ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mazda CX-3 generasi baharu tampil lebih bergaya!

Views

2016-Mazda-CX-3-12

Jika AUDI mempertaruhkan Prologue Concept di LA Auto Show, Mazda juga tidak ketinggalan memperkenalkan sebuah model crossover kompak, CX-3 serba baharu! CX-3 menyambung legasi rekaan ‘Kodo’ yang turut dikongsi dengan model asasnya Mazda2 hatchback. Walaupun jarak rodanya sama dengan Mazda2, tetapi CX-3 lebih panjang dan tinggi.

Ia akan didatangkan dengan pilihan versi pacuan roda hadapan dan pacuan empat roda. Di Amerika Utara, CX-3 akan dilengkapi dengan enjin petrol SKYACTIV-G 2.0-liter dan berkemungkinan dipadankan dengan transmisi automatik SKYACTIV 6-kelajuan.

Untuk pasaran Eropah pula, ia akan mempunyai tiga pilihan enjin termasuklah enjin petrol SKYACTIV-G 2.0-liter dengan dua output kuasa dan enjin diesel SKYACTIV-D 1.5-liter yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik. Pelancaran rasmi secara global akan bermula di Jepun dan Eropah pada musim bunga 2015 dan di Amerika Syarikat pula semasa musim panas tahun yang sama.

* Jika CX-3 serba baharu ini masuk pasaran Malaysia, ia pastinya akan berentap dengan Ford EcoSport, Peugeot 2008 dan Honda HR-V@Vezel yang masih belum dilancarkan!

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

2016-Mazda-CX-3-24 2016-Mazda-CX-3-23 2016-Mazda-CX-3-12 2016-Mazda-CX-3-20 2016-Mazda-CX-3-21 2016-Mazda-CX-3-22 2016-Mazda-CX-3-8 2016-Mazda-CX-3-30 2016-Mazda-CX-3-28 2016-Mazda-CX-3-35 2016-Mazda-CX-3-31

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply