ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lagi foto Myvi facelift tersebar di laman sosial!

Views

10846825_10205024025507980_998979280_n

Petang semalam bertalu-talu saya terima pesanan peribadi, whatsapp dan email mengenai foto-foto terbaharu Myvi facelift yang sedang hangat tersebar di laman sosial. Namun saya tidak berkesempatan untuk menaikkannya disebabkan talian internet yang kurang memuaskan, mungkin disebabkan faktor gangguan cuaca, al maklumlah negeri Pantai Timur sekarang sedang dilanda hujan lebat. Inilah foto-foto yang diberikan oleh rakan-rakan kita semalam.

Myvi warna biru ala Subaru Impreza ini tampil dengan lampu hadapan yang lebih maskulin dengan tambahan lampu nyalaan siang (DRL). Bumper dan jeriji hadapan diolah semula dengan menerapkan gaya rekaan Perodua Buddyz yang menjadi gaya rekaan baharu keluarga Perodua. Kelihatan juga sensor hadapan yang diletakkan di bumper, atas lampu kabus. Di bahagian belakang tidak begitu ketara perbezaannya, hanya pertukaran lampu dan bumper belakang ala Honda Jazz generasi baharu. Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

10850616_10205024025587982_1634878807_n 10866721_10205024025627983_1263635098_n 10859342_10205024025547981_615896629_n IMG-20141218-WA0018

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

44 Comments


  • Kalo tmbah skali dgn reverse camera, comel dh tu.. Hehe. Hope it have more small features mcm hp charger dlm iriz.. Mmg sgt convenient.


    • Bukan reverse camera jer.. tak perasan ke ade front parking sensor juga tu. Nampak?? Tak nampak?? Ket tepi atas fog lamp tu. 🙂


  • Mmm… ironinya iriz kuar dgn warna hijau myvi dan myvi fl nie kuar dgn warna biru suprima s. Dah mcm persaingan iklan tv maxis n celcom la plak. Ekeke:)

    Cheers!


  • lawa..berminat. member cite iriz patut gune engine mirage dgn cvt mitsu. tapi drb soh menten pakai campro+punchgunalan..sedey.


    • Tabiat manusia ni lain-lain. Ade suke tgk design cun je dh nak angkat 1 walaupun tau keta tu takde value pas pakai 3-5thn. Ade juga jenis pengguna ni ingat pasal value je tp design dia tak kisah. So fikirkanlah dan selamilah…lpas 3-5 thn nanti sape yg rugi sape yg untung. Time keta masih baru mmg mulut senang lenang je sebut tak kisah dan tak penting value tu, yg penting puas hati dpt kereta idaman. Ok? 5 years later, “bosan la ku tgk iriz ni, nk trade in la model lain.” Tanye salesman tanye bank suma sebut no value, harga mmg mcm tu rendah…ahhhh time tu baru nak nyesal dan mengutuk diri sendiri. Fikir la sendiri sebelum buat ape2 keputusan. Kalau kaya giler takpe la rugi sikit2 duit kan?? 🙂
      Nak aku buktikan, cuba buka mudah.my… set kat kategori tu “Cars”.. set tahun dia tahun dibuat 2012 dan sehingga tahun lepas tu pun set 2012. Type my 1.5 dulu, value dia majority dlm rm40K n above. Puas hati tgk dan ingat? Tukar pulak search dia gi persona (contoh) jgn amik ati yer…tgk la sendiri value persona takde sebuah pun cecahrm40K. Ade pun dlm 10 buah, 1 je rm40K, tp owner yg pandai2 up over dari approve bank value. Tol tak??? Value proton tak akan boleh lawan value perodua. Renungilah. 🙂


      • abang. kalo mau RV better invest kat RUMAH. bukan pe. maybe skang atas RM40k. tapi tngok la 10 tahun akan dtg Myvi nye harga sampah gler dari harga rumah flet yg abang beli. Kita kalo nak invest kena bijak. jgn jadi bodoh, beli myvi pikir pasal Resale value. RENUNGILAH~ =)


      • Abang, tabiat manusia ni pon lain2 gak la. Ada tngok design cun and KUALITI kononnya bagus walaupun tau kete tu TAK SELAMAT. Ada juga pikir safety dari rupa paras. So pikirkanlah dan selamilah….. lepas 3-4 tahun sape rugi sape untung? TIme kete masih baru memang la mulut cakap tak kesah safety, bila da eksiden cacat / mati, baru la menyesal timbul di hati. ok la kalo tetiba kite eksiden and PILLAR A bend/hancur, kaki putus , cedera parah , tanya doktor , doktor cakap cannot recover sbab kaki da hancur. TIme tu baru nak nyesal sebab kalo la ada iriz percentage takda la aku cacat gini. time tu nak keje pon susah. Bukan rugi skit2, rugi banyak. Nak aku buktikan? search kat GOogle, berapa ramai mati dalam Myvi VIva. Paling ketara VIva kete mengadap waja, semua passsanger viva mati waja cedera. Value proton memang takleh lawan perodua, tapi adakah value PERODUA bleh ganti Nyawa dan kecacatan anda? Renungilah =)


      • Normallah tu harge kete jatuh..pendpt sy, sy lg pentingkn keselamatan family berbanding RV kete. Sebb boleh dikatakan, setiap hr kita memandu dan terdedah kepada risiko kemalangan.


      • lawak betul. Kalau ye pencacai Perodua pun pikirlah logic sikit. Nak invest atleast tanah atau rumah atau saham ini harga 2nd Perodua Myvi hahaha… Lagi satu Iriz lagi berbaloi sebab safety bukan setakat AhBeng Macam myvi kosmetik sana sini jual mahal nak mampos. Cuba Proton buat mcmtu mmg kene kutuk gila2 mcm dunia nak kiamat dah.


      • Sebut pasal RV, rsnye nilai RV tu bergantung pada permintaan pasaran.myvi RV tinggi psl permintaan byk..so penjual 2nd car boleh up hrga sikit.

        Kalau rakyat msia bijak, ubah mentaliti..cuba jadikan kereta proton mcm myvi.byk permintaan.so nnt harga akn tinggi. At the end, safety dpt, RV pn tggi….


    • kalau nak pakai CVT jangan pakai punch yg guna clutch base..baik guna cvt torque converter untuk lebih responsif.

      lgpun bunyi whinning CVT agak mengganggu. macam iriz, bunyi masih ketara walaupun kelajuan dah 80kmh.


  • Dan aku masih tak paham kenapa pihak proton masih tak nak Facelift kan Preve. Aku berharap sangat tahun depan ada facelift. PLUS harap dapat fix rear bonnet yg nampat mcm terkeluar tu.

    Back to the topic – a very kizashi-ish lamp. Look Good.


    • tp aku lagi xfaham kenapa diorang xnak buat generation baru utk persona, dah lama gile kot!! saga at least dah ada 2 generation… persona? stakat facelift je.. pls proton, kekalkan nama, tp upgrade model2 yg lama kepada yg lebih advance..


      • kalo ko nak tahu preve tu la model pengganti persona & waja sekali gus kerana preve adalah C segment,disebabkan faktor harga tu yg persona dikekalkan, persona ni B+ segment(besar skit dari saga flx), sbb zaman dulu segmentation proton utk setiap model berterabur, zaman sekarang ada Segment A(savvy),B(saga flx/iriz/new saga 3),C(preve/suprima s/inspira-soon stop production),D(perdana?)


          • kawan aku tanya kenapa harga suprima standard masih mahal berbanding preve walaupun hampir semua safety features dia dah habis dicabut.

            sampai sekarang aku tak boleh jawab soalan tu. Mungkin kos nak buat kereta kontot@ takde bontot lagi mahal berbanding kereta sedan, walaupun aksesorinya dah ditiadakan.


          • Mmm… harga berbeza atas beberapa faktor. Selain susunan line up model, kos rnd dll. Harga pasaran pun diambil kira. Setakat nie harga C segment hatchback paling murah adalah suprima S dlm RM80K berbanding pesaing lain above RM100k. Kalau x salah ler.

            my 2 cents.

            Cheers!


  • myvi ni memang boleh di harap. dah terbukti. setakat nak bawak biasa2. mentenen pun murah. nk racing amik kete lain. setakat 5 tahun rasanya myvi takde problem besar2.


    • Myvi memang boleh diharap..tapi safety features kurang…cuma masalahnya ramai pemilik myvi yg suka “racing”..sebab kereta ni pickup kuat dan smooth.bila dah rasa ringan tekan minyak, tu yg tak sedar alih2 kereta dah rasa melayang.


    • iye, myvi mmg ringan skit, lebih praktikal, xkira utk org muda atau pn tua. nk parking pn sng.. minyak pn jimat. maintainance pn rendah. harap price tag myvi fl ni menarik la sikit.. sbb nk lawan dgn iriz kan.. hee.

Leave a Reply