ARKIB

KATEGORI

Buletin

James Bond beli Lotus Evora 400?

Views

11133977_932016383509474_5769804871034304575_o

Nampaknya ramai telah terpedaya dengan foto yang telah dimuatnaik ke laman Facebook Lotus Cars. Dalam foto tersebut memperlihatkan kelibat seorang lelaki yang mirip aktor filem James Bond, Daniel Craig sedang membelek-belek sebuah Lotus Evora 400 sebelum memandunya. Mungkin ini jenaka yang sengaja dibuat oleh Lotus sempena 1hb April, sekali imbas dah boleh agak lelaki tersebut bukanlah Daniel Craig. Mungkin dia ni pelakon upahan agaknya supaya ramai yang percaya James Bond beli kereta Lotus, kahkahkah…

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

1669715_932016390176140_1229238474947791829_o 10801847_932016393509473_1967865065467244522_n 1669751_932016386842807_3637100253106644084_o

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

17 Comments


  • jual je lotus ni. poyo je ride and handling. company lain boleh je upah lotus tweak ride and handling. tak yah pun sampai nk beli lotus bila nk guna technology lotus. dahla jual kete mahal kat malaysia. last2 company malaysia jugak yg kena tempias kalau rugi.


    • en aaa:
      berikan contoh company yang setanding dengan lotus dari segi teknologi handling?dan compony yang boleh tweak ride dan handling 🙂


  • Mmm… Lotus adalah aset luar prootn paling bernilai. B*d*h la prootn kalau jual Lotus bila pemindahan, pembelajaran n knowledge pembuatan kereta proton dari lotus telah banyak membantu meningkatkan n mempercepatkan proton seiring dgn pembuatan kereta2 company global yg lain serta mengurangkan kos. Lotus bukan terkenal dgn ride n handing semata2. Kepakarannya dlm bidang kejuruteraan kereta sport ringan sgt dihormati company kereta2 sport terkemuka yg lain. Khidmat mereka sentiasa menjadi rujukan walau tidak di highlight. Org kita jer yg cetek pengetahuan. Jalan mudah suh jual bila beli company yg mmg dh rugi.

    Apa2 pun, hanya jauhari mengenal manikam. Jerung2 permotoran dunia mmg tengah tunggu jer proton jual Lotus nie terutama VW. Sbb diorg tau apa yg bernilai kat Lagenda company kereta sport ringan nie:)

    Cheers!


    • Satu je masalah lotus di bawah proton- tidak menerima dana atau modal yang besar. Setakat ni, lotus belum dapat mengeluarkan kereta sport ikonik generasi baru mereka.


      • Mmm… Perancangan pemulihan 5 tahun lotus telah dikaji semula selepas pengambil-alihan proton/lotus oleh DRB-Hicom dari Khazanah Nasional. 5 model ikon generasi baru lotus telah siap sedia utk dikeluarkan setelah proposal pemulihan itu berjaya mendapat pembiayaan bank2 Malaysia bernilai RM6 billion.

        Namun semuanya tinggal sejarah bila Khazanah mempunyai perancangan yg lain. Akhirnya Danny Bahar; CEO Lotus ketika itu dipecat atas dakwaan salah urus (pengurusan yg boros) dan seterusnya peletakkan jawatan Donato Coco; individu penting yg mghasilkan prototype 5 model lotus tu. Head of designer yg baru diambil-alih semula oleh Russell Carr; individu yg merekabentuk model Lotus Evora sebelumnya. So, buat masa nie model2 baru lotus adalah model2 modifikasi model terdahulu sahaja yg dinaiktaraf. Cuma dlm diam2, rumours SUV baharu keluaran lotus dlm perancangn.

        Cheers!


    • untuk management macam proton and drb, baik jual je lotus. kalau nak tengok car company british yang berjaya, tengok jaguar, land rover. dua2 memang world class leader buat duit punya company owned by tata. bukan macam lotus takat sembang kencang ride and handling terbaik, apa untung proton as the owner dapat? bape kerat je proton terjual. bape kerat orang malaysia yang beli kereta sebab handling terbaek? myvi handling sampan pun laku. lotus punya teknologi kalau power sangat kenapa lotus sendiri pakai toyota punya enjin? lotus tak reti buat enjin? proton cfe memang teknologi lotus, tapi hampas. sebab tu ramai pikir banyak kali especially pasal fuel consumption. so bagi aku, tak payah la simpan lotus ni. jual harga 1 euro macam agusta dulu. terus agusta berjaya macam sekarang. kita pun tak yah nak tanggung dia. takat teknologi handling, aku rasa proton dah banyak cilok dari lotus dan boleh bangunkan sendiri.


      • Mmm… Lotus dari dulu mmg sebuah company yg mencatat kerugian. Rugi sbb kelemahan pengurusannya. Sbb tu proton beli. X ramai yg nk amik risiko beli company rugi nie. Lebih2 lagi pada masa tu ekonomi dunia tgh meleset. Tapi pada masa tu 1996, investment besar itu adalah tepat ketika proton tercari2 rakan kolaborasi utk pemindahan teknologi (sapa la yg nk kasi ilmu senang2 gitu dek non). Buat kereta bukan mcm buat kek ye. Ramai org proton dihantar ke lotus utk mempelajari ilmu yg lotus ada.

        Even lotus bukan sahaja pengeluar kereta sport ringan semata2. Biz trend juga bertumpu kpd perkhidmatan kejuruteraannya. Ride n handling adalah sebahagian drpnya. Ia adalah nilai tambah bagi keperluan produk, Yg sakit hati sgt dgn handling lotus tu apsal bro?:Sekali lagi, nk buat enjin tu pun bukan mcm buat kek jugek yer:P Baik lah depa nie tumpu pada kepakaran diorg nie. Diorg nk guna apa enjin pun diorg punya suka la. Selagi enjin tu adalah terbaik. Even toyota n lotus dah ada kolaborasi yg baik selama nie, Ko ingat handling toyota tidak dibantu oleh lotus selama nie? hehehe… toyota bagi enjin kat lotus tu pun ada makna laa.. ko nie mcm kureng ada info ttg nie:P Kes Agusta tu x sama. Yg tu kita cita lain ye.

        Sekali lagi, hanya jauhari mengenal manikam. Yg tahu nilainya mmg bersedia utk menyambar n menerkam. Yg tk tau apa itu nilai, sibuk suh jual. Itu bezanya:P Sorry.

        Apa yg perlu utk lotus sekarang adalah perlunya ada plan pemulihan. Buat penjenamaan semula n pastikan proton sentiasa disisi atas penjenamaan itu:)

        Cheers!


        • Selepas meneliti penulisan tuan,saya masih berpendapat prootn masih belum dapat memanfaatkan knowledge Lotus sepenuhnya terutamanya untuk memulihkan kewangan prootn.Tuan sepatutnya lebih terbuka dalam menilai keupayaan Lotus,bukan syok sendiri dengan menganggap nama Lotus terlalu agung didalam dunia sukan permotoran.
          Sekiranya tuan menganggap ride&handling sebagai key factor sesuatu model tu sukses,tuan perhatikan jenama-jenama utama,masing-masing ada sistem stability control sendiri untuk improve handling kenderaan keluaran mereka.B4 dis kecoh kan trend terkini pakai VSC/ESC.Ada mereka tampal badge kat belakang kereta keluaran mereka sebagai marketing stunt?so tuan fikirlah samada nama Lotus masih kekal champion dalam ride&handling.
          Prootn dah dapat ilmu ride&handling Lotus?What’s next?Rebranding Lotus to what?ProTus?Then ceritanya akan berpusing-pusing macam biasa,struggle nak kuatkan penjenamaan.

          Come on man…


          • Mmm… jgn salah anggap dan salah meneliti. Sy x anggap Lotus itu sebagai agung dlm industri permotoran. Sekadar info n penerangan jelas ttg lotus n biz trendnya yg ramai tidak memahaminya. Menerangkan kepakaran ride n handling lotus tidak bermakna hanya lotus yg terbaik. Tapi company sport car terkemuka lain yg menggunakan khidmatnya n iktiraf kepakarannya xkn nk deny kot?:P Kn sy ada kata Ride n handling adalah sebahagian nilai tambah bagi keperluan produk? Kurang teliti ek?:P Dh tentu faktor sukses itu subjektif.

            Rebranding lotus tu maksud sy create la new thing selain kekalkn apa yg ada utk kuar dri kepompongnya. Dgn harapan ia membuka lebih byk peluang n ruang biz Lihat seperti Porsche, selain kekalkan dgn sport car uniknya, sekarang dh giat kuar dgn model SUV dll. Mcm tu la.

            Cheers!


          • VSC dan Traction Control akan bertindak balas dalam keadaan tertentu sahaja. Lotus handling lain, tu belum cerita pasal chassis dan suspension lagi.


        • aku tak sakit hati dekat ride and handling lotus. cuma aku pendapat aku, kalau setakat ride and handling, engine development, orang lain tak payah beli lotus pun dah boleh guna khidmat lotus. proton pun bukan selalu buat engine baru. sekali sekala bayar lotus untuk develop engine okay je. dari nak menanggung satu company lotus.macam aku cakap sebelum ni, kalau lotus ni macam land rover, jaguar punya level, setiap tahun macam2 model keluar, sales laku, baru la ada untung simpan. takat proton yang sales figure bulan2 pun menyedihkan nak tanggung lotus, baik jual je. silap2 kete proton model baru kene cut cost, quality hampeh, sales teruk balik sebab nak tanggung lotus.


  • Patutnya Proton lebih bijak dari ni dalam memanipulasi Lotus untuk kebaikan bersama. Lotus ni bukan tak pernah buat modifikasi kereta biasa dan tune jadi kereta lagi power. Paling legend adalah Lotus Carlton (Vauxhall). Proton boleh saja jadikan Proton Iriz jadi super hot hatch yang boleh lawan Fiesta RS contohnya. Branding letak brand Lotus terus. Tak payah susah nak fikir letak Proton. Full tune macam mereka buat pada Carlton dan jual di pasaran Europe/US. Pasti ramai peminat. Duit untung jual Lotus tuned Iriz boleh develop next Lotus. Duit untung jual based Iriz ke Lotus boleh guna buat kereta baru lain. Win-win.


    • Setuju bro..cadangan bro boleh pakai.
      Daripada offer diskaun gile2 nk bg kereta laku,untung x seberapa,cadangan bro boleh di kira ‘pikir diluar kotak’ utk management proton.kehkeh


  • Eh yang ko pertikai sangat ride and handling..suh jual 1 euro bagai ni dah kenape @aaa…ko pakai kete ape..kalo ko bukan TMJ..xyah la sembang pung pang macam penah pakai kete2 conti ni…phuii phuii…kalo aku suh ko jual la uma ko..amacam?…lampu depan rosak pon payah nak ganti..tu pagar depan tu dah lame karat..bile nak tukar…ehh jual la umah ko tu…baik bagi owner baru ganti,..die siap cat ngan ganti pintu pagar baru lagi…otomatik…haa rase ape…sakit limpa hempedu…sakit hati jiwa tak…gua syak ko tak beli umah lagi..hahahhaa…

Leave a Reply