* Foto hiasan
Lepas ini kalau anda nak daftar kenderaan ikut negeri yang disukai tidak perlu ke negeri tersebut lagi. Ini kerana bermula 1 Mei, anda boleh memilih nombor pendaftaran mengikut negeri yang dikehendaki dan mendaftarkannya di mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seluruh negara. Dengan adanya sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan ia akan memudahkan lagi proses tersebut.
Sebagai contoh, jika anda di Wilayah Persekutuan nak nombor pendaftaran Pahang, anda boleh terus memohon di JPJ Wilayah Persekutuan tanpa sebarang bayaran. Sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan dilaksana menerusi perkhidmatan pengkomputeran mySIKAP. Diharap lebih banyak lagi pembaharuan dilakukan oleh JPJ untuk memudahkan urusan pengguna selepas ini.
* Bagus sistem ini, lebih mudah dan cepat. Tunggu 1hb Mei nanti ye. 🙂
Beli kereta di kl… daftar no pendaftaran sarawak… mcm menarik
ha kan senang.. Aku nak beli plat perak .. duduk kl plat w XXXX x tak best la
boleh la aku beli plat terengganu lepas ni. TMJ 1. yesss…