ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan NP300 Navara serba baharu akan tiba November ini!

Views

01 Photo_Coming Soon_Nissan Navara

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd (ETCM) hari ini mengumumkan bahawa model Nissan NP300 Navara serba baharu bakal tiba di pasaran Malaysia pada November 2015. NP300 Navara melakukan debut tahun lalu di Thailand. Ia juga telah dilancarkan di Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja, Filipina, Indonesia dan Australia pada tahun ini. Terbaharu, NP300 Navara diperkenalkan di Eropah semasa Frankfurt Motor Show 2015.

Navara generasi ke-12, NP300 Navara lahir daripada warisan trak pikap Nissan yang panjang iaitu selama 80 tahun. Ia terbukti menerusi lebih 14 juta orang pelanggan di 180 buah negara. Legasi kecemerlangan dan kebolehpercayaan Nissan dalam segmen yang sangat mencabar ini sememangnya tidak dapat dinafikan. NP300 Navara mencipta penanda aras dengan reka bentuk baharu, keselesaan premium, kemudahan dan teknologi termaju. Karekternya menawarkan fleksibiliti untuk menjadi tahan lasak dan boleh dipercayai untuk melaksanakan tugas, malah ia juga selesa dan luas untuk aktiviti hujung minggu.

Ketika mengumumkan ketibaan Nissan NP300 Navara serba baharu, Pengarah Perancangan Produk dan Pemasaran ETCM, Tan Keng Meng berkata, “Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Nissan NP300 Navara serba baharu ke pasaran Malaysia. Kami percaya bahawa NP300 Navara memiliki banyak kelebihan dengan reka bentuk yang berani dan pelbagai ciri inovatif. Setiap inci NP300 Navara telah dijurutera untuk mengatasi cabaran laluan paling sukar,pada masa sama menawarkan pengalaman pemanduan yang selesa -sekali gus menjadikannya trak yang tiada tandingan.”

Enjin 2.5L Diesel YD25Nissan yang telah ditambah baik mampu menawarkan kuasa maksimum 190 PS dan tork 450Nm/2,000rpm, menjadikannya trak pikap paling berkuasa dalam segmennya. Dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan bersama mode manual – pertama dalam kelasnya – NP300 Navara menjadi peneraju dengan lebih kuasa, pecutanyang lebih lancar serta menjimatkan bahan api.

Sebagai trak pikap buatan Jepun pertama di Malaysia yang dilengkapi suspensi belakang jenis Multi-Link, NP300 Navara benar-benar mendefinisikan semula aspek pemanduan yang selesa. Sistem suspensi serba baharu yang tahan lasak ini dapat meningkatkan keseronokan pemanduan dan pengendalian yang lebih lancar dan stabil – membawa tahap keselesaan seperti SUV – walaupun dengan beban penuh.

Dari arah hadapan, DNA reka bentuk Nissan yang tersendiri itu cukup menonjol. Lampu Utama LED yang lengkap dengan Lampu Nyalaan Siang (DRL) berbentuk ‘boomerang’ Nissan yang pertama dalam kelasnya, melengkapkan gril signatur ‘V-motion’ Nissan serta menyerlahkan aspek estatiknya. Di bahagian belakang, spoiler baharu menunjukkan sifat sporty NP300 Navara.

Keselesaan adalah sangat penting untuk trak pikap sebenar. Jadi, NP300 Navara mengaplikasikan Tempat Duduk yang Diinspirasikan daripada Graviti Sifar (Zero Gravity Inspired Seats) seperti model-model premium Nissan lain. Tempat duduk ini memberi sokongan pada tulang belakang pemandu dan penumpang hadapan. Manakala pendingin hawa dua zon dan corong udara di bahagian belakangpula memberikan penyejukan kabin yang optimum.

Rakyat Malaysia yang ingin melihat trak pikap ini dengan lebih dekat dijemput untuk mengunjungi Siri Jelajah Nissan yang diadakan di seluruh negara bermula 15 Oktober 2015. Pengunjung juga boleh melihat paparan 3DNP300 Navara di lantai yang pertama seumpamanya.

Orang ramai boleh melayari laman web: www.np300navara.com.myuntuk mengetahui warisan trak pikap Nissan selama 80 tahun dan mendaftar minat mereka terhadap NP300 Navara untuk mendapatkan satu jemputan pandu uji eksklusif, atau hubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800 88 3838 untuk maklumat lanjut.

Perincian mengenai Siri Jelajah Nissan adalah seperti berikut:

TarikhWilayahLokasi
15 – 18 OktTimurKota Bharu Mall
21 – 25 OktTengah1 Utama Shoping Mall
6 – 8 NovSelatanBatu Pahat Mall
10 – 15 NovUtaraAeon Station 18
12 – 15 NovTengahASEAN Auto Show
12 – 15 NovUtaraSunway Carnival Mall
15 – 21 NovTimurTesco Kota Bharu
18 – 22 NovTengahIOI City Mall
20 – 22 NovSabahImago Kota Kinabalu
20 – 22 NovSarawakCity One Kuching
20 – 22 NovSelatanMydin Seremban
the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply