ARKIB

KATEGORI

Buletin

Model sedan Perodua (D63D) kini sedang dibangunkan!

Views

bezza facelift

* Illustrasi daripada Irfendy Mohamad

Akhirnya Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid memberi sedikit butiran mengenai model sedan Perodua (kod nama D63D) yang kini sedang dibangunkan. Model sedan pertama dari Perodua itu kini dalam fasa prototaip. Perodua juga telah membuat penilaian enjin, platform dan kotak gear untuk model tersebut. Berkemungkinan besar model D63D dibangunkan daripada platform Toyota/Daihatsu yang sedia ada namun tiada sebarang maklumat diberikan buat masa ini.

Rekaan model tersebut akan dibuat sepenuhnya dibuat oleh Perodua. Model ini juga disasarkan untuk mendapat penarafan lima-bintang NCAP. Jadi ini bermakna model D63D akan dilengkapi dengan sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) yang menjadi elemen wajib untuk mendapat penarafan pengiktirafan tersebut.

Melalui maklumat yang saya dapat, model D63D bakal dilancarkan pada tahun hadapan. Sebelum ini Perodua telah mempertontonkan dua model sedan konsep, Bezza dan Buddyz di KLIMS, . Namun inilah pertama kalinya model sedan menjadi kenyataan. Nantikan kemunculannya!

* Saya dengan jurutera Perodua sedang menguji model ini. Kalau ada terjumpa kereta berkoyok nanti jangan lupa ambil spyshots tau, hehehe 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

37 Comments


  • Bakal bersaing dengan Saga3.. Kedua-duanya disasarkan untuk mendapat penarafan 5 bintang ASEAN NCAP.. Julat harga(tidak rasmi) Perodua (D63D) & Saga3 diantara rm30k hingga 60k (berdasarkan Saga & Myvi sedia ada)

    Pengikut perodua(myvi) memang menantikan model baru dari perodua kerana imej (myvi) yang sudah rosak.. Mereka mahu beralih arah dari myvi kepada model baru selain Axia dan Alza..


  • sedang menguji model ni??amboi..dah siap ke??diam2 terus siap..nak buat model baru main masa gak patutnya…
    anyway bagusla..bertambahla kete2 yg lebih safety..


    • “Sebelum ini Perodua telah mempertontonkan dua model sedan konsep, Bezza dan Buddyz di KLIMS”, .. RnD hampir 10 tahun, menghasilkan dua model konsep(Bezza dan Buddyz) dan model D63D akan di produksikan besar-besaran.. 😮


  • Perodua dh jauh lari dari matlamat asal di awal penubuhannya iaitu hanya mengeluarkan kereta kompak mampu milik untuk rakyat.buktinya dh 21 tahun usia perodua betulkan aku kalau aku salah hanya mengeluarkan kereta bersaiz kompak termasuk model suv dan mpvnya.bakal hasilkan model sedan pertama adakah model terbaru perodua akan direbedge dgn mana2 model Toyota atau 100% R&D perodua sendiri???excited tk sabar nk tengok mcm mana design rekaan 100% perodua sendiri.5bintang ncap???wow selepas ini tiada lg model perodua tin kosong.mungkin selepas ini semua model keluaran terbaru perodua disasarkan mendapat penarafan 5bintang ncap spt proton siapa tahu…nampaknya perodua betul2 nk fight dgn proton ni.baguslah persaingan yg sihat…dengarnya perdana generasi ke 3 nk launching thn ni betul ke???sampai sekarang takdak lg spyshot senyap je.


  • KALAU BENAR PERODUA YANG BUAT MAKNANYA PERODUA AKAN MENGELUARKAN MODAL SENDIRI.SEBAB KONGSI PLATFORM GUA LETAK KOS RM300 JUTA.DULU PERODUA BOLEHLAH BERLAGAK SEBAB HANYA PASANG(COPY PASTE) ITU PUN JEPUN TAK PAKAI DAIHATSU PUN.MACAM CHINA BANYAK KERETA MAT SALLEH DALAM NEGARANYA.KALAU TENGOK GAMBAR MACAM SUZUKI SWIFF(BELAKANG).GUA TAK MINAT KOMEN KALAU BENDA BELUM ADA LEBIH- LEBIH KOMUNIS YANG SURUH PROTON PACK BARANG.CAKAP BERDEKAH-DEKAH OTAK PENDEK.


  • Di akhir zaman, mmg gosip & fitnah terang terangan jadi rujukan kpd mereka yg zalim mulut….. matlamat mereka ini adalah ingin menabur pasir pd business manusia lain dan menguasai persepsi minda. Bila minda telah dikuasai bahan negatif, maka mudah dakyah melemahkan kesepakatan masyarakat yg akhirnya akan melemahkan negara. Maka kita mesti semak, rujuk, kaji dan mentelaah segala berita yg mereka keluarkan. Berita negatif akan beri impak negatif kpd pembaca. Berita positif pula akan beri impak positif kpd pembaca.

    Komen utk produa, then why kaitkan proton dlm hal ini….. utk bersaing sihat adalah ko buat hal ko, dan aku buat hal aku. Then bila produk dh siap maka dijuallah….. jgn jadi batu api utk book tempat di api neraka. Bokeh pulak, bias kepada satu pihak…. itu namanya bersetongkol dan perangai melaga2 antara manusia supaya sensitiviti meledakkan kemarahan berlaku.

    Komen spt ini mempunyai Maksud tersirat dan tersurat dlm setiap komen nya yg bakal menjejaskan matlamat persaudaraan dikalangan manusia. Manusia suka melaga-laga sesama sendiri ini bakal dibalas dgn kedua- duanya masuk dlm kawah api neraka.

    JOM AMAL BUDI PEKERTI MULIA


  • itu hari aku bawak sorang member.. pi kluar makan belah mlm.. dia ni jenis tak beli keta proton.. skrg ade 2 keta .. keta kedua dia perodua.. pertama utama toyota hilux..

    aku naik exora bold cfe jerr.. premium spec.. memula dia naik.. dia kagum pickup exora dgn reverse camera hahaha.. nk tergelak aku..dia ni mcm tak pernah naik keta proton agaknya.. lepas tu tanya aku .. ni vcd player.. seat kulit.. bla bla bla..

    pastu aku jawab selamba ..keta proton la ni ok dah pastu aku diam.. biarkan dia dengan gelagatnya,…

    p/s: nampak sangat ramai yg tak ambik tahu pasal proton tapi akibat dimomokkan dengan persepsi persepsi negatif.. proton semacam di ainaya dgn benda benda buruk..

    org mcm ni kita kena pulihkan balik minda.. biar dia celik minda.. nak buat perbandingan.. jgn hanya dengar cakap org..rasai sendiri..

    dan pihak proton pulak perlu perbaiki kelemahan yg banyak di peringkat aftersales..


  • RnD Perodua sedan (D63D) sudah bermula lebih 7 tahun lalu.. Sejak dari itu maka terhasilah 2 model konsep perodua sedan.. Pertamanya Perodua Bezza di KLIMS 2010, keduanya Perodua Buddyz beberapa tahun kemudian.. Membangunkan model kereta sendiri bukanlah mudah dan boleh dibina dalam masa yang singkat.. Ianya melibatkan kos yang besar.. Bagi menjimatkan kos, Perodua model D63D dibangunkan daripada platform Toyota/Daihatsu.. Jika kos RnD rendah maka hasilnya juga murah, dan boleh dipasarkan dengan harga yang rendah.. Kami berpendapat teknologi dari kedua-dua model konsep Bezza dan Buddyz akan ada pada sedan D63D tersebut.. Penarafan lima-bintang ASEAN-NCAP..? Kita nantikan.!! 😛


    • dulu sampai sekarang cakap benda sama…… 80% share PRODUA from TOYOTA / DIAHATSU….. sampai bila 2 ckp benda sama lah… dh untung bilion……R&D saya tak mampu lagi lah….. sorry rakyat malaysia.

      Sebenarnya, BOS toyota kata amik je platform aku, duplicate banyak2, tukar sikit2 sana sini, jual biar untung banyak lagi…..then sent to JAPAN your money and to build more Japanese Millionaires.

      Tq


      • Ada benarnya juga, Perodua dimiliki oleh UMW Toyota & Daihatsu(parent company). Kenyataannya adalah Perodua syarikat milik luar(Jepun)..

        Parent : Jan 2015:-

        UMW Toyota(38%)
        Daihatsu(25%)
        MBM Resources(20%),
        PNB Equity Resources(10%),
        Mitsu & Co. Ltd(7%)


    • Mmm… tak sabar nk tgk hasil produksi perodua sedan tu nanti. Cuma x pasti platform apa yg akan diorg guna. Kalau nk buat platform sendiri, x kos efektif (melainkan ada perancangan besar utk satu pelaburan yg besar nie). Tentu guna platform yg sedia ada. Kn perodua anak syarikat Toyota/Daihatsu? Kalau guna platform sedia ada, dah tentu guna platform model toyota sedia ada sbb x mungkin model daihatsu kerana daihatsu x pernah ada model dari platform kereta sedan . Model sedan perodua dijangka dlm B segment low cost. Toyota mgkin bleh offer platform model toyota etios (model b segment utk pasaran india) n vios lama (dari segment yg sama). Kalau offer platform vios baru, tentu sgt2 menarik n berbaloi pada harga rendah sedan perodua:)

      Sy rasa, rekabentuk sedan perodua tentu sahaja akan seperti model prototype buddyz. Cuma akan ada pengubahsuaian reka bentuk setelah membuat kajian citarasa dan feedback org ramai kat prototype buddyz tu.

      Mgkin, dari model sedan perodua nie akan menjadi model sedan pertama daihatsu utk pasaran global yg direkabentuk oleh ‘daihatsu’ Malaysia ini. Sinonim dgn strategi produksi model Axia yg terhasil dari model daihatsu Ayla (toyota Agya), hasil rekabentuk dari team Daihatsu Indoneisa.

      Cheers!


  • Good luck perodua.pada sape2 yg kate perodua cume ada teknologi bumper tu mungkin dh boleh cari altenatif lain tang
    mane pulak nk kutuk.kuikui


      • buat saja,sebab perodua got machine and tools,rather than proton invest to buy machine and tools to make a cylinder head they sub perodua to make it follow proton design and needs,so the budget for that they can use for other important such as HPF machine and etc, bukannye perodua fully build from scratch pon..


  • Perkongsian platform

    Kolaborasi dan usahasama tidak asing dalam dunia automotif sejak dulu lagi….. Satu organisasi perniagaan lazimnya dibentuk untuk mencari ‘keuntungan’ yang akan menambah kekayaan pemiliknya dan membesarkan perniagaan tersebut dengan sendirinya…. Pemilik-pemilik dan pengendali suatu organisasi perniagaan mempunyai satu daripada objektif utama iaitu penerimaan atau penjanaan satu pengembalian kewangan di dalam pertukaran bagi kerja dan penerimaan risiko…..

    Jadi apa yang penting dalam usaha sama diantara Toyota -Daihatsu dan Perodua(perkongsian platform) adalah keuntungan…. Disamping itu mereka dapat meneroka “projek-projek baru; perkongsian produk, teknologi dan pengeluaran (kapasiti & fasiliti).”

    Jika anda berada dalam kelompok pentadbir sesuatu organisasi perniagaan, perkongsian, usahasama, kolaborasi adalah sesuatu yang perlu untuk mengembangkan perniagaan anda serta menambah keuntungan organisasi perniagaan itu sendiri…. Pemikiran seperti ini adalah terbuka dan luas dalam dunia perniagaan….
    Marilah kita luaskan pemikiran kita, ‘Perkongsian platform’ adalah perkongsian bijak….

    Mitsubishi dan Renault-Nissan syarikat automotive yang ‘berkongsi platform’ sejak 2011 modelnya keretanya dan Mereka mendapat manfaatnya…..


  • Hahahhaa….

    Wah ramainya peminat Perodua dan toyota…..

    Ramai pulak bagi idea bernas… dan tak bernas pun ada gak tu….keter x kuar lg puji melambung bagai dan Proton plak kena kondem bagai….. tak tau apa yang nak ditegakkan sebenarnya….

    Apa pun tunggu kuar dulu la sampai kuar model tu……tp g test drive la dulu pakar2 semua..

    Tapi product loyalty tu akan menyebabkan yang keter perodua still continue ngan jenama perodua la kot…

    Yang pernah pakai proton tp dpt keter yang ada masalah akan lari ke Jenama Cik H, T, Hy dan sebagainya…

    Tak der apa yang pelik pun antara Perodua dan Proton… kedua-duanya mempunyai kelemahan dan kesilapan masa silam….

    Perodua contohnya terdapat juga produk yang gagal di pasaran – Nautica… ada berapa yang laku….. Kembara juga sales agak slow…. rusa pun tak meletup mana pun….

    Tapi tengok juga sepanjang tempoh yang lepas dari mula dilancarkan berapa model yang keluar setakat ni….? 10 model….. tambah model facelift….

    Perodua Kancil (Perodua Nippa, 1994-2009)
    Perodua Rusa (1996)
    Perodua Kembara (1998-2008)
    Perodua Kenari (2000)
    Perodua Kelisa (2001, Pengeluaran dihentikan pada 2007 selepas pelancaran bagi Perodua Viva)
    Perodua MyVi (2005)
    Perodua Viva (2007-2014)
    Perodua Nautica (2008)
    Perodua Alza (2009)
    Perodua Axia (2014)

    yang meletup kancil, kelisa, viva, myvi dan axia

    *** Sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Perodua

    Proton pula pernah alami zaman kecemerlangan dan kegelapan dan setakat ini dah kuar lebih 18-20 model…… tambah model facelift

    Proton Arena: Sebuah trak utiliti mini yang juga dipanggil sebagai Proton Jumbuck di UK dan Australia).

    Proton Exora: MPV pertama Proton ini dilancarkan pada 15 April 2009. Pembangunan model ini bermula daripada sifar dan ia merupakan MPV pertama yang dihasilkan oleh Malaysia.

    Proton Gen-2: Satu-satunya kereta buatan Malaysia sepenuhnya (termasuk chasis dan enjin) dan merupakan model gantian untuk Proton Wira; dilancarkan pada 8 Februari 2004.

    Proton Inspira: Sebuah model yang berasaskan Mitsubishi Lancer GT.

    Proton Iswara: Merupakan perubahan rupa bagi Proton Saga; dilancarkan pada 1992.

    Proton Juara: Sebuah MPV yang ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi Town Box.

    Proton Persona: Dilancarkan pada 15 Ogos 2007. Kereta sedan 1.6 liter ini berasaskan kepada model terdahulu, Proton Gen-2 dengan menampilkan bentuk sedan berbanding Gen-2 dengan bentuk hatchback.

    Proton Perdana: Berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk pasaran kereta mewah pada 1994.

    Proton PERT: Mempunyai ciri yang sama seperti Mitsubishi Lancer Evolution. Model ini hanya digunakan pada Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC).

    Proton Prevé: Kereta sedan bertaraf dunia yang dihasilkan oleh Proton sebagai model pengganti kepada Proton Persona. Model ini dilancarkan pada 16 April 2012 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Proton Prevé merupakan kereta buatan Malaysia pertama yang berjaya mencapai 5/5 bintang daripada ujian ANCAP di Australia.[1]

    Proton Putra: Sport coupé dua-pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Asti/Lancer.

    Proton Saga: Merupakan model pertama, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke-100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Model generasi kedua Proton Saga dikeluarkan pada Januari 2008 dengan reka bentuk serba baru rekaan Proton sendiri serta menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L.

    Proton Satria: Hatchback 3-pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Colt.

    Proton Satria GTi: Hatchback sport 3-pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport untuk market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Enjin berkuasa 4-silinder 1.8 liter DOHC.
    Proton Satria Neo: Merupakan rekaan asli Proton yang menggantikan Proton Satria generasi pertama. Ia dilancarkan pada 16 Jun 2006 dan dilengkapi dengan enjin Campro 1.6L dan 1.3L.

    Proton Savvy: Dilancarkan pada 8 Jun 2005. Merupakan kereta kompak 5-pintu, model gantian untuk Proton Tiara. Kereta ini menerima enjin dan kotak gear semi-otomatik dari Renault.

    Proton Tiara: Merupakan kereta kompak berasaskan Citroën AX, direka di bawah lesen Proton dari 1996 hingga 2000.

    Proton Waja: Juga dipanggil Proton Impian di Eropah, ia merupakan kereta Proton yang pertama direka sendiri. Chasis kereta diambil dan direka berpandukan chasis daripada Mitsubishi dan Volvo serta dibekalkan dengan enjin Renault. Asalnya model Proton Waja 1.6 menggunakan enjin Mitsubishi model tahun 2000 tetapi kemudian ia mula menggunakan enjin Campro pada tahun 2006. Pada tahun 2008, enjin Campro pada Proton Waja turut dilengkapi teknologi pemasaan injap boleh laras Campro CPS.

    Proton Wira: Juga dikenali sebagai Proton Persona di beberapa pasaran luar negara; ia telah diperkenalkan pada 1993 berasaskan Mitsubishi Mirage/Asti/Lancer. Telah terjual sebanyak 220,000 unit di antara 1996 dan 1998. Model ini amat popular di Malaysia.

    Proton Iriz: Dikenali sebagai Proton Global Small Car (GSC) dan Proton Compact Car (PCC). Kereta ini dilancarkan pada 25 September 2014.

    ** Sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_(syarikat)

    Yang laku satu masa dulu.. saga, iswara, wira (masalah power window), BLM, Exora

    Dengan pengenalan model sedan dari perodua ianya adalah amat menguntungkan kita sebagai pengguna kerana syarikat2 ini akan bertambah berdaya saing dan akan menawarkan lebih banyak penambahbaikan…..

    Bungkus atau tak syarikat kita tengok kemudian….

    Aper pun pengalaman saya menggunakan 2 jenama sebelum ini cik H dan Cik N…. Cik N paling best….

    Tapi sekarang guna Proton… setakat ini ok la tapi masih belum mencapai tahap keter jenama luar…. tapi bagus banyak penambahbaikan… harga keter proton mempengaruhi kualiti keter..

    tp 1 kes dulu yg tak akan dilupakan….. hos radiator bocor time raya cina…. pomen tu ckp kalau saya bukak ini hos sekarang… ini kereta kena tinggal sini… kalau mau pakai ini kereta u kena rajin check air nanti lepas chinese new year baru repair…. ini hos kena order baru ada… kalau proton pny hos saya ada 1 almari u boleh pilih…..

    *** ini hanya pandangan peribadi saya

Leave a Reply