* Foto hiasan
Proton Holdings Berhad telah melancarkan kempen ‘Even More Value’ yang menawarkan lanjutan jaminan sehingga 7 tahun untuk model Proton yang terpilih. Selain itu, kempen tersebut turut menawarkan kadar faedah serendah 1.99% setahun untuk varian Saga dan Iriz yang terpilih, skim pembiayaan 100% untk kakitangan kerajaan, tawaran hebat untuk graduan dan mahasiswa, kadar faedah rendah untuk model Proton yang lain dan banyak lagi.
Promosi berlangsung mulai sekarang sehingga akhir Jun di semua bilik pameran Proton seluruh negara.
“Lanjutan jaminan 7 tahun membuktikan Iriz yang memperolehi pengiktirafan 5-Bintang daripada ASEAN NCAP dan dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan terbaik adalah kereta paling selamat dalam segmennya dengan harga paling kompetitif berbanding pesaingnya. Bermula dari RM326 bayaran ansuran bulanan dengan kadar faedah serendah 1.99% setahun, anda kini boleh membawa pulang sebuah Iriz 1.3L baharu,” kata Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.
“Proton adalah satu-satunya OEM yang menawarkan lanjutan jaminan sehingga 7 tahun di negara ini.Selain itu pelanggan juga turut menikmati diskaun sehingga 26% pakej servis untuk untuk model terpilih. Promosi ini akan membolehkan pelanggan mendapat penjimatan yang besar selain ketenangan fikiran apabila mereka membeli kereta Proton,” tambah Dato’ Harith lagi.
Adakah ini petanda jualan Proton semakin merosot atau tidak mencapai target?
berdosakah kalo buat promosi?
Selalu fikir negatif nih
salah tu bro.. ini pentanda proton semakin yakin dengan kualiti produk-produknya….
saya yg bercadang nak angkat 2ndhand ni pun dah teragak2.. sebab kalau bli yang baru, dpt waranty 7tahun. parts-parts pun mungkin baru dan lebih kualiti.
Admin cuba terangkan sedikit pasal 26% diskaun pakej servis. Adakah hanya untuk pembeli baru atau yang telah terjual layak untuk dapat diskaun ini?
Nak kena suap semua info ke….. pandai surf internet so….. pandai cari sendiri lah. Laman web kan banyak….. so slow
Lain kali kalau bukak entry tak yah cerita panjang panjang. Semua buat link kan senang. Bubuh tajuk besar besar cerita bawah semua link. Bangang punya orang camni pon ada.
Baby mintak info… kesian. Menyalahkn org lain pandai…. nah amik ….kus-kus …. mcm bdk sekolah kena suap shj. Truely incompetence.
Sama ngan kompeni tuh memang tak leh dipersoal atau disoal.
hey hey hye, any info or pic tak kat gegar ria pasal model baharu proton disana?
kalau ada info baru pasal proton baru kasi update ya bro campro, x sabaq nak tau
http://paultan.org/2015/05/22/malaysia-vehicle-sales-data-for-april-2015-by-brand/
Rujuk link di atas.. Mmg sale Proton merosot sehingga 50% di bln April berbanding di bln Mac..
Jualan Proton sehingga April adalah sebanyak 32k manakala jualan Honda adalah sebanyak 28k..
Jadi saya rasa promosi ini ada kaitan dgn jualan Proton yg merosot.. Kemungkinan target Proton utk mencapai jualan sebanyak 130k pada tahun ini sukar utk dicapai..
sales KIA juga merosot 54%, Mitsubishi (73%), Ford (79%), Hyundai (46%).. pengeluar2 lain pun hadapi masalah yg sama
Manufacturer lain lantaklah nak merosot pun,xdak kena mengena dengan malaysia.Ni manufacturer nasional bang,kena concern lah.
dari dlu lg promo proton kurang aku rasa..
Dah tanya 1 showroom (dealer, bkn proton edar).. Tanya pasal preve & exora.. Iriz tak minat sbb dah ada compact car kat rumah..
Preve Premium: ada rebate RM 5k.. So kalau bayar downpayment 10% + rebate tu, loan 9 thn dgn interest 3.00%, bln2 lebih kurang RM 700..
Exora Premium: free insuran shj.. Kalau bayar downpayment 10% + free insuran tu, loan 9 thn dgn interest 3.00%, bln2 lebih kurang RM 766..
Nnt nak g tanya mana2 Proton Edar plak..
Td dah tanya & test drive Preve di Proton Edar..
Preve Premium: rebate masih sama, RM 5K
Exora: tiada apa-apa rebate
Jurujual juga memaklumkan bahawa Saga Exec dan Persona telah dihentikan pengeluaran bg memberi laluan kepada model baru..
Adakah ini petanda model Saga generasi ketiga bakal dilancarkan dalam waktu terdekat..? Admin tak der pape berita ke..?