ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jom undi : Setuju atau tidak Proton Iriz Active diproduksikan?

Views

[socialpoll id=”2224023″]

Dah lama funtasticko.net tak membuat undian umum. Kali kita berpeluang untuk memilih setuju atau tidak Proton Iriz Active dijadikan model produksi pada masa terdekat. Agak rugi jika Proton tidak mengkomersilkannya kerana maklum balas umum mengenai model prototaip crossover ini sangat positif dan menggalakkan. Jom kita mengundi!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

55 Comments


  • Keluar kan Proton Iriz versi Active jer dulu dan bukan sebagai Mini SUV. Dua tone colour mcm Iriz Active,Interior, lampu belakang, hadapan dan DRL mcm Iriz Active, Sport rims macam Iriz Active. Tapi exterior biar macam Iriz sekarang, hanya tambah sikit2 kat bumper depan dan belakang mcm Iriz Active.. Mungkin boleh gunakan enjin yg ada kuasa lebih power.. Rasanya Iriz pun boleh gunakan warna Earth Grey mcm Iriz Active dalam pengeluaran sekarang. Oren/Kuning pun boleh. Orang muda kan suka colour yang garang dan terang. Panel meter Iriz mungkin boleh gunakan meter digital mcm Iriz Active.

    #JanganMarahIniPendapatSaya


  • Varian Iriz active ni masuk engine CFE/ Turbo 1.3..
    sure mencanak jualan export.
    Nampak promising,
    apapun lihat dulu statistik jualan Iriz untuk setahun.


    • yup ekceli sy pun tak faham kenapa proton tak gunakan cfe juga.. campro cfe is euro5 emmision compliant kan… kalau ada iriz cfe mesti lebih menarik. iriz GTI pakai 1.6CFE .. to fight against the expensive polo 1.2TSI.


      • Enjin VVT latest Iriz ni compliant dengan gred emission mana?
        Sapa2 ada maklumat? Sebab rasanya enjin ni major improvement, so boleh ada kesan pada emission level, may be better or stagnant ?


        • Enjin euro4 tp mampu capai euro5 dgn stop start system. Iriz utk europe fitted with this system. Sembang ngan eng time alami proton aritu. Upcoming engine will have not more than 1.5cc NA and turbocharged. Eng besar akan mnggunakan eo1 dan eo2


          • Thanks info tu.
            aku bru jumpa jg artikel pasal tu.

            >>The existing 1.3-litre and 1.6-litre VVT petrol engine meet Euro 4 emission norms.

            The newly launched Proton Iriz will be looking to go places after establishing itself at home.

            Speaking at the launch of Malaysia’s first global car, Dr. Mahathir Mohamad, Executive Chairman, Proton Holdings Berhad, has told Paultan that the company is looking to source a new engine for the international markets.

            Read more: http://indianautosblog.com/2014/09/proton-iriz-new-engine-euro-5-148896#ixzz3EoRkHEEy <<<<

            Blog auto India ni quotes balik dr Paultan. So dr info tersebut Proton still tak ready dengan Euro 6 compliance, utk keta2 baru di Europe.

            Campro VVT hanya boleh capai Euro 5, so Proton kalau nk masuk juga Europe kena penalty?

            pasaran eksport di Eropah penting untuk benchmark Proton sebagai world brand.. tapi..

            -Sama ada tunggu lagi 5 tahun lagi untuk hasilkan Euro6 enjin Proton sendiri
            atau
            -Source in enjin luar yang sudah complies Euro6, maknanya plug n play enjin orang lain
            atau
            -Force masuk cepat ke Europe, Euro5 VVT Campro dengan penalty, supaya Proton Iriz tidak kelihatan 'basi' bila diperkenalkan di Europe.

            Europe adalah 2nd tough automotive market selepas North USA.

            Penting2.. time is crucial utk Proton.. time ini top management Proton mesti buat decision tepat untuk kelangsungan Proton di peringkat global.

            Tak berbaloi lagi dah kali ke-3 buat Proton..

            jika Preve keluar, gagal ambil market share global, Suprima keluar pun masih pusing2 di area sini.. dan Iriz keluar..pun masih kelihatan banyak halangan juga untuk ready for export.

            Tidak ada apa2 yang kita boleh seronok jika Proton berjaya kuasai 50% pun market share Malaysia, tp gagal tembusi pasaran sengit global.

            Sudah terlalu lama masanya buat Proton ditubuhkan sehingga kina, masih tidak ready 100% ke pasaran sebenar automotif dunia..

            Apapun usaha mesti diteruskan, seperti janji Pengerusi Proton kerja keras dalam masa 6 bulan untuk 'terbalikkan' right-handed into left-handed driving system..

            So, pandangan aku Proton jangan terlalu terkejar hasilkan line-up model baru domestik (derivative sampingan dr model2 sedia ada-Iriz Active, Exora FL bla2..) sehingga tumpuan modal dan tenaga untuk power train Euro6 dan ready Euro7 dalam masa 5 tahun ini terkebelakang..

            Tiada hebatnya Proton tanpa enjin yang mantap dan high gred emission.
            Insya Allah harapan pada EO1, EO2 Petronas itu sudah 'dimasak' elok oleh Proton untuk dihidangkan 🙂


          • Mmm… model2 facelift perlu kerana selalunya ia adalah lebih baik drp model asal baik dari segi kualiti, design performance dll.. Penghasilan model2 baru juga perlu kerana pembeli mahukan banyak pilihan dari satu2 jenama dan biasanya pengenalan model baru melonjakkan unit jualan. Dalam masa yg sama, penghasilan enjin yg memenuhi piawaian global juga perlu. Penyelesaian harus dicari utk proton dpt tembusi piawaian ketat seperti europe n US yg mana kita tahu inilah bentuk protection diorg mengekang company2 automatif kecil bersaing dlm industri yg dikuasai company automatif trnama.

            Cheers!


  • Mmm… model nie menarik. Tapi proton kena study market prototype crossover nie bagaimana. Kena bnyk buat kajian. Sy percaya teknologi tinggi yg diketengahkn akan meningkatkn harganya. Entahlah, kalau ada permintaan why not produksikan saja:) jgn jadi mcm perodua nautica dah. Ini yg sy worried. Permintaan global biasanya memerlukan model yg agak besar sket sekurang2nya mcm suv b segment utk dijadikan crossover. Tapi iriz pun b segment gak kn? Entah ler… kalau besar sket better.

    Cheers!


    • Xbleh..xbleh…Banyak sgt elektronic, kene air rosak la..kat msia x sesuai,nak bawak keter lagi, nak minummteh tarik lagi.tumpah habis.x kira budak2 main buih2 belon dlm keter..banjir pantai timur lagi…dashboard panel biar mcm biasa.

      haha..lol


      • Buat jer la..dr membazir..org nak beli ke tak ikut poket diorg la..ala, kalo jd production pun mesti lain punyala, xdenyer nak byk sgt elektronic mcm concept…internal engineer would not approve pun


  • aku lagi suke kalau model suprima S yang dijadikkan SUV..sebab body dah besor dan nampak sporty dah..sebab mase2 mule2 suprima kuar..ramai sangka yg tu suv…betul cakap @fauzan tu…market global suv mmg perlu besor2..tapi suv kompak pun dah mula jadik trend cm ford ecosport, Peugeot 2008, mitsubishi ASX, subaru XV (xpasti size tp dalam kecik)…so global trend memang dah mula…tak salah mencuba….yang salah mengalah sebelum mencuba….abaikan suara2 langau dan lalat taik yang sentiasa menghurungi taik tapi bertelur di atas makanan…eh peribahase plak..haha..


  • Platform Iriz banyak potensi untuk dikembangkan.
    Proton memang bijak dalam development begini.
    Sebab Proton ibarat ‘org susah’ yang terhad harta pusaka tapi berusaha seperti mempunyai tanah yang luas.
    Management Proton skrg nampaknya berada di landasan yang tepat, dan dekat dengan permintaan pasaran. Hopefully these momentum will not obstructed by something else.. let say tukar stake holder baru.

    just my 2 cent of mind.


    • *Sebab Proton ibarat ‘org susah’ yang terhad harta pusaka tapi berusaha seperti mempunyai tanah yang luas.

      maksudnya dgn situasi Proton yang tidak sebesar mana share market di malaysia atau di dunia, tp Proton tetap menunjukkan effort sebagai pengeluar kereta dunia.

      Cuma pastikan high effort di peringkat ‘blue print’ of design ini tidak dirosakkan oleh low minded of quality awareness di kalangan operator dan kawalan mass production di lantai kilang.
      musnah habis kerja2 hebat di peringkat RnD spt Iriz ini jika penyakit kualiti yang tidak istiqamah di peringkat vendor dan assembling dibiarkan, tidak dihapus secara holistik.

      I do really respect their effort. Good Job Proton!


  • GUA SETUJU SEBAB PROTON PERLUKAN SEMUA SEGMEN.DARI SUV MUNCULLAH PICK-UP.KALAU TAK KELUAR SAMPAI BILA PROTON TAK BOLEH BUAT.PENIAGA BANYAK MENGGUNAKAN PICK-UP.


  • Saya SETUJU…

    Tetapi a need some modification sikit…

    First of all.. benda belakang arch mcm ala2.. wind scoop tu tak perlu… keep it simple, reduce wind resistant and summore can reduce wind noise kot…

    2nd, change the engine… smaller yet more power i.e 1.3 CFE.. or sumbat aje 1.6 CFE.

    3, kurangkan nampak prototype… concept car… made it more realistic….

    4. ubahsuai rear seat smp boleh fully flat sbb baru sesuai dgn konsep crossover.

    ini cuma pendapat saya…


  • salam

    sangat setuju untuk d keluarkan.tolong jangan jadikan kereta ni jadi seperti proton ultimate n proton ms…konsep tinggal konsep…kenapa nak takut..kata nak jadi pengeluar global..kena terjah je..dulu orang kata kita tak pandai buat kereta..lama2 belajar boleh juga..sbb kita kena mula juga kan…

    skarang orang kata kita takde kepakaran dalam hal ni..apa guna LOTUS yang bawa beban kewangan pada PROTON setiap tahun kalau teknologi mereka ada kita tak guna selain dari RIDE n HANDLING dari LOTUS….

    buat je…


  • Sy setuju 100%.
    Tp sy sedih bila proton nk kuarkan model bru persoalkan plk hrga..
    Xkan model iriz active nk jual hrga rm30k ke????
    Aduyai


    • kalau jadi mass production mungkin harga akan lebih lagi dari iriz biasa. but who cares.. orang beli SUV sebab beberapa kelebihan pada suv ni yang tak ada pada kereta biasa.

      but think of it again.. even kembara kosong, enjin 1.3, harga lebih mahal, pun banyak orang beli.. kalau ada iriz active tak kesah le 1.3 atau 1.6. insyaAllah boleh tembus market… market malaysia ni ramai je peminat kereta lasak..

      baik untuk minat semata2 ataupun memang keperluan mereka.. di malaysia masih banyak jalan offroad. jalan tar tapi rasa macam offroad pun banyak..

      just do it proton..


  • Iriz Active ni pada hemat saya bukannya SUV. Ia lebih tepat kalau dikelaskan dalam CUV atau Crossover.

    Boleh kita rujuk perkaitan antara Renault Clio dengan Renault Captor dan Peugeot 208 dengan Peugeot 2008.

    Kalau ikut kata Rebecca Jackson (Carbuyer), ‘Its a small car, pretending to be big’..haha


  • Saya tidak setuju.

    Memang Iriz active ni cantik tapi untuk jual sbg crossover model di Malaysia amatla tidak realistik. Ia bukan kepakaran proton dan market yang besar untuk dijual. Pengeluar besar lain yang dah jual worldwide pun x banyak terjual dalam segmen ni. Apatah lagi proton yang model kereta shj tak smp 1% pun terjual di luar negara dan masih mengharapkan domestik sbg penjana keuntungan.

    Proton harus fokus dan perbaiki lg Iriz kerana ia masih ada kekurangan terutama dari segi enjin dan transmission. Enjin masih Euro 4 dan spt Tun M ckp nak eksport ke europe kena source dr pengeluar lain. Walaupun ia VVt ia tidak byk beza dari dvvt dlm myVi yg dah terjual thn 2004. CVT pula masih not well-performed and tune. Seperti paultan review new Vios 4AT is better than Suprima CVT yg sgt laggy dan noisy.

    Sorry komen lebih. Kalo tidak proton akan duduk di zon selesa sahaja pas ni. Kritikan untuk baiki kelemahan lebih baik dari memuji sampai terlupa diri.


    • Note tambahan: Jika nak beli iriz belila model 1.6 . Iriz 1.3 Ex tak sesuai untuk menarik body iriz yg berat. Sbg comparison model 1.6 persona 4AT 1170kg, sedangkan iriz 1.3 CVT dah pun 1150 kg cuma beza 20kg shj. Bayangkan bawa persona tapi dgn enjin 1.3 ditambah cvt yang tak responsive spt 4AT. Walaupun Iriz enjin vvt dan persona IAFM tapi curve torque dan power otuput tetap sama. Jadi saya ragu pick up dan fuel saving untuk kereta 1.3 ni.


      • Setuju dgn pandangan bujot
        Bila saya test drive Iriz MT 1.3 pun sudah risau hal ini.
        curb weight Iriz lebih berat dr SAGA BLM 1,065kg, enjin 1.3cc, CVT memang tak kan beri instant responsive tork sbb ia virtual stepping gear.

        So, banyak isu juga yng perlu dihalusi oleh RnD Proton tentang power train Iriz sebelum masuk ke segmen Cross Over atau SUV.

Leave a Reply