ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan perkenal Sylphy talaan IMPUL

Views

01_Nissan Sylphy_Tuned By IMPUL_Front

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini telah memperkenalkan model Nissan Sylphy talaan IMPUL. Sylphy menyertai X-Gear, Grand Livina dan Almera untuk menerima talaan IMPUL di Malaysia. IMPUL adalah syarikat talaan Nissan dari Jepun yang kaya dengan warisan sukan bermotornya.

Antara ciri yang menyerlah pada Nissan SylphyTalaan IMPUL ialah bampar spoiler pada bahagian hadapan dan belakang, skirting sisi serta rim aloi bersaiz 17 inci dengan teknologi rekaan roda terkini. Varian ini 25mm lebih rendah berbanding model standard. Ia juga dilengkapi wing spoiler yang menjadi tanda IMPUL dan berfungsi mengoptimumkan aliran udara. IMPUL Sports Springs pula menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih lincah dan responsif, sekaligus menambah elemen sporty kedalam varian terbabit.

Semasa pengenalan Nissan Sylphy talaan IMPUL, Pengarah ETCM, Dato’ David Chen berkata, “Kami di ETCM teruja untuk memperkenalkan varian Nissan Sylphy talaanlMPUL yang lebih sporty kepada para pelanggan. Dengan karekteristik dan kelincahan yang telah dipertingkatkan, ia pastinya mampu menawarkan pengalaman pemanduan lebih dinamik.”

02_Nissan Sylphy_Tuned By IMPUL_1.8E

Nissan Sylphy talaan IMPUL boleh dilihat secara dekat dan dipandu uji di Acara Pandu Uji Awam Sylphy dan Teana bertempat di Car Park 2, Desa Park City pada 16 dan 17 Ogos 2014, dari 10 pagi hingga 10 malam. Pengunjung boleh menghayati ‘Teana Car Theatre’ (Teater Kereta Teana) untuk merasai sendiri pengalaman sistem bunyi keliling Teana serba baharu. Sistem Audio Premium BOSE dengan sembilan unit pembesar suara itu menawarkan kualiti bunyi yang mengagumkan.

Sebagai tambahan, hadiah-hadiah istimewa seperti sistem musik BOSE SoundTouch™ Portable Wi-Fi® (bernilai RM2,290) dan produk kosmetik Shiseido Global Suncare (bernilai RM375), turut disediakan. Pelanggan dan para pemilik Nissan Sylphy yang ingin menaiktaraf kenderaan mereka dengan pakej IMPUL boleh terus menghubungi divisyen IMPUL di talian 03-4047 8786 atau [email protected]. Layari laman web: www.impul.com.my untuk maklumat lanjut.

Pakej Nissan Sylphy Talaan IMPUL

PakejNissan SylphyTalaan IMPUL Harga alat ganti
Aerokit(termasuk Bampar Spoiler Hadapan dan Belakang, Skirting Sisi dan Wing Spoiler Belakang)RM 3,600 (E)
RM 3,000 (VL)
Rim Aloi IMPUL Aura SX-20 17 inci(4 unit)RM 4,500 untuk setiap set
Tayar Continental Premium Contact 2 (4 unit)RM 1,800 untuk setiap set
IMPUL Sports SpringsRM 1,000

* Wing spoiler belakang IMPUL hanya boleh didapati pada varian 1.8L E.
**Diskaun ke atas Pakej Nissan Talaan IMPUL akan diberikan dengan pembelian Nissan Sylphy serba baharu.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments

Leave a Reply