ARKIB

KATEGORI

Buletin

MICHELIN perkenal tayar MICHELIN X Works Z dan MICHELIN X Line Energy Z!

Views

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Berpandukan matlamat untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pengendali kenderaan dalam sektor pengangkutan dan trak, MICHELIN kini melancarkan dua tayar prestasi tinggi baru – MICHELIN X Works Z, tayar semua permukaan yang direka cipta untuk kegunaan bercampur di jalan raya dan di sekitar tapak pembinaan dan kuari, dan juga MICHELIN X Line Energy Z, tayar trak lebuh raya yang direka cipta untuk kegunaan di lebuh raya dan jalan raya utama lain.

Dalam usaha memenuhi keperluan untuk tayar yang lebih tahan lama, selamat dan boleh dipercayai, MICHELIN X Works Z baru menampilkan reka bentuk bunga baru yang memberikan tapak seragam dan penggunaan lebih sekata, lantas meningkatkan hayat tayar. Di samping itu alur tayar juga lebih terbuka dan lebar untuk menghasilkan cengkaman sisi dan penyaliran air lebih baik bagi tahap keselamatan dan prestasi lebih tinggi di atas dan di luar jalan.

Tayar MICHELIN X Works Z yang begitu lasak ini menghasilkan daya rintangan lebih tinggi terhadap goresan dan kikisan kerana sebatian bunga anti-goresan dan serpihan ini mempunyai seni bina lapisan atas yang lebih mantap untuk menghadapi hentakan pada lapisan atas dan dengan itu meningkatkan kebolehpercayaan dan memberikan nilai selongsong lebih tinggi bagi tayar celupan. MICHELIN X Works Z juga mempunyai kapasiti membawa muatan lebih tinggi dan telah direka untuk membawa sehingga 7.1 tan setiap gandar dalam satu pemasangan, dan sehingga 13 tan setiap gandar dalam dua pemasangan.

michelin tayar

MICHELIN X Line Energy Z, yang turut dilancarkan serentak direka khas untuk syarikat pengangkutan jarak jauh dan mengharungi cabaran yang dihadapi untuk meningkatkan hayat tayar, mengurangkan penggunaan minyak dan menambah baik tahap keselamatan dan kebolehpercayaan lebih tinggi bagi kenderaan pengangkutan jarak jauh.

Tayar MICHELIN X Line Energy Z baru direka bentuk untuk mengoptimumkan sepenuhnya rintangan guling bagi mengurangkan penggunaan minyak dengan ketara. Dengan teknologi rintangan guling rendah, tayar MICHELIN X Line Energy Z boleh menjimatkan sehingga 515 liter minyak bagi kenderaan yang bergerak sejauh 130,000 km, lantas mengurangkan emisi karbon dioksida berbahaya sebanyak 1,371kg.

MICHELIN X Line Energy Z juga menghasilkan hayat bunga tayar sehingga 20% lebih lama, membolehkan pelanggan kami mendapatkan prestasi optimum dan mengurangkan kos operasi daripada tayar mereka selain memenuhi keperluan pelanggan yang ingin memaksimumkan nilai tayar menerusi jarak perjalanan hayat pertama yang lebih jauh, pencelupan tayar berbilang dan penjimatan minyak.. ,” kata Beltran.

Pelancaran dua tayar ini merupakan satu pendekatan menyeluruh daripada Michelin untuk memenuhi keperluan pelanggan yang mahukan tayar MICHELIN untuk meningkatkan produktiviti dan menghasilkan kelebihan daya saing yang lestari,” tambah Beltran. Tayar tanpa tiub MICHELIN X Works Z dan MICHELIN X Line Energy Z untuk semua kedudukan boleh didapati dalam saiz 295/80 R22.5 mulai September 2014.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply