safety, teknologi, features, gadjet dll. dlm setiap keluaran barunya. Mentaliti semua produk tempatan kena murah perlu dihapuskan, Sebab dlm industri bila murah, many things kena reduce even kualiti. Bila dah lagu tu, protn xkn ke mana bila masyarakat yg kurang pengetahuan dlm industri akan asyik compare dgn model2 yg tidak setara nie.

    Jika dilihat statistik jualan domestik, kepercayaan pembeli sudah semakin baik bila penguasaan sekitar 29% market domestik dibelakang ‘pengeluar kereta nasional’ Perodua sejak 5 tahun nie. So, fasa seterusnya adalah memasuki pasaran global dan preve adalah perintisnya. Nk setanding kereta luar kualiti kena seperti kereta2 mereka. X kn dpt kualiti seperti itu dgn harga kancil kn? So, mentaliti kena ubah.

    Teruk sgt ker design kereta2 terbaru proton? Compare dgn let say pegeout 207? Mmg ler masih bukan yg terbaik, tapi bila bercakap seperti model2nya seperti x bleh jual langsung…something wrong ar kat penilaian kita;)

    Hala tuju prootn dah betul dah nie, cuma lagi nk built balik reputasi dan kreadibiliti akibat sejarah silam yg kelam adlah suatu cabaran yg sangat besar n ini memerlukan komitment yg sgt tinggi. apa2 pun, usah gentar… lihat masa depan yg gemilang… n terus berusaha. berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul kn?

    Cheers!


  • Jgn salah fhm ye
    Bila kita kata harga murah, ramai bagi hrga kancil, jgn fikir pendek smpai bgitu, kita bukan budak sekolah rendah. Bagi sya harga yg competitive la..ini bukan condemn ye..


  • Mmm… seperti mana presentation pelancaran Suprima S tadi, Harganya sudah tentu competatif n value for money. Model seperti itu bagi kereta lain di pasaran nilainya dlm lebih RM100K++. Setuju seperti kata bro Mat. Proton dah tawarkan pelbagai varian n model utk kesesuaian semua golongan, nk murah saga ada, nk yg premium n mmpu ambil ler suprima s nie. x gitu?

    Apa2 pun suka kat gimik pelancaran sumprima s yg menggunakan tekno grafik laser tu. Idea yg menarik!:)

    my 2 cents.

    Cheers!


  • Itu la, bila dengar presentation tu, rasa memang berbaloi dah harga proton..

    Kalau aftersale ok, dan xbanyak complaint pelik2, this will be my first car…

    Puas hati dah dengan setiap aspek die… kene la ukur spec die pada rege… rasanya rakyat msia ni masih lg assume proton ni makan subsidi je byk dan kene tax xsama macam kete import, tu dorang expect kete proton sume kene murah


  • Kat ofis aku, yg bergaji besar RM7K hingga lebih 9K hanya pakai Saga kereta kebal, Wira, Unser, Persona, Gen2 dan Saga FLX tak kisah pun.


  • dulu masa sekolah bagang…ponteng,hisap rokok…skg keja kuli…otak tak aktive…malasssssssss……ade hati nk suprimau 20k….puiiiiiiiiii…..start berubah…masih belum terlambat….


  • masalahnya jazz ckd ngan vios pun hrga bwh 80K nmpknya kn brsaing dgn brand ni,bkn sng. biar pn spec suprima ni lebih pd dua2 model tu tp jnm tu dh kuat kt malaysia ni.
    kito pn bkn lh nk hrga suprima cm hrga kancil kita fhm tp biarlh gap hrga tu jauh sktdr hrg dua jenama tu spy jualan model ni memberansangkn ….
    kita nk model ni jualan mcm pisang panas bkn suam2 kuku je… x ke sakit ati nengok nye


  • Rase nye yg komen2 kt sini bukan nk beli suprimau ni pun..masing2 komen atas kapasiti penyokong produk tempatan atau nk kritik proton.pembeli besenye bace je..xde komen sgt pun.kite bukan nk proton saje yg murah,tp kite mau proton jd pemankin kepada harge kereta yg murah di malaysia.kalau ade yg kate vios 72k murah,tu mmg org kaya la.samada kaya duit atau kaya hutang.haha..

    So,sila paham..bukan nya nk proton murah,tp KERETA murah.kalau boleh bukan kereta je,seme nk murah.sebab kite kt malaysia ni ramai yg x bertuah mcm org yg komen kt sini.80k utk kereta kate nye berbaloi.kahkah..pelik tp benar..

    Negara lg 7thn nak maju,tp harga kereta plg murah pun 10kali ganda gaji kebanyakan org..silap siape?kerajaan?ke rakyat?


  • Aku xpernah pakai keter proton sblm ni…family aku pn xpernah pakai…aku pkerja gaji ptngahan..masa 1st nak beli proton. .aku takut bila baca dn tgk komen dan user review…90 percen kutuk 10 percen sokong..yg pelik..dah beli dn guna tp tetap kutuk kete sndiri…aku plak kat showroom saleman dah kenal aku…sjak dr inspira hngga la ke preve aku dok ulang tgk singgah test drive…amik masa btahun tok aku fikir dn beli..akhirnya aku beli proton cfe..exora..
    Aku nak tekankan di sini. .jgn terpengaruh dgn komen dan rasailah sdiri. .kete proton dah lebih baik..kualiti da meningkat…balik raya dgn exora, 3 abg aku masing2 dgn bmw 5serie baru, mazda 5 mpv dan altis g…dowg try kete aku..xde sowg pun kata xok dgn harga rm80k…cuma cvt shift sgt lmbat..

    ps – aku tau off topic…tp klu nak beli..xkn rugi dgn specs..test sdiri rasa sndiri..yg kowg dok komen xelok bkn ko nak beli..jd be +ve..bkn smua mampu beli kete 80k..dah beli kena fkir maintenance…dr aku dok jg kete h atau t harga 80k tp maintenace xmampu aku gak susah…jd proton pilihan terbaik.


  • Weng.. ko betul.. mmg betul.. jiran aku pakai w…h.. x lama.. sbb aircond rosak.. nk repair 5k ktnya.. jual terus.. pakai korea plk.. exora bold jg jd pilihan ht..


  • @zer

    untuk makluman…sy pengguna proton sejak 1991 – 2011 (dah jadik kenangan)
    next car beli kia..tahan 7 tahun..jadik kenangan jugak…serik dengan kia sebab spare part mahal..sume kene barang ori dari korea…sebab penah overhaul sebab gune timing belt ah beng, putus tengah jalan..3k++ hangus…next car Inspira…ini kete terbaik dari proton yang penah pakai…pastu 2012 beli Preve…kete nih ok..tapi Inspira lagi ok sebab laju dan luas (1.8L kan)…fail kat bonet je kecik…oh satu lagi..abg aku pakai Neo..nih kete terbaik handling..merempit pakai nih memang sedap…design untuk race..

    sebenarnya masalah proton tu datang dari owner sendiri..maybe 20%-30% kot..mase service tak ikut millage service book..tukar minyak hitam tanak tukar skali filter..bile tukar barang amek murah punya..tanak Proton Genuine Part..tinted nak 7-8layer…dah tu cepatle rosak power window..sportrim nak 18-19″..bile bearing rosak..salahkan kereta…nek exora cfe tekan 200kmj nonstop pastu bile enjin problem dah bising…MPV bukan Racing Car…

    p/s: tapi aku tak puas hati satu je ngan proton…Dealer SC proton…attitude..barang2..service..hampeh…
    aku suke lagi pegi kat SC Branch..hadiah pon tak sorok…
    sorry la kalo nampak menyokong sangat..tapi memang pon hahaha…

    btw..sekurang2nye aku salur duit kat ‘orang’ yang akan sedekah duit kat mesjid…

Leave a Reply