ARKIB

KATEGORI

Buletin

MICHELIN perkenal tayar Primacy SUV baharu

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Views

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Michelin Malaysia, pemimpin pasaran dalam teknologi tayar, telah melancarkan tayar MICHELIN Primacy SUV baru, tayar serba maju yang memberikan ketenangan fikiran dan ciri keselamatan sebenar kepada pemandu dan keluarga mereka dalam perjalanan ulang-alik harian, dan juga dalam perjalanan jarak jauh.

MICHELIN Primacy SUV direka bentuk secara eksklusif oleh Michelin khas untuk SUV. Ia dibangunkan secara khusus bagi keadaan jalan dan cuaca Asia Pasifik dengan matlamat menawarkan tahap keselamatan maksimum kepada pemilik SUV dan keluarga mereka.

Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Chandan Thakur berkata: “Usaha menyediakan pengangkutan yang lebih selamat sentiasa menjadi prinsip utama kami dalam pembangunan produk. Ramai pemandu tidak sedar bahawa semasa kita memandu, bunga tayar yang menghubungkan setiap tayar kepada jalan raya hanyalah seluas poskad, sedangkan ia mengawal kenderaan seberat beribu kilogram yang sedang bergerak pantas dalam semua keadaan.”

Tayar ini menawarkan ciri keselamatan yang jauh lebih baik:

• Jarak pembrekan lebih singkat sejauh 2.2 meter1 di atas jalan basah.
• Cengkaman 6%2 lebih kukuh semasa penyelekohan basah.
• Jarak pembrekan 1.9 meter3 lebih singkat dalam keadaan jalan kering.

“Hasil kombinasi teknologi tersebut, tayar MICHELIN Primacy SUV dapat menjanjikanperjalanan yang lebih selamat dan lancar kepada pemandu. Menerusi MICHELIN Total Performance, matlamat ini dicapai tanpa menjejaskan ciri prestasi tayar yang lain seperti hayat bunga tayardan penggunaan minyak,” tambah Chandan.

MICHELIN Primacy SUV baru boleh didapati dalam saiz tayar 16 inci dan ke atas. Tayar baru ini diedarkan di semua rangkaian wakil pengedar sah TYREPLUS dan Michelin di seluruh negara pada harga RM440 dan ke atas.

  1. Ujian dijalankan oleh CATARC pada 11 April 2015. Kenderaan: Honda CR-V 2.0 VVT. Saiz tayar 225/65R17. Kelajuan: 80 km/j hingga 20Km/j. Tekanan tayar: 210 kPa. Ujian membandingkan tayar Michelin generasi terdahulu.
  2. Ujian dijalankan oleh CATARC pada 11 April 2015. Kenderaan: Honda CR-V 2.0 VVT. Saiz tayar 225/65R17. Tekanan tayar: 210 kPa. Ujian berbanding generasi tayar Michelin terdahulu.
  3. Ujian dijalankan oleh CATARC pada 11 April 2015. Kenderaan: Honda CR-V 2.0 VVT. Saiz tayar 225/65R17. Kelajuan: 100 km/j hingga 0Km/j. Tekanan tayar: 210 kPa. Ujian membandingkan dengan tayar Michelin generasi terdahulu.

MICHELIN Total Performance

Di MICHELIN, kami sentiasa berusaha menambah baik keselamatan, daya tahan, kelasakan dan prestasi secara serentak bagi tayar yang sama, tanpa tolak ansur. Inilah yang dinamakan MICHELIN Total Performance. Menerusi pendekatan reka bentuk tayar dan teknologi terkini, kami berusaha meningkatkan faktor prestasi tayar dan tidak hanya berpuas hati dengan kejayaan mencatatkan prestasi yang baik dalam satu atau dua faktor sahaja. MICHELIN Total Performance telah dan akan sentiasa menjadi faktor yang membezakan kami bagi setiap tayar.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

MICHELIN-PRIMACY-SUV-Tyre-Picture OLYMPUS DIGITAL CAMERA

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply