ARKIB

KATEGORI

Buletin

Karya 3D SAGA R dari Idiyaz Baharuddin!

Views

3c4e7ed871f9634f73fab65479e55018

Ini merupakan kerya terbaharu daripada rakan kita Idiyaz Baharuddin yang juga merupakan seorang yang pakar dalam perisian 3 Dimensi. Setelah menghasilkan Perdana R, Idiyaz mencuba untuk mereka 3D untuk model Saga R. Karya beliau kali ini lebih mantap dan banyak menerapkan elemen gaya rekaan Proton terutama “single graphic face” dan ada kesinambungan rekaan Iriz dibahagian sisi. Rekaan ini juga sesuai dijadikan Iriz sedan jika Proton ingin menjadikan Saga menggunakan platform Iriz. Idiyaz Baharuddin anda memang berbakat!

* Saya cukup suka tengok olahan sayap Proton yang bersambung dengan cukup baik sekali dengan lampu hadapan. Apa pendapat anda?

* Saya dengar Saga R bakal menggunakan platform Saga ketika ini yang telah dinaiktaraf. Kita tunggu je lah ye…

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

fc8bfcf36ca817803c0171290693e0fc f62b427dab8462e866f87fb06609e6f7 674dc32f0fa4127de2d6202785e2d74a 14e871d3344e537d307c40994b322504 1ce43738f91269bd72b8e70142a323c5 9d0899e924468336869d0ea93d6aafcb

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

35 Comments


  • Mmm… sgt berbakat:) Rupa depan dan grill yg bleh tahan cantik. dh mcm rupa rimau bertaring…nampak garang gitu:) Tapi A-pillar agak tebal. Model ada inspirasi model Chevy volt. Tahniah…teruskn berkarya!:)

    Cheers!


    • bakat2 luar biasanya tak dihargai proton..adat kerja dgn Melayu, siapa lawan tokey kena buang.

      Saya pun mangsa boss melayu yg tak suka melayu..


  • Wow design mcm ni baru layak dipanggil kereta global bkn hampeh mcm preve dan suprima mengecewakan.sepatutnya design preve segempak ni.design ini terlalu mahal kereta segment b kereta sedan bersaiz kompak.kalau segmen c ya.bayangkan kalau kereta ni menjadi realiti preve mesti tk laku punya hahaha…harap proton dpt belajar dari kesilapan tengok suprima tk berbaloi pun keluar kos rnd beratus juta tk mendatangkan hasil pun tk laku.aku rasa proton kena lantik chief designer baru untuk memberi nafas baru yg boleh buat perubahan besar kt proton.cadangan aku sambar peter shreyer.


    • dalam lakaran biasanya memang nampak lagi cantik dan gempak tp kerana faktor kos dan kekangan produksi maka hasil akan nampak kurang gah berbanding lakaran asal..

      yg lebih penting kualiti binaan dan pemasangan.. serta reliabiliti dan servis lepas jualan

      tp design ni mmg cantik walaupun rasanya boleh diperkemas lagi proportion tu


  • kalau tanya saya, saya serius suka dengan design ni, nampak cantik dah, cumanya kalau boleh, bahagian bonnet hood tu kalau boleh design lain, Sebab saya x berapa suka bonnet hood semacam proton Savvy ni. Yang lain semua ok dan good


  • Superb design mcm ni lah baru fresh..

    Tapi elok mcm mne pun inspirasi luar.. hantor pd si sepet Azlan kaki bodek tu.. abes die rosakkan..


  • Saga tak sesuai. Putra lebih sesuai ngan design camnih. Personally tak minat ngan enjos tengah. Kalau bleh buat dua enjos kiri dan kanan. Alang alang dah sport biar sport habis.


  • DESIGN CANTIK.GUA LEBIH SUKA BERPIJAK DIBUMI NYATA.DAH KELUAR BARU BOLEH CERITA.PROTON SUPRIMA SEGMEN C HATCBACK PALING LAKU GUA YANG GUA TAHU. DI KUALA LUMPUR BERLAMBAK ATAS JALAN RAYA.SEGMEN HATCBACK C MANA YANG PALING LAKU.


  • serius…keluar sebijik camni memang akan ku sambar. Tapi designer tempatan yang tak bertauliah seperti ini proton tak pandang. so sad…


  • lari tajuk sikit…

    Soalan mudah untuk proton jawab:

    kenapa proton tak boleh buat spec preve sama seperti suprima? cth, DRL, leather seat, reverse camera, HHA.
    —————————————————————————————————————————-
    Memandangkan kereta sedan merupakan pilihan utama rakyat Malaysia, saya rasa orang ramai akan menghargai sekiranya spec preve premium menyamai suprima. Faktor kos boleh diminimumkan dengan economy of scale. saya rasa produksi preve sudah tentu jauh lagi tinggi berbanding suprima.

    Saya mengharapkan agar proton dapat mengeluarkan preve FL yang telah ditambah baik pada tahun ini. Sekurang2nya dari segi spec standing suprima atau iriz. Iriz sudah pakai VVT, sepatutnya preve FL executive non turbo pun dah boleh pakai VVT. cuma tuning CVT mungkin tidak banyak yg boleh dibuat memandangkan masih menggunakan CVT clutch base dari syarikat Punch.

    Apabila membuat kereta sedan seperti preve, rata2 sasaran pembeli adalah mereka yang sudah berkeluarga kecil tetapi mempunyai pendapatan yang stabil/golongan pertengahan. Mereka sudah pasti inginkan sebuah sedan yang selesa dipandu dan dinaiki penumpang. Ini hanya dapat dipenuhi sekiranya tahap hingar dalam kabin adalah rendah (boleh benchmark dengan sylphy atau altis..kalau benchmark dengan civic, memang sama je dgn proton). Proton dah kukuh dari segi handling. Kenapa tidak tumpukan satu lagi aspek iaitu tahap hingar dalam kabin.

    Selain itu sudah tentu golongan2 ini menginginkan sentuhan atau rupa yang eksklusif. contohnya lihat susun atur sylphy terbaru. atau altis yg lepas. aircond dengan paparan digital, sedikit sentuhan chrome atau kemasan kayu yg lebih kemas. semua ini akan menampakkan ciri2 seakan eksklusif. Iriz sudah berjaya dalam hal ini dengan fake stiching dan rekabentuk dashboardnya nampak moden dan elegan walaupun kemasan pintunya masih dull dengan 1 warna saja iaitu hitam.

    Banyak lagi yang boleh dibuat. tapi entah kenapa proton seolah-olah masih teragak2 untuk menyudahkan hasil kerja mereka. Mereka juga tahu apa yang boleh menyumbang kepada minat orang ramai terhadap mereka. Jangan tunggu terlalu lama, takut nanti hilang sokongan.

Leave a Reply