ARKIB

KATEGORI

Buletin

Model Proton apakah selepas Iriz?

Views

perdana r 2

* Foto hiasan

Selepas pelancaran rasmi Proton Iriz, kita bakal menyaksikan beberapa lagi model baharu yang bakal diperkenalkan oleh Proton tahun hadapan. Salah satu daripadanya adalah model gantian Perdana fasa 2, yang dikatakan mempunyai rekabentuk yang berbeza sepenuhnya dengan model baharu Perdana (rebadged Honda Accord generasi ke-8) namun masih menggunakan platform yang sama. Dikatakan rekabentuk model tersebut lebih cenderung kepada model segmen D dari Eropah sebagai contoh Audi & Volkswagen. Ada juga yang mengatakan model tersebut mempunyai gaya rekaan seperti Geely GC9 (foto di bawah).

Geely-GC9-1

* Foto hiasan

Saga generasi ke-3 juga bakal diperkenal, namun pembangunan model Saga baharu masih belum bermula. Saga 3 mungkin versi sedan bagi Iriz, tetapi Proton juga boleh membuat sedikit kelainan untuk membezakan Saga dengan Iriz. Contoh terbaik yang boleh diambil adalah Honda City dan Jazz, platform dan enjin yang sama tetapi ada perbezaan rekabentuk yang agak ketara.

Unit R&D Proton juga kini sedang membangunkan enjin GDI (Gasoline Direct Injection) dan TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection) namun semuanya terletak pada pihak atasan untuk meluluskannya atau tidak. Enjin yang menggunakan teknologi suntikan terus ini bakal mempunyai versi 1.3 dan 1.6 liter, berprestasi lebih tinggi dan menepati piawaian Euro 6. Tempoh pembangunan dijangka sekitar 2 hingga 3 tahun sehingga sedia untuk dikomersilkan.

info enjin iriz 1

* Foto hiasan

Enjin NE01 fasa ke-2 juga telah siap dibangunkan, namun enjin berkapasiti 2.0 liter berkuasa 147kW@7300rpm dan tork 210Nm@6250rpm ini bakal dijual kepada pengeluar kereta lain yang berminat. Kos pengeluarannya yang agak tinggi dan jumlah jualan yang agak sedikit mungkin membataskan kemampuan Proton mengkomersilkannya. Diberitakan juga Hyundai berminat untuk membekalkan kotak gear kepada Proton namun berita ini masih belum dapat dipastikan kesahihannya.

* Misi kita seterusnya adalah untuk menantikan kereta dengan pelekat penyamaran melakukan ujian jalan raya. Nantikan ulasan pandu uji Proton Iriz, minggu ini pihak media akan diberi peluang menguji Iriz sehingga ke utara. Tunggu… 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

50 Comments


  • Untuk tahun depan, lebih elok proton keluarkan preve facelift yang ditambah baik dan melancarkan CFE dgn gear manual sebelum melancarkan model baru.

    Dengan keadaan ekonomi yg tidak menentu, di samping rasionalisasi bahan api, tahun 2015 bakal memberikan cabaran tersendiri kepada industri automotif tempatan. Orang ramai pasti berkira2 untuk membeli sebuah kereta dan berhati2 bagi memastikan ia tidak membebankan kewangan mereka.


  • 147kW@7300rpm dan tork 210Nm@6250rpm

    high revving engine.. menarik juga 🙂

    sokong je kalau proton jual enjin kepada pengeluar kereta lain, boleh income dan lebih banyak parts on market..


  • haih, nice info je la tentang enjin gdi,tgdi tu… after 2-3 thn enjin euro 6 proton siap.. ntah2 kat europe dah euro 7,8,9 kot…


  • Ramai yang terkejar2 nk lihat model apakah selepas ini..
    tp aku lebih berminat powertrain apa yg lebih baru Proton nk hasilkan..dr nak hasil kan model FL or baru..

    Aku harap sgt Proton tumpu pada engine n powertrain bg ‘master’ dlu.
    engine yg mencapai EEV, transmission better selain CVT virtual gear tu.
    Engine Proton skrg ‘kurang’ lasak dan ekonomik pd pandangan aku.
    Bg pemilik lama engine Campro IAFM+ dan CFE, bleh tahu apa maksud aku
    selepas service major di SC, engine tu dh ‘tak serupa asal’
    banyak characteristic termasuk bunyi-bunyian sudha berubah.. resonance nya.. etc
    sbg contoh berbeza dgn engine Magma Mitsubishi dlu, nampak mcm ‘buruk’ selekeh carb nya.. tapi overhaul selepas 200k mileage, engine tu mcm ‘baru’ nafasnya.
    Sorry Campro takkan dpt balik mcm asal.

    pandangan aku. Proton Iriz hebat segala segi tp performance engine boleh bagi C+, byk kerja lagi, fine tuning pd rekabentuk engine Proton, dr 2.0 atau nk downsize ke.. ciri2 precision dan output vs fuel consumption selain dr part yg tahan lasak.

    Ini 2×3 buka drain plug oil sump boleh bocor..ish2.. something wrong dgn design or manufacturing Proton ni..

    🙂 🙂


      • Mat Tepet,

        aku harap ko sabar, bace elok2 dan faham, ko ni gopoh la.. 🙂
        ko dah kawen ke belom?

        discussion berasaskan slogan ‘commit to be better’ utk Proton
        cool k bro

        🙂 🙂


      • Bash la apa pun. Proton mmg patut kena kutuk supaya masa2 akn dtg lbh baik. Khidmat lepas jualan proton adlh menyedihkan banding dgn pengeluar kereta luar sekalipun dgn pengeluar kereta adik perodua.


    • So far aku pakai bold cfe dah nak masuk 2 tahun belum ada isu besar selain bunyi agak kuat dari gb, pemanduan bandar cuma sekitar rpm2000 menjimatkan minyak, pemilik cfe boleh faham maksud aku sehingga pemilik alza pun boleh impress prestasi bold cfe ni


      • setakat ni exora bold aku asnagt memuaskan. cuma nvh agak ketara dan bunyi tensior belting bahagian luar agak jelas bunyinya. penggunaan minyak selepas pakai tayar 215/45/17 agak tinggi sedikit sekitar 9.6L/100km kalau kelajuannya 140kmj ++ dengan muatan penuh. kalau sekadar 90kmj penggunaan minyak sekadar 8.8L/100kmj.


    • Aku setuju..Lagipun Tun M sendiri dah cakap, kalau nak pasarkan Iriz ke negara eropah contohnya, ia memerlukan enjin dan transmisi serta tuning yg lebih baik.


  • Mungkin Iriz Hybrid dan EV akan menyusul.. Harap-harap Preve Hybrid juga akan dikomersialkan.. Government sekarang nampak gaya macam nak beri galakan Proton dan Perodua hasilkan kenderaan EEV.. duty exemption untuk kenderaan hybrid CBU dah pun tamat Desember 2013.. duty exemption untuk kenderaan EV dan Hybrid CKD pun mungkin sampai 2015 saja


  • kalau tak silap proton rasanya dah lama plan nak wat engine tgdi nama projek tu pheonix projek dimana ia bergabung dengan Riccardo Lotus dan Proton..namun ia terus sepi bgitu sahaja..kenapa ya??proton sebenarnya ada bnyk teknologi yg mereka telah rancang untuk dibagunkan tetapi tidak dikomersialkan..mohon DRB merealisasikn masa depan Proton tidak seperti melepaskn batuk ditangga yg hnya terhenti diseparuh jalan..ayuh buktikn kemampuan engineer tempatan kita……


        • tu la segala detail rumor enjin family Y ni mmg menarik sbb ada 1.2l,1.5l,1.8l,lau x silalap sbb baca kat funtasticko gak, sebab ia bkn 1.3/1.6l(bosan sbb besed cc campro,wat blok internal baru pun org masih ckp campro), harap projek family Y tu direvivekan la..


    • Sorry kalau aku komen ke arah lain sikit.. melalut jauh ke ufuk langit hehehe

      nama pun blog kan..so rileks la..santai2.. jgn ade yg maki aku plak.. be +ve k… 🙂

      Aku rasa Proton ada byk kelebihan untuk re-engineered DNAs of engine better dr company2 ternama lain. Sbb takdir atas Proton sebenarnya cukup bagus dibandingkan dgn ‘budak’ lain. 🙂

      sbb:

      -20 tahun lebih Proton berkongsi sebanyak yg mampu disedut, teknologi engine Mitsubishi 4GXX series, dr carb system kpd body throttle system. Aku tak rasa engineer or head of power train boleh ‘lupa’ kehebatan dan kelasakkan Mitsubishi 4GXX series ini, dikira antara yg terhebat di zaman itu. Sehingga kini model2 ini masih di mode’kan kaki2 racer, dr body Saga dan Wira etc. Mustahil bg Proton tidak mengkaji dan reverse engineering sedikit sebanyak ‘resepi’ merekabentuk block-intake-combustion-exhausting etc DNA teknologi Japan ini yg mahu tak mau mmg the best, so aku pikir semua resepi ini tersimpan di Proton seadanya.

      -10 tahun lebih Proton memiliki Lotus, melalui Lotus Engineering Proton berkongsi pula DNA Eropah dalam menghasilkan Campro. Di sini Proton betul2 membina engine (tak sure lah berapa betul peratusannya direkabentuk betul2 oleh tangan2 engineer Proton Shah Alam yang dihantar ke UK tu).
      Derivatives varian Campro itu lah Proton telah berdiri megah dan memiliki engine sendiri (excluded transmission) maju ke depan dengan power train sedia ada.. tapi kena terima realiti powertrain dr tujahan engine sedia ada tak boleh untuk bawa Proton jauh untuk bersaing ke pasaran dunia.. dlm keadaan company besar berlumba2 utk hasilkan varian engine baru yang semakin cekap tenaga, Proton masih mengejar track lama mereka.

      tetapi juga, jangan putus asa,

      Proton boleh blends dua ‘resepi’ atau ‘budaya’ DNA dua jenis ini utk hasilkan engine yg terbaik berbanding company Jepun sendiri. Secara detail, engineer2 RnD mesti tahu parameters2 yg perlu diambil kira.
      Apa kelebihan yg ada pada engine Jepun, kita tak boleh padamkan. atau buat2 tak nampak, Jika tidak masakan Toyota dan Honda menguasai 5 tahun berturut2 penguasaan jualan kenderaan penumpang tertinggi sepanjang 5 tahun lepas di USA, pasaran automotif yg paling ‘tough’ didunia (27% & 24% – http://www.bloomberg.com/news/2013-01-03/gm-joins-chrysler-ford-topping-december-sales-estimates.html). Pasaran used car di sana pun dikuasai oleh Japan car jugak.. so? kita nk ckp apa?

      Kemudian kelebihan dr kejuruteraan Lotus sebagai sportscar maker telah sedia ada dalam DNA Campro Proton sekarang. Bagaimana Proton Engineering perlu ambil kelebihan dr DNA engine Jepun, embedded into platform engine baru, xkiralah varian Campro atau E01 Petronas. Tkperlu terlalu berkiblatkan European sgt sedangkan pasaran dunia dikuasai DNA engine Jepun.

      Kita amat mengharapkan prestasi E01 tetapi Petronas belum proven pun pada mana2 kereta penumpang yg dikomersialkan atau track record cemerlang sebagai pembuat engine kenderaan penumpang bertaraf dunia. Itupun suatu risk juga, melainkan technology transfer ke Proton itu adaptable.

      🙂


      • kadang kadang aku terfikir, banyak sekali komen yang mempertikai dan bertanyakan soalan itu dan ini. Kita semua diluar ini hanya mengagak sahaja, kita semua mahu proton kedepan, tp walaubagaimanapun sbnrnya kita perlu tanya sendiri dengan orang dalaman proton akan hakikat yang kita x faham ini, contoh macam engine, kenapa mcm ni, kenapa x buat mcm ni, so mesti ada jawapan dari sana yang kita x tahu


      • ok.. perbincangan yang bagus dan ilmiah… apa salahnya campro sebagai trademark enjin proton. kalau mitsubishi dengan MIVECnya dan Honda dengan Vtecnya.. Ford dengan Ecoboostnya…


        • Masalahnya nama campro dah busuk..macamana nak jadi trademark yg baik kpd proton. penjenamaan semula perlu.

          persepsi orang terhadap campro ialah enjin yg kuat makan minyak dan bunyi mcm lori, walaupun proton dah tambah baik enjin tersebut.


          • walau ditambah baik tetap asas yg sama… kalau proton nak org pandang enjin dia, proton kena buat enjin yg 100% baru… baru org pandang ,baru berubah persepsi org ramai dgn enjin proton


          • nama campro tak ‘busuk’. Itu hanya tektik saingan perniagaan dari jenama lain!!


          • vitec honda pun ambil masa yang lama untuk ditambah baik. bukan sekali buat terus sempurna.


  • salam

    proton perdana keluar dulu.kecuali market push nakkan saga 3 dulu.tapi yang dah ada model yang nampak depan mata ialah perdana…mungkin yang pernah tengok tu gambar model dalam tempat yang sangat rahsia kot…cubalah usha2 sape yang pernah tengok kereta tu…dalaman memang mewang sangat2…yang pernah tengok pun teragak2 nak beli camry atau honda baru ke atau perdana baru ni…dalam sangat mewah..


    • Mmm… sy pun rasa Perdana kuar dulu. Model nie dah terlalu lama berhibernasi n perlu ada come back n muncul seperti raksasa dari gunung Fuji (mcm citer otomen:) ) dlm industri bagi melengkapkan segment D proton yg lebih sempurna:) Saga 3 mgkin lepas tu sebab proton perlu beri masa sekurang2nya setahun utk Iriz menuai hasilnya. Oleh kerana saga 3 berasaskn platform Iriz, kalau kuar cepat sgt, sedikit sebanyak ada kesan kat jualan Iriz walaupun segment varian berbeza.

      Cheers!


  • Alamak Gearbox Hyundai Paling banyak problem, lebih baik Proton jauhkan diri daripada hyundai dan engine dia. Design luaran dan Kualiti interior dia saja baik.


  • Untuk Saga replacement,
    design belakang Proton kena menghampiri design di bawah kalau nak laku
    1) Kia Cerato
    2) BMW M3
    3) Hyundai Elantra
    4) Old Toyota Camry
    5) Mercedez C-Class

    Ni antara design belakang kereta yang lawa

    Design depan Iriz dah cun. Untuk jadikan sedan, proportion mestilah cantik.
    Jangan buat proportion yang nampak pendek macam Preve di sesetengah sudut.

    Trademark terbaru Proton – Rekabentuk kereta mewah dengan harga yang murah


  • competition utk perdana sgt hebat dan sgt sengit..kalo proton mau masuk, pastikan strategy dan kos yg betul..pd aku, market semenanjug malaysia ni, segmen A dan B, dan juga sdkit C , dn jgk mpv sgt popular..focus di situ tidak rugi..


    • Mmm… sebb tu prootn perlu pastikan jualan model2 dari segment B (sedan n hatchback) n mpv berjaya. Dgn itu baru bleh menampung pembangunan model seperti D segment. Kita tau pasaran D segment amat terhad di M’sia. So proton kena hasilkan hingga menepati piawaian global dan market global sedia menanti.

      Cheers!


  • Selagi azlano chief designer teman tak pikir kereta proton akan jd lawa..berharap je la.

    Lps pd persona, model lain seme hampeh.proportion out..teman bukan sokong sgt kamal,tp mmg kenyataan yg ramai org dh sedo pun.

    Iriz ni pun teman tak yakin boleh compete ngan perodua.

    yg paling frust,preve..konsep tuah bukan main lawa,production preve kuciwa..campur harge premium.patut nya preve ganti waja,harga +- 65k.

    moga proton lantik chief designer lain.plis..cukup2 la up azlano konon satria neo dia yg design.dh lapok..

    sekian


  • Proton GDI and TGDI, are they aluminium engines? 2-3 years to develop before commercialize then we can see Euro 7 and higher specifications instead of Euro 6.

    Anyway, how about our petrol? Have to wait so long for euro 4? Government should push harder to ask petrol company to make it faster to deliver better quality fuel for all Malaysian.

    Proton chairman said will launch Saga 3 in one year time, and that was say about two months ago. So Proton still have 10 months, now saying that not yet started. Iriz took 4 years, From Preve to Suprima also about two years right? This Saga 3 based on Iriz, and only 10 months time……

    Speechless…


  • Tapi sebenarnya proportion kereta Proton Preve memang lagi lawa dari Toyota Vios dan Honda City. Cuma Proton perlukan kereta yang lawa lagi dari competitor disebabkan isu kualiti kereta Proton yang rendah dari diorang. Perlu fokus kepada design yang cantik dan teknologi yang tinggi disamping improvement pada kualiti. So, benchmark untuk saga adalah belakang Kia Cerato, Hyundai Elantra, Ford Focus dan BMW M3. Enjin memang kena pakai honda punya….hehehe

Leave a Reply