ARKIB

KATEGORI

Buletin

Masjid dan Pusat Jagaan Harian Perodua siap tahun hadapan!

Views

Masjid 5 (2)

Perodua telah memulakan program Tanggungjawab Korporatnya terbesarnya setakat ini dengan pembinaan sebuah masjid, pusat jagaan harian dan tadika kanak-kanak untuk kakitangannya. Kos pembinaan mencecah RM20 juta dengan keluasan 4 ekar dan 2.7 ekar telah bermula semalam dan upacara pecah tanah telah dirasmikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

“Kemudahan ini bakal dimanfaatkan oleh pekerja Perodua dan juga masyarakat setempat dan inilah caranya kami memberi balik kepada mereka (pekerja dan jiran setempat) yang telah membantu perkembangan kami,” kata Aminar. Dijangka pembinaan kemudahan ini akan siap menjelang suku ke empat 2015. Masjid itu turut akan dibuka kepada orang awam selain pekerja untuk mereka menunaikan ibadah dan melakukan aktiviti kemasyarakatan.

“Masjid bakal memberi manfaat kepada Perodua kerana ia memberi alternatif yang lebih selamat kepada pekerja yang sebelum ini terpaksa ke masjid yang berdekatan dengan Rawang untuk menunaikan solat Jumaat,” tambah Aminar lagi.

Taska 2 (2)

Sementara itu, pusat jagaan harian dan tadika akan dibuka untuk anak-anak kakitangan Perodua antara usia bayi sehingga 12 tahun. Pusat ini mampu menempatkan 300 kanak-kanak dalam satu masa dan akan dikendalikan oleh pakar penjagaan kanak-kanak yang terlatih. Perodua akan memberi subsidi yuran untuk menampung beban kewangan pekerja.

Ini dapat membantu untuk menarik minat bakal pekerja baharu dan mengekalkan pekerja sedia ada. Kebanyakan pekerja Perodua adalah tenaga muda dan sejumlah 8,000 pekerja ditempatkan di kilang dan ibu pejabat di Sungai Choh. Sempena dengan majlis pecah tanah itu juga, Perodua turut mendermakan sejumlah RM17,500 kepada 5 buah masjid untuk membantu mereka menyediakan persiapan sempena Aidil Adha yang bakal tiba tidak lama lagi.

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Ground breaking ceremony Group photo cheque hand over Masjid 1 (2) Masjid 5 (2) Taska 2 (2) Taska 3 (2) Taska 4 (2)

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

20 Comments

Leave a Reply