ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lakaran Satria Neo “facelift”!

Views

neo fl tak jadi

Semalam saya sempat mengunjungi Gegar AutoRia di Pekan untuk melihat apa yang menrik di sana. Sempat juga singgah di booth Proton yang membuat pameran mini yang menunjukkan proses mereka bentuk, penerangan ciri-ciri keselamatan terkini, jualan model proton, alat ganti dan aksesori R3 selain peluang untuk menaiki kereta Lotus/R3 yang dipandu oleh Tengku Djan. Apa yang menarik perhatian saya adalah lakaran Satria Neo “facelift” yang tidak menjadi model produksi dan lakaran idea awal Proton Iriz.

sketch awal iriz

Sebenarnya agak malang kerana model ikonik seperti Satria Neo sehingga kini tidak mempunyai model gantian atau sekurang-kurangnya model “facelift”. Jika dilihat lakaran di atas memang menarik rekaan Satria Neo “facelift” dengan elemen rekaan gaya baharu Proton. Nampak lebih garang dan sporty walaupun perubahan rekaan hanya tertumpu dibahagian hadapan dan lampu belakang. Untuk lakaran konsep awal Iriz pula, ia nampak futuristik dengan beberapa elemen rekaan yang ada telah diterjemahkan ke model produksi yang sebenar.

* Berita baik untuk peminat Proton, kemungkinan karnival Alami Proton akan diadakan kembali pada tahun ini, berkemungkinan pada bulan September atau Oktober. Mungkin pada tahun ini lebih meriah dan bakal ada kejutan menanti di sana!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

40 Comments


  • syg x jd realiti. Kalo ikutkan perubahannya x terlalu agresif tp menarik. Tp p1 really need a makeover for neo’s interior sbnrnya. Demand utk neo masih ada


    • Silap strategi bro..

      teori,
      kereta harga murah nampak tak berkualiti
      kereta harga mahal orang akan appreciate

      realiti,
      kereta proton harga mahal tak ade kualiti
      orang tak appreciate kereta mahal tak ade kualiti

      harga 72k kualiti setaraf kereta 35k
      mcm mane tu?

      harap proton kembali pada tujuan asal..buat kereta untuk rakyat.ramai org susah tapi kereta satu keperluan.tak perlu la kejar pasaran 80k tu sgt.last2 yg dikejar x dpt,yg dikendong pun abis pasaran diambil orang.kalau nk global sgt, globalkan je saga dengan persona.harga 30k – 45k, 40k-55k.tu range yg ramai orang malaysia mampu.

      sekian


      • Sememangnya Proton buat kereta lingkungan rm50k sekarang ni.. Tapi jika kereta yang dibina rm40k, sekurang-kurangnya jual rm50k hingga rm60k der.. baru ada untung.. Belum termasuk cukai lagi.. Belum tolak kos RnD lagi der.. Jika mahu kereta bawah rm30k juga perlulah bina kereta segment-A dengan penarafan 1-bintang NCAP sahaja.. Seperti kebanyakan kereta di India.. Syarikat automotive di China pula sudah mula maju ke hadapan, takkan kita nak mundur ke belakang..?


  • aku rasa kalu nk bikin neo, just ubah sikit2 jek.

    streamline kn neo kasi nmpk uptodate dgn design preve;
    garis2 straight, less curvy.
    macam gmba neo kt atas tu, dh cantik.

    enjin kasi up sket.

    kalau perasan, golf mkVI & golf mkVII xbyk beza overall kalu tgk dr luar.
    drp curvy (mkVI) ke garis2 (mkVII).

    mgkn material kena tukar, kasi ringan tp keras.


  • Neo ni market pling success utk proton…knp la proton x produce for new fresh look of neo?? rugi ny..neo pnya RV pn still high compare to other proton’s models

    cma interior kne bgi continental look la mcm iriz..n butang power window tu kt pintu..senng skit..neo memg ada kualiti


  • sabar..bg Proton bergerak satu persatu..mengenai range harga Proton.. 72k sama kualiti harga 35K??..really??..da pakai ke??..x try bwk ke?..kalau belum..ddk diam dan lihat..ap salahnya Proton bergerak secara global..dulu masa proton kluar model murah..ramai yg cemuh kata Proton xd idea and teknologi baharu..sekarag Proton da tunjuk kemampuannya membawa teknologi Global..utk range harga murah masih ada tetapi sistem keselamatan yang tinggi masih dikekalkan..contohnya Proton Iriz..Saga generasi 3 and Persona R..so..Proton akan bergerak dengan pelbagai range harga dan perlbagai segmen..biar Proton focus utk pasaran yang lebih tinggi sebelum memasuki Satria 3rd generation dan SUV..
    tp ada berita dari RnD Proton..selain 3 model baharu..ada model keempat yang masih dirahsiakan tahun produksinya.. iaitu Exora R ( atau B-Segmen MPV)..


      • nak kata SEMUA proton mcm tu x leh gak bro, aku pakai proton gak, aku selalu dok baca pasal bunyi tikus kat dashboard proton, tp kereta aku xda plak bunyi bunyi tuh, maybe hanya sebilangan kecil jer kot, x perlu lah nak kata semua mcm tu


        • Saga blm nov 2011.preve jan 2014.bkn semua preve & bkn semua saga.tp kalu dh terkena tu nasib la kan.myvi 2008, pakai lepas 6 thn baru berbunyi.tu pun lps eksiden.

          cerita2 ni xde masa org nk reka2 bro.kalau kereta tu minor defect je xde la nk bising2.tp kalau ramai yg mengadu,mksd nye something wrong la dgn kualiti kereta tu kan..


          • Jika pernah tukar radio Kereta atau ubahsuai sistem bunyi speaker Dan radio, kemungkinan bunyi tikus kedengaran apabila memandu(kecuaian mereka yang tidak bertauliah).. Dan pastikan anda tidak pernah meletakkan dimana-mana bahagian dashboard anda syiling atau coin atau kunci atau objek keras sama ada besar atau kecil.. Terutamanya dibahagian penyimpanan barang di hadapan penumpang hadapan..


          • sory bro..maybe betul ap bro ckp..beli kereta ni pun nasib jugak kadang2.. i have a civic 2005..tp malang selalu leaking smpai sekarag..nk jual sayang sedap lg bwk cuma masalah tu je..member punya civic 2005 keluar lmbat sikit..x pulak kena nasib yang sama..abg angkat aq punya preve elok je (1st keluaran)..waja mak aq 2004 pon okey..malah savvy 2005 abg aq jugak baik..nasib x baik pakai civic tu..ap boleh buat..


          • protonsupportters… tgk ayat ko pun aku tau ko ni mmg kencing punya org… budak2 punye komen..kahkahkah… tempek gambar la kalau berani sume kete ko ngan famili2 ko tu… kahkahkah…


          • bro “benciblablabla”..aq xd masa nk sembag lah der..cuba bukak mata..tanya kaum kerabat ko mcm mane performance kreta diorag so far..itupun kalau minat automotif la..kalau care pasal krete ko la..kalau x..x payah tanya.. point aq “x semestinya semua kereta Proton tu ad problem and semua kereta honda n toyota sentiasa elok” .. senangkan nk dpt point??..ni kelaut ckp komen bdk la..sembag lah..susah org mcm ni..haih..


  • proton ni buat malu bangsa Melayu dan bangsa Malaysia… malu sbb tk reti2 nk maju mcm kia dan hyundai.. habeh duit gomen js bnyk.. hasil xberapa


    • Mmm… sy lagi malu tengok org kita yg tak tau bagi idea n tiada kritikan bernas n x supportive mcm org korea n jepun. Yg diorg tau nk kondemn jer kerjanya. Suka cari salah n suka besar2 perkara yg remeh dan yg paling menyerlah golongan spesis nie punya kepakaran adalah mengadu domba dan suka jadi tukang kipas kasi bakar!:P… panas! panas!… yg pasti bro akupunya x termasuk dlm kelompok nie kan? kan?:P… bagus la komen bro akupunya nie… terpuji sangat:P

      Cheers!


    • Semua disini bukan nama sebenar…… jadi boleh di bahas komennya…..

      TERIMA KASIH KEPADA HASIL HERDIKAN ANDA DAN MELIHATKAN ANDA SEORANG YANG KURANG DARI SEGI AKAL DAN MINDA YANG CERDAS. MOGA TUHAN SAHAJA YANG MENILAIKANNYA DI HARI PEMBALASAN KELAK…..

      JUMLAH MEREKA TERLIBAT DALAM KOMEN INI ADALAH BERNILAI 16.356 JUTA MANUSIA DIMANA DOSA YANG BELUM DIBAHAS DI PADANG MASHYAR.

      SELAMAT DIKENDURIKAN PAHALA ANDA. TQ FOR SHARING YOUR GOOD DEEDS TO US (THE 16.356 MILLIONS MALAYS IN MALAYSIA).

      Semua tiada bukti…… tapi yg jelas semua disini penggalak hasad dan pengapi nafsu kearah perpecahan.

      MEMALUKAN SAHAJA BERGELAR MANUSIA YANG MAMPU MENULIS DAN BERAKAL WARAS YANG DIBERI OLEH TUHAN UNTUK KEGUNAAN KEBAIKAN. MARI KITA SEMUA BERTAUBAT

      Memalukan melihat komen-komen mengalahkan haiwan bercakaran….. di mana ada batas bila mengalahkan lawannya dan yang menang pula akan memberi laluan kepada yang kalah.

      TAkpe lah….. KOMEN2 ANDA SEMUA NI KEKAL…… YANG MAHA MENDENGAR DAN YANG MAHA MELIHAT IAITU TUHAN YANG MAHA ESA, SEDANG MEREKODKAN GELAGAT ANDA SEMUA DISINI.

      KU BERDOA YANG MEMFITNAH DI BUKAKAN HATINYA KEMBALI KEJALAN KEBENARAN DAN YANG MENGADU DOMBA TANPA BUKTI SAHIH DI KEMBALIKAN SIFAT KEMANUSIAANYA DAN ADABNYA, DAN BAGI YANG MENGHERDIK RAKAN YANG LAIN, MOGA TUHAN YANG MAHA ESA MENILAIKANNYA UNTUK ANDA SEMUA.

      SENANGNYA BUAT PAHALA….. DAKWAH DIMANA-MANA SAHAJA

      KESIAN SEMUA DISINI MENGADU PADA KOMPUTER, DAN BUKAN KEPADA PIHAK BERWAJIB YANG MENGELUARKAN PRODUK TERSEBUT UNTUK TINDAKAN BAIKPULIH, DAN MUNGKIN TUHAN SEDANG MENGUJI ANDA DENGAN MUSIBBAH YANG MENYEBABKAN KENDERAAN ANDA MENGALAMI KEGAGALAN FUNGSI SELEPAS TAMAT TEMPOH WARRANTY KERETA TERSEBUT IAITU 150,000 KM ONWARDS.

      JIKA MASIH DALAM WARRANTY PERGILAH KE PUSAT SERVICE YANG BERTAULIAH P1 DAN BUKANNYA KE KEDAI AKSESORI AH’BENG’KOK. KALU KE KEDAI AKSESORI OR POMEN TIADA SIJIL PENGENDALIAN P1 YANG SAH, MEMANG SURELAH ANDA KENA TIPU MEMANJANG.


      • Bro baik tulis dalam tulisan jawi jer. Tak dak tulisan kecil dan besar. Kalau adab dalam penulisan rumi pun tak leh nak ikut, ada hati tegur adab orang lain. Perbaiki diri sendiri dulu. Wassalam.


  • Aku datang selalu kat sini, sebab komen yang berwibawa and bnyak info last2 komen yang menjatuhkan dan penuh dengan hatred, tak jaoh beza dengan paultan hurmmm.


    • Mmm… mmg sukar nk educate people. yg penting kita sampaikan yg baik2 utk kebaikan dgn kesabaran n kewarasan, x gitu? Mmg x bleh nk aspect sumer org sama. Begitulah kehidupan penuh dgn warna. Cuma kita jer la yg nk jadi mcm mana.. sbb tu ada syurga neraka, ada pahala dan dosa… the choice is urs!… sekadar ingatan bersama:)

      Cheers!


  • HONDA DAN TOYOTA KENA RECALL DAH HEBOH KAT DUNIA.DIMALAYSIA RECALL TAK KURANG 75K UNIT.YANG PALING MENAKJUBKAN PERKARA PALING PENTING AIR BAG.DI AMERIKA HONDA KENA SAMAN PASAL AIRBAG PEREMPUAN MENGANDUNG TERBUNUH.


  • kalau nk jimat kos pembangunan satria neo yg baru, boleh gunakan platform sedia ada dan sharing part dgn preve/suprima..cuma body style buat lebih sporty sesuai dgn kereta 2 pintu.


  • PROTON BAKAL KENA BAILOUT KA LEPAS NI?

    Walaupun pasaran kereta merudum hampir 1/3 pada April 2015 setelah pembelian bulan March pra-GST yang tinggi, sesuatu yang tidak betul sedang berlaku di Proton, di mana pada bulan April penjualannya meurudum lebih dari 50 peratus.

    Mengikut data yang dikeluarkan oleh Malaysia Automotive Association (MAA), Proton hanya menjual 4,972 kereta bulan lepas, 52.8% lebih rendah berbanding bulan March 2015 yang menjual sebanyak 10,528 unit.

    Walaupun bulan Mac dikatakan hanya lonjakan sementara, Proton masih lagi runsing dengan jualan tahun ini di mana ianya 23.8 peratus lebih rendah berbanding 4 bulan pertama pada tahun 2014 yang lalu.


    • Mmm… Ko nk bailout prootn ker? Eager sgt…:P

      Company2 kereta lain seperti, mazda, kia/hyundai, isuzu even mitsu dan ford juga kena tekan butang merah utk melonjak kembali jualan mereka. Mereka jugek mengalami penyusutan -+ 50% jualan bln April. Pembelian kenderaan secara berhati2, berhemat dan selektif utk situasi pra gst mmg mmberi kesan.

      Cheers!


  • Aku harap kalau neo facelift lagi…pakai la enjin macam suprima 6MT (tak lama lagi nak launch), pakai material chasis same preve/suprima..ade airbag 4..suspension same preve..ade stabilize bar..ok cukup..bole beli dah…sport car don’t need too much accessory in side..laju, safety dan handling yang power tu penting…

Leave a Reply