ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mazda2/Demio generasi baharu tunjuk rupa sebenar!

Views

2015-Mazda2-Demio-3

Tak dinafikan ini adalah salah satu model hatchback kompak tercantik tahun 2014, Mazda2/Demio generasi baharu. Beberapa foto resolusi tinggi telah dimuatnaik di laman web www.carscoops.com menunjukkan versi produksi model tersebut yang sebelum ini telah dipertontonkan sebagai model konsep Hazumi di Geneva, Mac lalu. Rekaannya tidak banyak berubah dari model konsep kecuali beberapa bahagian yang telah ditone down supaya sesuai sebagai model produksi.

Kecantikan luaran model ini tidak terhenti setakat itu, malah telah disambungkan ke ruangan dalaman yang tampak begitu moden, kemas dan menarik. Kemasan yang berkualiti tinggi juga jelas kelihatan dan menaikkan lagi seri ruang dalamannya terutama sekali skrin yang terapung di tengah atas papan pemuka. Model ini mengaplikasikan sepenuhnya teknologi SkyActiv bukan sekadar pada enjin, malah transmisi, badan dan chasisnya turut mengguna pakai teknologi tersebut.

Mazda2/Demio akan ditawarkan 3 pilihan enjin termasuklah SKYACTIV-G 1.3-liter dan 100PS (99hp) 1.5-liter petrol, dan 105PS (104hp) SKYACTIV-D 1.5-liter diesel yang dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan manual atau automatik. Dikatakan Mazda2/Demio akan mempunyai dimensi yang hampir sama dengan model konsep Hazumi yang berukuran 4,070mm panjang, 1,730mm lebar dan 1,450mm tinggi.

* Bilakah model ini akan dibawa ke Malaysia? Adakah Mazda akan membuat pemasangan tempatan bagi model ini supaya harganya boleh bersaing dengan Honda Jazz, Ford Fiesta, Kia Rio, Volkswagen Polo dan Peugeot 208? Kita nantikan pengumuman dari pihak Mazda nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

19 Comments


  • Dashboard & panel simple je….klu proton wat camni rmai yg ckp designer proton x pndai la…mkn gaji buta la…x bleh b’saing la….ketinggalan zmn la….x bleh jual la….


  • memang dashbord dia simple tapi kemas.tak pelik sususan butang kemas.nampak mahal . dashboard proton? memang simple tapi serabut. look cheap!


    • Spt yg aku post kt ats…klu proton je msti button serabut la…x kemas la…nmpk murah la….bg aku design dashboard & button mazda 2 baru ni mmg simple & kemas tp ttp nmpk murah jgk…


    • Kereta ni kereta global..dijual di seluruh dunia..haruslah berkualiti supaya dapat bersaing dgn jenama lain.

      Kalau setakat jual kat msia dan hanya bersaing dgn perodua, fit and finish cincai2 pun takpe.


  • Mmm… cantikkan design luarannya? Terbayang kalaulah ada satria neo replacement hasilnya lebih kurang cengini:) Dizahirkan dgn konsep ‘ ringkas dan kemas’ yg tersendiri. Sekali pandang rupa depan seperti renungan tajam seekor burung… angry bird may be?:) tampak yakin n tegas… no play play;) Reka kontur n garisan2 yg harmoni n reasonable. Mendampinginya tidak akan terasa bersama dgn sebuah ‘kereta’. Tidak terlalu dramatik n lebih bersifat teknologi insan rekaannya. nie drp penilaian mata sy ler…

    Rekaan dalamannya juga berkonsepkn ringkas n kemas. Bijak menyembunyikan garisan2 cantuman komponen seolah dashbord tu datangnya drp satu komponen nan satu:) Saksikan juga garisan tirus crome yg melintang pada dashboard tu. Menambahkan seri ekslusif dan secara optiknya ruang depan kan tampak luas. Penggunaan warna gelap satu tona lebih sesuai n lebih ekslusif berbanding warna contras dwi tona pada rekaan interior. Yg bahagian cerah tu akan mudah kelihatan kotor nanti. X minat pada rekaan stereng. Yg lain dah nampak cun. X keterlaluan sy katakan stereng perodua axia lebih cantik:) Mgkin la kot depa nk imbangkan rekaan berbentuk bulat plak pada stereng setelah V-shape pada bahagian tengah dshboard.

    Perlu ker sumer benda nk kena compare dgn design proton?. Yup, dri sudut disiplin rekaan, prootn bleh pelajari sesuatu. Setiap rekaan ada falsafahnya tersendiri. X semestinya apa yg menarik dri rekaan ini secocok dgn rekaan model2 baru prootn yg ditampilkan n akan kelihatan menarik. X gitu?;P

    my 2 cents.

    Cheers!


  • Sorry, aku pun suka Proton…tp kalau nak compare, finishing ini lebih baik dr mana2 model yg Proton ada sekarang – simple design, minimalist but details with fine finishing, parts assembly…kena tone & texture…

    Proton punya design xde msalah besar cuma detailing, parts separation (one piece part/seketul), putting line, tone & texture berterabur & serba tak kena…itu shj..

    tp apapun akhirnya ia berbalik pd individu…masing2 perception & citarasa berbeza…mungkin inilah yg Azlano kata…”customer tak tahu apa yg dia nak sbnrnya…” masing2 judge ikut rasional sndiri… jd sapa suka dia beli…tak suka pi cr hat mana berkenan dihati…


  • Klu compare dashboard preve la for example dgn mazda 2 ni side by side mcm langit dgn bumi… dashboard preve tu nmpak mcm design tahun 90-an..


    • Mmm… falsafah rekaan yg berbeza sudah tentu hasilnya juga berbeza. Bergantung la pada persepsi dan minat. Subjektif tu. Bgi saya tidaklah buruk mana dashboard preve tu. Lebih kpd praktikal cuma kurang inovasi n detail n rekaan mudah terjangka. Tapi still not bad:) Cuba tengok plak dashboard ford fiesta yg menampilkan konsep urban, sofisikated n futuris. Sekali pandang, agak menarik. Tapi lama2 pandang dah mcm terbayang ada sarang tebuan plak kat tengah2 dashboard tu, banyak lubang2… ngeri siot:P

      Same goes to Nissan Almera tampil rekaan dashboard ringkas dgn butang2 acceptable. Yg nie sekali pandang pun dah terbayang mcm ada dukun voodoo kat tengah2 dashboard tu… lagi ngeri siot:P Ekeke. Tapi org lain bleh terima, no hal pun:)

      Apa2 pun, sy suka kalau direction rekaan proton lebih kpd rekaan dalaman mazda6 edisi 2012. Seni, kekemasan, ekslusif n modern dijalin seimbang n harmoni:)

      My 2 cents.

      Cheers!

Leave a Reply