ARKIB

KATEGORI

Buletin

NAZA World Cares hantar bantuan untuk mangsa banjir

Views

#nazaworldcares_002

NAZA World baru-baru ini menderma RM400,000 dalam bentuk makanan dan bekalan kepada mangsa banjir melalui tanggungjawab korporat sosialnya, serta menggerakkan inisiatif NAZA World Cares yang merupakan kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Kumpulan NAZA dan Kumpulan Eftra. 50 orang sukarelawan telah digerakkan dengan beberapa unit kenderaan Chevrolet Colorado dan Captiva telah menghantar semua bekalan ke Pantai Timur bersama dengan lima lori bantuan.

Bekalan telah diagihkan kepada 1,500 keluarga (kira-kira 7,500 orang sama sekali) di Kuantan, Pahang dan Kuala Krai, Kelantan, yang telah dipindahkan akibat banjir. Selain penghantaran bantuan, NAZA World Cares menganjurkan perjalanan kedua apabila hujan dan banjir reda, untuk kerja-kerja pembersihan dan usaha membina semula.

“Pihak NAZA merasa yakin bahawa kita perlu memainkan peranan penting dalam menyumbang semula kepada masyarakat, kata Encik Ananthan M. Raman, Ketua NAZA World Cares. Ini adalah program ketiga yang melibatkan NAZA World Cares dalam tahun 2014. Pada awal tahun ini, pasukan itu telah membantu dalam Misi Bantuan Banjir di Kuala Lipis dan Cameron Highlands dengan menderma barangan elektrik.

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

#nazaworldcares_003 #nazaworldcares_008 #nazaworldcares_011 #nazaworldcares_012

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • what ever it is, proton iriz is a good car, its the best among proton range in term of steering seat an pedal relation, seats are snug fit, steering has a good contouring, brake peal is not sticking high like the saga.
    EPS is not dumb like the honda city.

    the ride is very well compliance. engine department is not an ‘A’ . manual should be choice in order to forget about the cvt.

    in short i enjoy the iriz, good riving position, sold chassis with goo ride quality. town driving and blast on the highway where both character makes the car an all rounder.

    (sorry the topic is still about proton)

Leave a Reply