ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Lotus meningkat!

Views

Lotus-Evora-400-2

* Foto hiasan

Menurut laporan daripada laman web www.automotiveworld.com jualan kereta keluaran Lotus pada tahun 2014/15 meningkat kepada 2015 unit, naik sehingga 55% berbanding dengan tahun 2013/2014 yang hanya mencatat jualan 1,296 unit. Ia juga merupakan pencapaian terbaik Lotus sejak tahun kewangan 2008/09. Jualan di China meningkat (+186%), Perancis (+177%) dan Jerman (+130%), manakala di Jepun naik (+103%) dan kekal sebagai pasaran eksport terbesar Lotus. Jualan di UK pula bertambah 346 unit (+102%).

Dipasaran Amerika Syarikat yang hanya menjual model Evora sebagai kereta jalanan dan Elise serta Exige hanya untuk kegunaan di litar, jualannya telah meningkat sebanyak 24%. Menerajui pencapaian terbaik ini adalah model Elise dengan peningkatan jualan 80% iaitu sebanyak 729 unit kereta. Ia disusuli dengan Exige S yang terus mencatatkan peningkatan positf (+52%) dengan 724 unit kereta, manakala Evora naik sebanyak 35% dengan 562 unit kereta. Angka ini dijangka bakal berubah dengan mendadak dengan pengenalan model Evora 400 bulan Ogos nanti.

Mengulas mengenai pencapaian ini, Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Jean-Marc Gales berkata, ” Keputusan yang positif ini merupakan sesuatu yang kami tidak pernah saksikan sejak bertahun dahulu. Walaupun kami mempunyai masa dan bajet yang terhad, namun kami telah berusaha keras untuk mengekalkan kemajuan. Yang menjadikan semua ini berlaku sebenarnya terletak pada komitmen kakitangan kami yang telah mengelakkan kelewatan dalam penghantaran projek. Melihat ke masa depan, kami sedang berusaha untuk menghasilkan model baharu dan bakal mengumumkan sesuatu yang menarik dalam tempoh 18 bulan akan datang. ”

Negara

201314

201415

%

Peningkatan

Belgium

42

83

98%

Kanada

11

15

36%

China

28

80

186%

Perancis

57

158

177%

Jerman

76

175

130%

Itali

36

48

33%

Japun

180

365

103%

Luxembourg

4

14

250%

UK

171

346

102%

USA

197

245

24%

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

8 Comments

Leave a Reply