ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jom ke NAZA World Auto-Mania 2015 hujung minggu ini!

Views

NAZA World Auto-Mania 2015

Berita baik untuk peminat automotif! NAZA World Auto-Mania 2015 ialah pameran automotif berskala besar sempena meraikan ulang tahun ke-40 Kumpulan NAZA, bakal berlangsung pada 24hb hingga 26hb April ini. Dua belas jenama antarabangsa terkemuka antaranya termasuklah Ferrari, Maserati, Ducati, Harley-Davidson, Aprilia & Vespa akan mempamerkan kereta dan motosikal keluaran mereka di bawah satu bumbung yang berkeluasan 250.414 kaki persegi!

NAZA memulakan perniagaannya sejak tahun 1975 dan selama empat dekad ini telah berjaya mendapatkan hak pengedaran bagi jenama automotif paling berprestij di dunia seperti Ferrari, Maserati, Brabus, Chevrolet dan banyak lagi. Selain itu, NAZA World juga sinonim dengan Harley-Davidson, Indian Motorcycle, Victory Motorcycle, Ducati, Aprilia, Vespa dan NAZA Bikes.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan NAZA World akan mempamerkan pelbagai jenis kenderaan dari semua jenama tersebut secara eksklusif hanya dalam tempoh tiga hari di NAZA World Auto-Mania 2015. Selain itu, harga dan hadiah istimewa akan ditawarkan kepada pelanggan yang membeli kereta atau motosikal sepanjang acara tersebut. Ssei pandu uji dan tunggan uji juga akan disediakan untuk pelawat merasai pengalaman menaiki kenderaan tersebut.

Acara promosi ‘Hari Khas Kereta dan Motosikal’ juga akan berlansgung sepanjang tiga hari NAZA World Auto-Mania 2015 dimana kenderaan akan ditawarkan pada harga yang sangat istimewa. Pelanggan yang membeli mana-mana kereta atau motosikal pada acara tersebut akan layak untuk menyertai cabutan bertuah yang menyediakan hadiah-hadiah yang menarik!

NAZA World Auto-Mania akan mula dibuka kepada orang ramai jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam, mulai hari Jumaat ini, 24hb hingga hari Ahad, 26hb April. Ia bakal berlangssung di NAZA World Automall di Petaling Jaya yang boleh dilihat dan diakses dari Lebuhraya Persekutuan. Jom kita beramai-ramai ke sana!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply