ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenyataan dari Proton berhubung isu yang dibangkitkan oleh NCAP ASEAN

Views

Proton-PCC-2

* Foto hiasan

Proton Holdings Berhad ingin mengeluarkan kenyataan berhubung isu yang dibangkitkan oleh NCAP ASEAN pada 13 Oktober 2015. Proton telah menguji banyak kereta di seluruh dunia seperti Australia dan sebelum ini di Eropah. Syarikat juga telah mendapatkan perkhidmatan agensi-agensi bertaraf dunia dan makmal ujian untuk memastikan ujian yang ketat dan keberhasilannya.

Dari pengalaman berurusan dengan agensi terkemuka dan bertaraf dunia, prosedur biasa agensi-agensi ini adalah untuk benar-benar memberitahu dan memaklumkan kepada syarikat sekiranya berlaku percanggahan, kecacatan atau unsur-unsur yang rosak, sebelum apa-apa kenyataan umum yang dikeluarkan mengenai kereta yang diuji.

Dalam hal ini, kami akan berunding NCAP ASEAN mengenai perkara itu kerana kami tidak diberitahu secara rasmi. Oleh itu, kami tidak dapat mengesahkan atau menafikan perkara tersebut. Kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua kereta Proton memenuhi piawaian keselamatan kawal selia dalam semua pasaran yang kami beroperasi terutamanya di Malaysia. Kami akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kami dan juga akan sentiasa membuat penambahbaikkan pada masa akan datang.

* Proton dan Perodua dah keluar kenyataan, sebenarnya jawapannya kepada isu ini ada pada salah satu jenama tersebut. Isu sedang dalam siasatan, tunggu pengumuman rasmi selepas siasatan selesai  🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

25 Comments


  • Tu dia..agak2 kantoi disitu..sapa la buat keje hina nie..patutnya pelanggan yg dah terbeli saman habis habisan syarikat yg buat perkara mungkar nie


    • saudara pengguna proton kecewa,

      Ubahlah perangai….sepatutnya adab sesame muslim nasihat menasihati…kritik untuk membina…..jangan ikut adab khawarij sesama muslim mahu dipijak sampai takbleh bangun.


      • nak backup agak2 la. ni kalau tak kantoi, kira duit profit jual kereta tu kira halal ke tak? so muslim tipu muslim takpe? just nasihat elok2? kalau kat oversea dah masuk court dah ni.


  • Saya berpendapat Asean NCAP tidak sepatutnya buat kenyataan umum dahulu sebelum selesaikan siasatan. Sepatutnya perlu dapat penjelasan dahulu dari pengeluar dan kemudian barulah buat kenyataan sekiranya perlu.

    Buat kenyataan umum yang melulu boleh buat panik dikalangan pembeli dan spekulasi orang awam sedangkan pihak penggeluar belum beri maklum balas. Mungkin ada sebab musabab pengeluar menambah atau mengurangkan spesifikasi produk mereka.

    Malah, pihak Asean NCAP pada bila-bila masa boleh buat ujian semula ke atas kereta yang dikeluarkan pengeluar apabila ada spesifikasi baru atau varian baru. Ini kerana kereta-kereta yang diuji dimaklumkan sebelum ini dipilih sendiri oleh Asean NCAP.


  • Model kereta yg masa test ada….tapi bila model production xde part tu ialah Proton exora…saga xpasti..tapi exora model test & export mmg ada..tapi yg Rakyat Malaysia beli xde…harap dpt tukar part tu dgn percuma…


    • Ada silap di situ. Menurut ASEAN NCAP, model yg terlibat merupakan model yg diuji oleh mereka. Model Proton Exora tidak diuji oleh ASEAN NCAP. Penarafan 4 Bintang yg diperoleh merupakan pengiktirafan daripada ANCAP.

      Model yg telah diuji oleh ASEAN NCAP adalah Saga, Preve dan Suprima S.


      • Yang tu memang betul. Tetapi malang sekali Proton memang tak menawarkan top-tether mounting bagi pasaran Malaysia (boleh lihat brochure Proton Exora atau website Proton Edar. Jadi tidak ada unsur2 peniupuan untuk model tersebut. BTW,saya pengguna Proton Exora MC2 2015


  • kalau sesuatu aksesori/safety feature tidak dipasang, tetapi pengeluar kereta tak guna ncap rating dalam brochure mereka…rasanya tak salah.

    rata2 kita tau safety kereta dipasaran tempatan tak setaraf dgn kbykn spesifikasi kereta yg diuji dalam ncap.


    • Wow… kalu macam tu memang menipulah brand kereta tu dh ambil test ncap…. lepas tu jual tanpa ncap. Macam ni baru etika? (Sarcasm)

      Wow….memang banyak brand international pasang kt dlm malaysia then xguna ncap….safety ker brand luar tu sgt.


      • yup..memang banyak pengeluar kereta yang tidak menggunakan ncap sebab kebanyakan pengeluar hanya menghantar ujian menggunakan kereta yang dilengkapi spesifikasi paling tinggi. Jika mereka menggunakan ncap, mereka akan meletakkan “notification (*)”

        Contohnya rating Toyota altis 2.0v sudah tentu berbeza dengan Toyota altis 1.8E.

        Cuma yang jadi tidak beretika, apabila pengeluar kenderaan menggunakan rating ncap tertinggi yang diperolehi kepada kereta yg rendah spesifikasinya atau lebih serius, aksesori tersebut tidak dipasang.

        Pendapat saya umum..bukan hanya tertumpu kepada pengeluar kereta tempatan. namun saya berpendapat, jika benar pengeluar menyalahgunakan rating ncap secara “tidak tepat”, sesungguhnya ia tidak beretika. Langkah aseancap untuk menggunakan 1 rating saja pada masa akan datang akan menyelesaikan isu ini.


  • Tu dia..ada plak khawarij2 nie..br pi ceramah ISIS dua tiga kali nak condemn org lain khawarij plak..bab syarikat kete tak amanah,menipu, lari dari tanggungjawab x marah plak..camnie la ketaksuban melampau…kalo salah mmg patut dihukum..kerana kesalaham bab safety..VW bab emission dah jd skandal..knapa pulak tidak syarikat tempatan yg membuat onar n kemungkaran


    • Saya setuju. Sampai melabel khawarij bro atas tu dh kira extreme. Sebelum tulis istighfar dulu, takut nanti sifat khawarijtu berbalik pd si pengata. Mmg ada benarnya sikap Proton tidak berapa jelas dan jujur dengan pembeli. Jika melibatkan isu safety lagilah berat. Bab dosa xpyh ckplah tanggung nanti jika benar menipu. Tk berkat bisnes.

      Saya juga kecewa dgn kualiti Proton, Exora Bold 2014 masih takde tather hooks, mcm mana jual keta family tp xde safety untuk baby? Kemudian isu sensor ABS yg jgk mengundang bahaya. Keta baru usia 1tahun 5 bulan ABS dn problem. Tgh highway tiba2 ABS indicator light up. Confirm ABS xfunction. Bahaya dan safety Exora dh down.

      Saya tkfaham sikap Proton, suka bermain helah dalam isu kualiti!


      • X yah lah nak komen pasal proton sgt….. sebab perodua yg lagi buruk tu…. bab electronik stability, 2 abs je, pelanggaran Arean NCAP kat depan je…. so memang lagi buruk perangai.

        Sedekah berjuta pada MIROS, dan MIROS back up perodua macam nak grak…… check sekali PERODUA tu. Acah2 design masjid utk staf lah kononnya…. amik simpati supaya pelanggan kekal membeli brand perodua. So Lagi banyak penipunya. P2 dah lah Xde safety langsung dan tak pernah buat penambah baikan pada model keretanya. Slap je Gear Up…. dan itu bukan safety. Itu hanyalah marketing promo je not advancement dan enhancement. Pelanggan mudah je terperangkap. Haha

        Lebih memburukkan keadaan mereka berjaya mengekalkan status sales pun hanya kerana hear say sahaja. I adalah adik tyotalah, tapi start engine je macam nak pecah bunyinya daripada Kancil, jadi Viva, kemudian jadi Axia. Sama je ker starter kereta P2 tu sejak zaman 90an. Engine DVVT sampai bila? Sampailah ke alza, engine starter yang sama dan displacement engine yg sama sejak dahulu.

        Cuber check perodua ni pulak. Dh lah xde direction, mention hanya untuk copy paste sampai bila-bila dan buat marketing sales. CEO siap kata “Safety x penting” tapi xde sapa komen dan senyap je. So politik melobi toyota berjaya mengubah jatidiri pembeli. Depa kata safety tak penting dalam sales sebab pelanggan rata2 nya masih agak benggap bab safety dan jual RM25k utk 2 abs shj dan gear manual. Then slap 4 stars Asean NCAP.

        Tahniah CLAP, CLAP.


        • Nasib baik I tak beli perodua…. inferiority complex. Betul tu, bab adik toyot and safety scam tu. Alza pun langgar test depan je Asean NCAP kot. Mana ada depa buat side impact, back impact dan roll over impact. Ini lagi kes aniaya pelanggan…..


        • SPRM, please check this claim…. Is it the MIROS Asean NCAP very independent body? Ya, I have seen the news that they give a lot of money to MIROS…. confirm. The date has not much different since the Asean NCAP and sedekah money date.

          Does it jeopardy on the results and falsehood on the P2 safety assessment.


        • P1 siap bina the whole bandar di tanjung malim…..xde nak kecho mcm P2, setakat building new mosque for reason of selling P2 promo. P2 ….. tq for the mosque and you should be ikhlas ….. not get benefit from it for promotion act .


        • Merujuk kepada perenggan 3 anda.
          -Jika sentimen konsumer memang berdasarkan hearsay,bagaimana dengan loyalty konsumer kepada jenama lain?Terbalikkan situasi tersebut dan jadikan hearsay berkenaan proton selalu yang positif.Jika tak berjaya,fikirkan jalan keluar.
          -Usia proton boleh dikatakan muda,barangkali teknologi enjin belum matang.Konsumer bukan pandang teknologi baru semata2,diorang nakkan teknologi yang boleh diharap.

Leave a Reply