ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jom kunjungi booth Proton di Gegar AutoRia!

Views

10405546_934612036562282_133306215953492031_n

Gegar AutoRia bakal berlangsung pada 22hb – 24hb Mei ini di Dataran Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam, pelbagai aktiviti dan pameran berkaitan automotif diadakan dengan penyertaan beberapa pengeluar automotif tempatan dan antarabangsa termasuklah Proton, Perodua, Mazda, Toyota, Honda, Suzuki dan lain-lain.

Di booth Proton, anda boleh melihat proses rekabentuk model, mendengar penerangan ciri-ciri keselamatan, sesi pandu uji, demonstrasi “slalom”, pameran teknologi pengeluar komponen OEM. Yang menarik perhatian adalah model terbaharu Proton, kerana setakat ini tiada sebarang maklumat awal diperolehi. Ada kemungkinan ia hanya model sedia ada yang dinaik taraf dengan ciri-ciri baharu dengan harga yang lebih menarik. Jadi jika anda ingin tahu apakah model tersebut, ayuh ramai-ramai kita ke sana!

* Setakat ini tak ada pula cerita mengenai model terbaharu Proton, kecuali Saga R dan Perdana sahaja… tapi yang tu untuk tahun depan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

13 Comments

Leave a Reply