ARKIB

KATEGORI

Buletin

Karnival Alami Proton bakal kembali!

Views

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

* Foto hiasan

Karnival Alami Proton bakal kembali! Atas sambutan ramai, Karnival Alami Proton akan diadakan sekali lagi pada tahun ini, yang dijangka akan berlangsung pada bulan September atau Oktober. Ada kejutan menanti di sana kerana Proton berkemungkinan membuat pra-tonton sebuah prototaip model sedan premium yang bakal dilancarkan pada 2016!

Sepertimana yang kita ketahui sebelum ini, Proton akan melancarkan beberapa model baharu pada 2016 termasuklah Perdana (Fasa ke-2) selain model gantian Saga (Generasi ke-3) dan Persona (Generasi ke-2). Ketika ini model-model tersebut sedang rancak dibangunkan dan rekaan model prototaipnya telah pun siap. Model facelift Preve juga bakal diperkenalkan namun belum dipastikan sama ada ia model minor atau major facelift.

* Nampaknya kali ini pasti Karnival Alami Proton akan lebih meriah. Kalau betul lah apa yang saya dengar model prototaip Perdana (Fasa ke-2) akan dipertontonkan, pastinya pengunjung akan lebih ramai ke sana, nantikan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

35 Comments


    • Saga 3 tak keluar pon sales april tak sampai 5k untuk semua model. Patut cepat cepat keluar saga. Jangan lupa buang ja Punch Gunalan tuh. Amik 5 speed auto jazz lama pun ok. Profit first pride later.


  • ni satu lagi pasal ‘push start button’, kalau boleh streamline kan la cara nak guna push start tu, ni preve/suprima lain cara guna nya, iriz plak lain dan ada jugak ikut cara preve,kalau salah cara mula la eror sana sini tak boleh start atau gear x leh unlock la, kalau nak push button pon sampat 3 step, baik guna cara cocok pusing kunci saja PROTON,


  • Iriz rekabentuknya menarik tp gagal memikat pembeli..benarkah dakwaan kelemahan sistem gear cvt iriz puncanya? Jika ya, proton patut kembali kpd sistem gear auto 4 speed spt myvi dan city.


    • Mungkin salah strategy atau ignorance. CVT punch tu start dari preve lagi orang dok komplen bising la pikap kurang la tapi bila keluaq Iriz ja paapppp cvt punch tuh jugak.

      Sebelum Iriz keluaq punya la dok pompang beli enjin petronas la, enam speed gearbox la. Tup tup tengok keluar 1.3 na ngan 1.6 na. Patut 1.6 nih tak payah ada pun takpa. Ganti ngan 1.3 cfe.

      Masa untuk mendengar bukan untuk mengajar lagik.


      • MrDDR..8 dr 10 kereta yg pernah dan kini adalah proton & proton tidak pernah mengecewakan tp bila test drive iriz 1.6 cvt abg rasa spt sesuatu yg tak kena…tangguh sementara tunggu kot ada perubahan.


        • Sebulan lebih bawak Iriz 1.6 Manual pengalaman bawak memang best. Handling. Injin agak bunyi skit. Iriz bagus tapi masalah seperti bunyi krikk krikk walau tak sampai sebulan agak mengecewakan. Masa hantar Iriz untuk ganti wayar GPS (dari beli sampai sekarang still gps tak function) , perasan banyak span tebal dalam bumbung, dashboard Iriz sebagai penebat bunyi. FD saya tak la setebal span Iriz nih tapi tak terdengar pun bunyik krik krik walau dah pakai 7 tahun. Mesti ada something wrong yang perlu diperbetulkan.

          Kalau abg proton nak pakai cvt gak tunggu ja kalau ada 1.3 CFE. Sekurangnya kuasa enjin dapat mengimbangi sedikit kekurangan CVT tuh.


    • Mmm… Iriz agak lambat menarik perhatian bagi sy disebabkan pesaing (perodua) mengeluarkan model pada masa lebih kurang sama, tapi tepat utk situasi semasa n citarasa n gaya hidup cermat lagi berhati2 pasca GST; Axia, walaupun segment berbeza.

      Mostly pengeluar kereta drop sales 50% termasuk proton tapi tidak perodua bagi bulan April 2015. Juga tidak bagi honda bila strategi mengeluarkan model baharu berlainan varian 2014/15 bertali arus bermula honda city, pastu jazz dan model suv tumpuan ramai HR-V sekali gus memintas jualan proton buat pertama kalinya. Faktor kurang beli Iriz sbb faktor teknikal tu sebagai alasan jer n keinginan tinggi masing2 yg pihak proton xleh nk puaskan utk sumer.

      So, strategi proton, life cycle 5 tahun model2nya, perlu disemak semula. Patutnya, model2 popular mampu milik perlu stick 3 tahun life cycle seperti company lain buat dan cuma model2 niche bleh ar dipertimbangkan 5 tahun. Mmg la dana RnD adalah kekangan, tapi kalau nk berjaya perlu ada faktor risiko yg perlu diambil dan x bleh play save selalu.

      Cheers!


        • Andaian memang tak dak asas punya. Kalau dah keluar statistic sudah jadi actual bukan lagi andaian.

          Dah kira bottom dah nih. Kalau drop lagi tak tau la apa nak jadik. Bukan berdoa cuma risau. Saya dah pon tolong proton dengan beli satu unit Iriz bulan April hari tuh walaupon pada mulanya nak beli Jazz ataupun HRV. Anda yang dok sokong sepenuh perhatian nih siap bagai ceramah mengalahkan Azhar Idrus bila lagik nak tolong beli? Kalau tak beli bila nak bleh up? Tolongla pastikan periuk mereka diisi dengan beras bukan pasir seperti yang Ustaz Sober dok pong pang pong pang.


          • “Anda” disini bukan bermaksud fauzan sorang saja tapi merujuk kepad semua yang ada bakat ceramah kat sini terutama Yang Berbahagia Uztaz Sober.


          • Mmm… yup, statistik merujuk segalanya. Dari statistik kita beranalisis. Dari analisis maka keluarlah segala hipotisis. Then dari hipotisis baru la terbitnya andaian dan akhir sekali rumusan2 berbeza bergantung pada andaian dibuat. Kalau bidang sains lebih kurang cengini la methodologinya kot:) Andaian2 berasas sgt perlu bagi menentukan hasil rumusan yg lebih tepat (kalau 90% pun dh ok).

            Bro MrDDR, bagus la kalau anda sudah memiliki model proton terbaru. Dgn rezeki yg Allah beri, anda mampu membeli. Alhamdulillah syukur,

            P/s : Apa yg baik kita kongsikn. Sampaikan yg baik2 demi kebaikan. X rugi mana pun kn? Cuma bila bersyukur jg pula takbur (ini umum, x tuju kat bro MrDDR tau), ini yg rugi… sekadar ingatan bersama.

            salam n cheers!


  • fokus kpd refinement enjin,gearbox,tools,NVH & buat perubahan sistem penyampaian @khidmat pelanggan bg pusat servis.buat penyelidikan teliti bg mewujudkan modul-modul utk melatih mekanik,jurujual,staf kilang,staf pusat sevis dsbnya. supaya mrk benar2 arif ttg model kereta yg dikeluarkan,ambil tindakan pantas aduan pelanggan.


  • Transmisi boleh laras berterusan (CVT)

    CVT telah digunakan di dalam sistem penjanaan elektrik kapal terbang sejak tahun 1950an dan pada kereta lumba SCCA Formula 500 sejak awal 1970an. Terbaru, sistem CVT dibangunkan untuk go-kart dan ia terbukti meningkatkan prestasi serta jangka hayat enjin.

    Kebaikan

    -CVT boleh memampas untuk mengubah kelajuan kenderaan, membenarkan kelajuan enjin dikekalkan pada tahap kecekapan mekanikal kemuncaknya. Ini menambah baik penjimatan bahan api, dan seterusnya, pelepasan asap.
    -CVT beroperasi dengan lancar kerana tiada penukaran gear yang boleh menyebabkan kejutan gear.
    -Terdapat kurang bahagian bergerak pada kotak gear CVT.
    -Kos pembinaan kotak gear CVT adalah lebih murah.
    -Kotak gear CVT tidak memerlukan penukaran bendalir transmisi automatik sebagaimana transmisi automatik konvensional

    Kelemahan

    -CVT beroperasi dengan lancar, menyebabkan muncul persepsi kononnya kenderaan CVT kurang berkuasa, kerana ramai pemandu yang menjangkakan berlaku kejutan gear semasa mula bergerak. Walau bagaimanapun, “kejutan gear” boleh ditiru oleh perisian kawalan CVT pada sesetengah kereta CVT yang lebih canggih.
    -Oleh kerana CVT mengekalkan kelajuan enjin malar pada satu banjaran kelajuan kenderaan, menekan injak pemecut memang melajukan kenderaan tetapi tidak banyak mengubah bunyi enjin. Sekali lagi, ia mengakibatkan tanggapan kekurangan kuasa pada kenderaan CVT kerana berlaku kekeliruan pada sesetengah pemandu.
    -Keupayaan CVT untuk mengendalikan kilasan dihadkan oleh kekuatan bahan medium transmisi (biasanya tali sawat atau rantai), serta keupayaannya untuk menampung kehausan akibat geseran di antara sumber kilasan dengan medium transmisi (dalam CVT pacuan geseran). CVT keluaran sebelum tahun 2005 yang rata-ratanya jenis pacuan rantai atau tali sawat hanya terhad kepada skuter, kereta berkuasa rendah serta mesin-mesin berkuasa rendah yang lain. Unit yang menggunakan pelincir lebih maju, walau bagaimanapun, terbukti mampu menampung apa jua jumlah kilasan pada kenderaan pengeluaran, termasuklah bas, lori dan jentera berat.
    -Sebagai mana jenis transmisi automatik yang lain, ia mungkin ditolak di sesetengah kawasan, berikutan kos atau tradisi, terutamanya melibatkan pasaran kereta kecil di Eropah (terutamanya di Itali). Sebaliknya, kereta transmisi automatik mendominasi pasaran kenderaan di AS dan Jepun dalam semua kelas dan saiz.


    • Saya amat bersetuju dengan penjelasan saudara.Saya memiliki kereta yang menggunakan sistem cvt ini bagi model terdahulu dan sekarang.Namun, pematuhan servis berkala spt penukaran minyak transmission dan transmission filter amat penting bagi meningkatkan prestasi dan jangka hayat yang panjang untuk sistem cvt ini. sangat puas hati,


      • betul bro..aq x penah ad kereta gear cvt..tp selalu rasa membe punya..kebanyakannya rasa memag mcm tu..diorag pon ckp jaga minyak je,,so dia akan okey..cuma rakyat malaysia dulu ramai pakai proton conventianal auto berbanding cvt..so bila proton tukar cvt mcm kejutan budaya la,,padahal memag begitu..sebenarnya kalau dari segi auto memag aq suka cvt..apa pun manual tetap terbaik..hahaha


    • PROTRONIC merujuk kepada sejenis transmisi automatik yang membenarkan pemandu mengawal pilihan gear.. Sepanjang sebahagian besar daripada sejarah automotif, transmisi automatik sebenarnya memang membenarkan sedikit kawalan terhadap pilihan gear menggunakan tombol gear.. PROTRONIC pula menambah baik ciri ini dengan menyediakan sama ada penukar padel pada stereng ataupun tombol gear yang diubahsuai bagi operasi yang lebih menyenangkan.. Pengeluar kereta berbeza telah menggunakan pelbagai label bagi transmisi PROTRONIC mereka, seperti ‘Tiptronic’, ‘Geartronic’, ‘Touchshift’, ‘Sporttronic’, ‘manual tanpa klac’ dan banyak lagi..

      Sesetengah transmisi PROTRONIC dan separa automatik membenarkan pemandu mempunyai kawalan penuh terhadap pilihan gear, manakala kebanyakan yang lainnya akan masuk campur dengan menukar gear secara automatik pada had atas dan/atau had bawah banjaran operasi enjin, bergantung kepada kedudukan pendikit.. PROTRONIC dan kebanyakan transmisi separa automatik juga menyediakan pilihan untuk beroperasi dengan sifat yang sama seperti transmisi automatik konvensional dengan membenarkan komputer transmisi untuk menukar gear..


  • karnival ni proton nak tunjuk apa?
    kah kah kah…
    besi buruk tahun 80 an punya ka?

    dok usung proton cut and paste tu ka? depan saga, belakang putra… dh mcm mesin padi..

    heran la mcm mana proton boleh hidup dgn tiada inovasi or new prototype.. baik proton buat beca.. baru nampak hebat..beca ada logo proton… iriz pun huduh..kia picanto muka elok lagi..

    Proton marketing failed… design failed.. innovation failed…

    untunglaaaa…. kah kah kah


    • Mmm… ko nie bro akupunya meroyan semacm apa hal? Frust xde keje n xdpt keje kat proton ek?:P Sad n sorry:P

      Karnival nie bagus apa. Mgkin bleh diandai sebagai salah satu strategi marketing prootn, Tapi pada sisi lain, bagus utk beri penerangan, pendedahan, pengalaman dan masa2 berkualiti yg patut dimanfaatkan seisi keluarga mendekatkan diri mengetahui dan bereksperimentasi ilmu dlm dunia automatif bersama prootn… itu la manifestasi ‘Alami Proton’ yg ingin dizahirkan, ker mcmana?:) Ini juga sebagai salah satu usaha utk mengkakis tanggapan buruk kat proton selama ini. Yg dulu, sudah2 la.. dunia prootn yg baru tidak seburuk itu dan anda patut bangga kita punyai company kereta nasional yg sejati nie. Even kalau perodua buat karnival sebegini pun belum tentu bleh dpt pengalaman sebegini bro.:P

      Org mcm ko mmg patut pegi n lihat dan alami sendiri pengalaman yg bukan selalu kita org biasa2 nie dapat. Buka hati, buka minda dan buangkan jauh2 pemikiran -ve anda dan sentiasa menyerap aura yg baik2. Bagus utk anda n kesihatan anda gak!:) Jadi la generasi yg tahu menghargai, bermanfaat dan melihat masa depan yg gemilang…. Come on bro… u can do it!!:)

      Cheers!


  • proton sememangnya tidak mahu berubah….masih syok sendiri…selagi tidak ditukar budaya mereka kepada yg lebih bertanggungjawab – proton tidak akan bertahan lama…karnival pesta fiesta umpama mahu menutup kelemahan dgn memberi keseronokan kepada yg datang…pesta amat melalaikan…umpama british cuba mengawal pekerja estet dgn todi…media cuba melalaikan dgn hiburan yg melampau…PROTON harus berubah…semua staff perlu membaca atau melihat video ‘who moved the cheese’ dan ditaskirohkan sorang demi sorang…..alangkah malunya jenama negara itu sendiri diboikot oleh rakyatnya


    • Mmm… buat karnival salah tak buat pun salah… adoi.

      Perubahan itu mmg perlu, Tapi x perlu la mengubah sisi baik yg telah ada n terbina. Perbaiki mana yg perlu diperbaiki, mgkin itu nasihat terbaik utk proton kn?. Lalai x lalai itu terserah pada empunya diri. Itu pilihan anda. Mcm2 ilmu permotoran bleh didapati kat sana:)

      Mmg memalukan bila segelintir rakyat sendiri x support jenama sendiri. Memalukan jer. Rakyat negara luar pun ada masalah yg sma dgn jenama produk diorg dulu. Tapi tetap beri harapan dan teguh dibelakang demi negara tercinta sehingga produk mereka berjaya n negara mreka dikenali kini. Tabik kat rakyat jepun n korea… Kes rakyat M’sia?….. only in M’sia… cian org kita:P

      Cheers!


  • Karnival proton bagus untuk dapatkan keyakinan orang ramai tentang proton.

    Masalah utama proton bukan design .

    Tapi service centre.

    Nak dapatkan keyakinan orang ramai.
    Buatlah lah hari terbuka service centre dan bersedia dengar rungutan pengguna proton.


  • Masalah utama proton adalah vendor

    Somehow diorang begitu takut nak ambil tindakan dan ganti vendor yang bagi part cakkang. Vendor bagi part low kualiti pun terima. Vendor bagi barang lambat pun terima. Tau komplen part nih salah vendor bukan proton. Part yang ni kilang vendor nih yang buat. Salah vendor nih salah vendor nuu… Look at Perodua. Aminar rashid pon boleh push vendor at the max untuk kepentingan kompeni. Nampak kejam tapi lagi kejam kalau bagi part cakkang kat pembeli.

Leave a Reply