ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Kicks Concept beri gambaran model produksi masa depan

Views

Nissan-Kicks-Concept-1

Nissan turut tidak ketinggalan untuk memeriahkan Sao Paulo Auto Show di Brazil dengan pengenalan model konsep Kicks, yang merupakan kajian untuk menggambarkan model produksi untuk pasaran tempatan. Direka dibawah kepemimpinan Pusat Rekabentuk Global Nissan di Jepun, crossover bandar ini mendapat sentuhan dua pasukan – Pasukan Rekabentuk Nissan Amerika (NDA) di San Diego, Amerika Syarikat dan Nissan Design America Rio (NDA-R), studio satelit untuk rekabentuk yang dibuka di Rio de Janeiro, Brazil.

Pereka Nissan mengatakan model ini merupakan versi lebih matang Extrem Concept yang diperkenalkan dua tahun lalu di Sao Paulo. Nissan Kicks Concept berukuran 4,300mm (169.3inci) panjang, 1,800mm (70.8inci) lebar dan 1,600mm (63inci) tinggi, dengan jarak roda 2,620mm (103.1inci). Model produksi Nissan Kicks nanti juga sesuai untuk pasaran di negara lain, menurut eksekutif Nissan.

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Nissan-Kicks-Concept-3 Nissan-Kicks-Concept-6 Nissan-Kicks-Concept-22 Nissan-Kicks-Concept-23 Nissan-Kicks-Concept-26

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply