ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus Motorcycles bakal keluarkan motosikal pertama!

Views

LdOheyx

Lotus Motorcycles bakal keluarkan motosikal pertamanya yang diberi nama Lotus C-01. Motosikal ini akan menampilkan gabungan antara elemen gaya hidup, reka bentuk dan teknologi tinggi.Motosikal Lotus adalah satu projek bersama Kodewa, pereka bentuk kereta Daniel Simon dan Kumpulan Holzer .

Lotus C-01 akan menjadi satu motosikal hyper dengan teknologi lumba bersepadu. Ia akan diperbuat daripada bahan seperti karbon, titanium dan keluli berkualiti aeroangkasa yang juga digunakan dalam Formula 1. Keselamatan, ergonomik dan reka bentuk adalah faktor penting yang diberi penekanan oleh pasukan reka bentuk. Ia bakal menjadi motosikal seni yang dikuasakan oleh enjin kira-kira 200 kuasa kuda.

1014533_144870709035226_1619998255_o

Kodewa baru-baru ini telah membina kereta sport Lotus T128 LMP (Prototaip Le Mans) baru dan menjalankan program Lotus LMP2 dalam FIA World Endurance Championship. Pasukan Kodewa terdiri daripada pakar-pakar yang mempunyai pengetahuan tinggi dan berpengalaman bukan sahaja dalam perlumbaan ketahanan tetapi juga Formula 1, DTM dan formula yang lebih rendah.

Rekabentuk unik motosikal Lotus telah diilhamkan oleh pereka terkenal Daniel Simon. Simon, bekas pereka Bugatti Automobiles, akhir-akhir ini telah dipertanggungjawabkan untuk beberapa kenderaan konsep yang paling canggih dalam sejarah filem Hollywood. Antara sumbangan beliau yang terkenal adalah ‘Lightcycle’ dalam filem ‘Tron: Legacy’ dan ‘Bubbleship’ yang digunakan oleh Tom Cruise di baru-baru ini Udalam filem ‘Oblivion’. Pereka dari Jerman itu juga telah merekabentuk kereta sport terkenal Lotus LMP2.

Kumpulan Holzer pula terlibat dalam proses pembangunan. Komponen yang diperbuat daripada titanium, gentian karbon dan keluli aeroangkasa akan dihasilkan oleh RPC GmbH, yang juga merupakan sebahagian daripada Kumpulan Holzer dan Kodewa. Kita nantikan bagaimana rupa motosikal Lotus C-01 yang bakal dikeluarkan mulai minggu hadapan!

sumber : Facebook Lotus Motorcycles

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments

Leave a Reply