Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memulakan Operasi Bersepadu Khas untuk cermin gelap, nombor pendaftaran kenderaan, Strobe Light dan HID pada 1 November depan. Operasi yang bakal dijalankan oleh JPJ bersama SPAD bakal mengambil tindakan kepada pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, menukar lampu HID yang telah dipasang secara retrofit (pemasangan komponen lampu HID yang bukan daripada pengeluar kenderaan) kepada lampu mengikut spesifikasi asal dan menanggalkan Strobe Light daripada papan pemuka atau mana-mana bahagian yang dipasang dengan alat tersebut.
Jika didapati melanggar peraturan tersebut saman dan notis larangan akan dikeluarkan secara serentak mengikut kesalahan di bawah Kaedah 6(7) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959. Kompaun sehingga RM70 dikenakan untuk motosikal (kurang 250cc) dan RM100 motokar dan motosikal (lebih 250cc) untuk kesalahan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi. Untuk kesalahan penggunaan Strobe Light dan HID, kompaun sekurang-kurangya RM100 bakal dikenakan.
Untuk cermin gelap, kadar baharu ketelusan cahaya adalah seperti berikut :
- Cermin Hadapan – 70%
- Cermin Sisi Pemandu dan Penumpang Hadapan – 50%
- Cermin Sisi Penumpang Belakang – 30%
- Cermin Belakang – 30%
Operasi yang melibatkan cermin gelap akan bermula tahun hadapan. Jadi nasihat saya kepada pengguna jalan raya supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agar kita tidak dikenakan sebarang tindakan. 🙂
bukan ke sudah ditunda ke 1 mei 2015?
yang itu untuk cermin gelap sahaja
Yang strobe light tu termasuk kereta yang guna F1 brake lamp tu ke? macamana dengan skuter yang ada lampu brek kelip2 warna biru tu pula?
Yang aku perhatikan, ramai yang buat no plate kenderaan yang tak ikut spec JPJ. Aku nak tengok, setakat mana JPJ berjaya menangani mereka yang melanggar peraturan ni.
No plat yg jpj tetapkn ni mcm bosan sgt la.. Xkan xboleh customization skit2.. Aq gne no plat karbon.. Huruf pn besar cam singapore pnye style tu.. Xkn xnmpak kot if kena speed trap…