ARKIB

KATEGORI

Buletin

Miliki kereta Proton baharu dengan hanya RM326 sebulan, kadar faedah serendah 1.99%!

Views

Moon-Dust-Grey

* Foto hiasan

Proton Holdings Berhad telah melancarkan kempen ‘Even More Value’ yang menawarkan lanjutan jaminan sehingga 7 tahun untuk model Proton yang terpilih. Selain itu, kempen tersebut turut menawarkan kadar faedah serendah 1.99% setahun untuk varian Saga dan Iriz yang terpilih, skim pembiayaan 100% untk kakitangan kerajaan, tawaran hebat untuk graduan dan mahasiswa, kadar faedah rendah untuk model Proton yang lain dan banyak lagi.

Promosi berlangsung mulai sekarang sehingga akhir Jun di semua bilik pameran Proton seluruh negara.
“Lanjutan jaminan 7 tahun membuktikan Iriz yang memperolehi pengiktirafan 5-Bintang daripada ASEAN NCAP dan dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan terbaik adalah kereta paling selamat dalam segmennya dengan harga paling kompetitif berbanding pesaingnya. Bermula dari RM326 bayaran ansuran bulanan dengan kadar faedah serendah 1.99% setahun, anda kini boleh membawa pulang sebuah Iriz 1.3L baharu,” kata Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

“Proton adalah satu-satunya OEM yang menawarkan lanjutan jaminan sehingga 7 tahun di negara ini.Selain itu pelanggan juga turut menikmati diskaun sehingga 26% pakej servis untuk untuk model terpilih. Promosi ini akan membolehkan pelanggan mendapat penjimatan yang besar selain ketenangan fikiran apabila mereka membeli kereta Proton,” tambah Dato’ Harith lagi.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

17 Comments

Leave a Reply