ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA keluarkan foto rasmi Cadenza / K7

Views

Inilah dia wajah sebenar model generasi baharu KIA Cadenza / K7, setelah lakaran rasminya dikeluarkan lebih awal. Cadenza / K7 generasi baharu menjadikan rekaan model sedan mewah dari Eropah sebagai sumber inspirasi dan penanda aras. Jeriji hadapan “hidung harimau” Peter Schryer telah diolah dengan interpretasi baharu dan lampu nyalaan siang LED berbentuk seperti logo Blackberry, kini menjadi sebahagian daripada bahasa rekaan baharu KIA.

k7 2016 rear

Buat masa ini hanya foto bahagian luar sahaja dikeluarkan terlebih dahulu. Tiada maklumat mengenai spesifikasi teknikal diperolehi, namun difahamkan Cadenza / K7 akan dipasang dengan enjin 3.3 liter V6 turbo berkembar yang baharu sahaja siap dibangunkan dan kini dipakai oleh model Genesis G90. Enjin berkuasa 370 PS (272 kW) ini akan dipadankan dengan transmisi lapan-kelajuan automatik. Kia Cadenza / K7 bakal menjengah pasaran pada tahun hadapan. Walaupun generasi pertama Cadenza / K7 tiada dalam pasaran Malaysia ke sini, kami berharap agar KIA Malaysia membawa masuk model baharu ini pada masa akan datang.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply