ARKIB

KATEGORI

Buletin

Katakan “Hello” kepada Mazda2!

Views

Mazda2_Sedan_Hatch

Mazda2 generasi keempat, yang dinanti-nantikan akhirnya tiba di Malaysia! Mazda2 mengikuti jejak langkah Mazda CX-5, Mazda6 dan Mazda3 untuk menjadi model keempat dalam keluarga Mazda. Selain itu ia turut menjadi kereta kompak pertama Mazda yang mengadaptasikan gaya rekaan Kodo – Soul of Motion dan teknologi termaju SKYACTIV. Kereta yang memenangi beberapa anugerah seperti Kereta Tahunan Jepun 2014-2015, Good Design Gold Award 2014, dan Golden Steering Wheel 2014 (untuk segmen A & B) ditawarkan dalam dua varian, sedan dan hatchback.

Reka bentuk luarannya melahirkan bentuk yang dinamik untuk melengkapi daya hidup. Setiap perincian daripada kemasan dalaman dipilih dengan cukup teliti dengan bahan yang berkualiti tinggi dan penuh penghalusan. Mazda2 dipasang dengan enjin cekap tenaga 1.5 liter SkyActiv-G empat-silinder berkuasa 114 hp pada 6,000 rpm dengan tork 148 Nm pada 4,000 rpm dan dipadankan bersama transmisi automatik SkyActiv-Drive enam-kelajuan.

Mazda2_Interior_Driving

Mazda2 dilengkapi ciri-ciri yang menarik seperti i-STOP dan MZD CONNECT, sistem sambungan yang dilengkapi dengan Human-Machine Interface (HMI), yang menyambungkan sistem infotainmen dengan fungsi-fungsi lain. Ia juga turut dilengkapi dengan Paparan Memandu Aktif, pertama dalam kelasnya yang merupakan peranti yang memaparkan data pemanduan seperti kelajuan, arah perjalanan dan data-data lain tanpa perlu mengalihkan pandangan ketika memandu.

Ciri-ciri keselamatan yang dilengkapi pada model Mazda2 antaranya ialah Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Sistem Kawalan Cengkaman (TSC), ABS, EBD, BA, dua beg udara, Isofix, serta sistem penggera amaran tali pinggang keselamatan untuk pemandu dan penumpang hadapan. Harga jualan Mazda2 adalah RM87,956 (termasuk insurans) untuk kedua-dua varian. Jaminan selama tiga tahun atau 100,000 km dan servis percuma tiga tahun atau 60,000 km turut diberikan. Empat pilihan warna menarik boleh dipilih iaitu Soul Red Metallic, Snowflake White Pearl Mica, Metropolitan Gray dan Aluminium Metallic.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Mazda2_CommanderControl Mazda2_DriveSelectionSwitch MAZDA2_Hatch_02 Mazda2_Hatch_03 Mazda2_Interior Mazda2_Interior_Driving Mazda2_MZD Mazda2_Sedan_02 Mazda2_Sedan_03 Mazda2_Sedan_04

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply